Iftar Di Dataran Shah Alam (^_^)

6:31:00 am Yana Yani 24 Comments

Semalam kami sekeluarga berbuka di luar. Memang ianya dah macam satu tradisi keluarga apabila setiap tahun pasti kami akan berbuka di Dataran Shah Alam.

Idea asal ni datangnya dari Encik suami dan ianya terus berkekalan sehingga ke hari ni.

So semalam kami keluar agak awal sebab nak booking tempat di Dataran Shah Alam. Paling penting parking, sebab kebiasaanya tempat tu memang agak susah nak dapatkan parking. Klik [Tips Iftar Di Dataran Kemerdekaan Shah Alam]

Sebelum tu kami singgah di bazar Seksyen 7, Shah Alam. Belilah apa yang patut. Kalau aku, aku tak reti berbuka dengan nasi. Dapat kuih atau buah especially tembikai dah memadai.

Masa kami sampai di dataran, manusia dah cukup ramai memenuhi setiap ruang kosong di dataran. Parking tak usah cakaplah. Double parking ada, triple pun ada.

Sementara menunggu waktu berbuka, Afif dan Aisy main di kawasan padang Dataran Shah Alam. Aku dan Encik suami hanya menjadi pemerhati.


Afif dan Aisy memang seronok aje sepanjang berada di situ. Diorang rasa bebas boleh berlari ke mana aje yang diorang nak. Bukan selalu dapat peluang camtu kan.


Anak dara aku pula, time seronok dok main tu boleh pula jatuh. Habis luka lutut. Mujur dia tak menangis. Lagipun orang perempuan kan memang kuat. Hehe!

Dia cakap, "Atik Mama" - Sakit Mama. Mulut dia pula dok menghembus bahagian yang sakit.


Lepas dah main, masing-masing kepenatan. Afif selamba aje minum air walau aku larang. Dia boleh kata, "Tak apa Mama, dekat sini tak ada polis"

Aku selalu kata dekat anak-anak kalau tak puasa kena makan sorok. Kalau polis nampak, nanti kena tangkap masuk dalam van mayat. Tu yang Afif jawab gitu. Hehe!

Untuk puasa kali ni Afif berjaya puasa separuh hari. Better dari last year yang langsung tak berpuasa. Lagipun dia cukup susah bangun sahur.

Tengok gambar dekat bawah ni. Aisy tu macam nak kata, "Wei Abang, ko tak malu ke?" Hehe!


Dekat sini makin dekat waktu berbuka, makin ramai manusia memenuhi di setiap bahagian kosong yang ada. Rasa seronok juga macam tu.

Macam satu keluarga besar berbuka ramai-ramai. Best! (^_^)


Lepas dah berbuka, kami balik ke rumah. Singgah kejab kedai makan, cari nasi. Alhamdulillah rezeki kami berbuka hari tu.

Aku rasa itu ajelah bebelan aku untuk hari ni. Lain kali kita sambung lagi ye.

Sebenarnya aku tengah keseronokkan. Pasukan pujaan aku sejak dari Piala Dunia 1998 berjaya menjulang Piala Dunia untuk edisi 2014. Yeah!

Germany menang 1-0 ke atas Argentina. Senak perut tengok game tu tadi sebab takut berlarutan ke penalti. Apapun well done Germany! (^_^)

24 comments:

  1. Tak terfikirlah pulak nak berbuka puasa kat Dataran Yan D....
    Tak leceh ke nak solat ke terkucil ke tu? Dahlah ramai orang...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. lupa pula nak letak pasal ni dalam entry
      surau dan tandas ada aje disediakan
      tak perlu risau pasal tu =)

      Delete
  2. ramai ye yang berbuka kat dataran tu...macam berkelah pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...seronok tau sekali sekala berbuka macam ni

      Delete
  3. Owwhh... ini caranya orang shah alam berbuka puasa yerr... orang cheras tak ada lah gini... hehehe... macam best jerr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bukan orang shah alam idah
      orang klang, tapi shah alam tu dekat sangat =)
      tapi memang best

      Delete
  4. mmg betul tak ada polis mama ... heheheee . seronok gak beriftar reramai camtu . x pernah cuba . nice gambar mesjid tuh . blh letak caption ... selamat menyambut ramadhan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tulah kalau dah terlebih pandai
      pakai kamera baru tu...hehe

      Delete
  5. Bestnya berbuka kat situ yana... nampak meriah sebab ramai orang kan..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang saya suka berbuka kat situ
      rasa macam meriah sangat =)

      Delete
  6. Sama kita sis..sejak dulu lagi minat Jerman..oh my Germ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? sep sikit kak...hehe

      Delete
    2. Kalah menang tetap pujaan hatiku..hehe..

      Delete
    3. samalah kita kak wei. Memang sejak dari zaman ada Oliver Kahn dulu minat sangat kat team Germany

      Delete
  7. Wah, camni suasana iftar kat dataran SA ye... mcam berkelah pulak... ajak family ramai2 seronok juga ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, tapi seronok tau
      especially bila ramai-ramai camtu
      ada yang saya tengok siap bawa periuk belanga bagai
      sebab berbuku ramai-ramai dengan families or friends diorang

      Delete
  8. Wahh syoknya... romantis jugak berbuka mcm tu eh.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...romantik ye en khir
      saya tak terpikir pula sampai ke situ
      tapi memang seronok sekali sekala berbuku begini =)

      Delete
  9. wah bestnya beriftar dlm suasana mcm tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok mimi
      rasa meriah sangat

      Delete
  10. owh kt sni diorg berbuka reramai tu
    xsempat plak nk try buka kt padang cmni ...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kat sana ler
      nanti kalau ada masa try ye, ajak reramai
      baru sonok

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...