MAS MH17 Dalam Kenangan (^_^)

6:17:00 am Yana Yani 22 Comments


Hari ini masuk hari ketiga kita digemparkan dengan berita yang mengejutkan seluruh masyarakat antarabangsa secara amnya dan Malaysia secara khususnya.

Dalam kita masih lagi dihantui dengan misteri kehilangan MH370 yang sehingga kini masih belum terungkai, kita pula diuji dengan kejadian yang menimpa MH17.

Such a heartbreaking news.

Tiada sesiapa yang inginkan perkara seperti ini berlaku dalam keluarga mereka. Grief after a sudden lost macam ni pastikan akan berlarutan untuk satu tempoh yang lama.

Sehingga ke hari ni, masih belum diketahui apakah punca dan siapakah penyebab tragedi yang meragut nyawa kesemua 298 penumpang dan krew penerbangan MH17.

Yang pasti mereka semua menjadi mangsa keadaan dalam kemelut politik yang melanda antara Ukraine dan Russia yang masing-masing saling menunding jari.

Kita juga harus ingat bahawa apa yang berlaku ke atas MH17adalah di atas perancangan DIA yang SATU. Sebagai orang yang beragama Islam, kita harus percaya kepada qada dan qadar.

Salam takziah aku ucapkan kepada semua ahli keluarga penumpang dan krew MH17. Walau tak kenali sesiapa pun di atas pesawat malang terbabit, aku tetap merasai kesedihan itu.

Buat ahli keluarga yang beragama Islam, percayalah bahawa ALLAH tidak menguji hamba-NYA melebihi kemampuan yang hamba-NYA mampu pikul.

La Takhaf Wa La Tahzan Innallaha Ma'ana - Jangalah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya ALLAH ada bersama kita.

#PrayforMH17
#PrayforMH370
#PrayforSabah
#PrayforPalestin
--------------------------------------------

"Ya ALLAH Ya TUHANKU, Kau tabahkanlah hati ahli keluarga penumpang dan krew pesawat MH17 dan MH370 dalam menghadapi ujianMU yang amat getir ini Ya ALLAH.

Kau berikanlah kekuatan kepada mereka Ya ALLAH.

Ya ALLAH Ya TUHANKU, Kau permudahkan segala urusan mencari dan membawa pulang kesemua mangsa yang terlibat dalam tragedi ini Ya ALLAH.

Hanya kepadaMU kami berserah Ya ALLAH.

Ya ALLAH Ya TUHANKU, Kau lindungilah saudara seagama kami di Palestin dan di seluruh dunia dari sebarang kejahatan musuh agamaMU Ya ALLAH.

Sesungguhnya KAU Maha Pengasih dan Maha Penyanyang. Amin Ya Rabbal Alamin"

22 comments:

  1. setiap yg berlaku atas kehendak Allah jua . al fatihah buat mereka ... aaamin .

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu vee
      semuanya atas kehendak DIA

      Delete
  2. Salam takziah untuk semua ahli keluar mangsa dan Al Fatihah untuk mereka yang beragama islam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga ahli keluarga mereka tabah menghadapi ujian ini

      Delete
  3. Terus bdoa.. Sungguh pilu... Tahun kedukaan buat kita semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih sebenarnya memikir kejadian ni

      Delete
  4. Memang sedih... macam2 jadi di malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALLAH uji kita sebab sayang dekat kita
      DIA nak suruh kita beringat

      Delete
  5. Takziah kepada keluarga mangsa. Al Fatihah kita bacakan kepada mangsa yang terlibat.

    ReplyDelete
  6. Setiap yang berlaku kita perlu percaya ada hikmahnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, ALLAH mengetahui segalanya

      Delete
  7. Takziah buat keluarga mangsa & Al Fatihah buat semua mangsa yg beragama Islam.. Al Fatihah... aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih kan dengan berita yang mengejutkan ni

      Delete
  8. sama sama doakn roh mereka yg beragama Islam.di tmptkan di kalangan org beriman

    ReplyDelete
  9. Sedih kan sis? Sampai down mood kathy di buatnya :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita yang tak ada hubungan persaudaraan pun rasa gitu
      ni kan pula ahli keluarga mereka
      harap mereka tabah especially menjelang syawal ni

      Delete
  10. Mmg terkejut dan sukar nk percaya bila dgr berita nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai sekarang maish bersedih dengan kejadian tu
      padahal tak kenal sesapa pun dalam pesawat malang tu

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...