Part I: Pneumonia Again (^_^)

7:14:00 am Yana Yani 20 Comments

Aisy pernah dijangkiti pneumonia ketika dia berusia sepuluh bulan. Aku pernah menceritakan peristiwa tu dalam blog ni satu ketika dulu.

Alahai Aisy
Alahai Aisy II
Alahai Aisy III
Alahai Aisy IV
Alahai Aisy V

Siapa menjangka ianya akan berulang walau sebenarnya aku rasa aku dah cukup mengambil berat setiap perkembangan anak-anak aku, Afif dan Aisy. Aku terlupa aku hanya manusia biasa.

Aisy tiba-tiba demam panas pada 13 Jun 2014. Ketika tu aku percaya dia dijangkiti virus dari aku yang baru aje recovered dari demam panas.

Dia tak aktif seperti biasa. Besoknya aku bawa dia ke kenduri aqiqah jiran sebelah rumah Mak. Hari tu adalah hari terakhir dia mampu menguntumkan senyuman.


Pagi Ahad pula aku bawa dia ke klinik. Pada pandangan mata aku dia nampak sedikit sihat selepas tu. Tapi panas akan kembali berulang tak lama selepas dia makan ubat.

Isnin dan Selasa dia kembali teruk. Dia tak mahu makan, tiap kali makan dia akan muntahkan balik. Malahan dia merengek sepanjang masa. Asyik cakap sakit dibahagian perut.

Mak mana yang tak risau bila tengok anak sakit macam tu.

Aku dah beberapa kali mengajak Encik suami ke hospital. Tapi pandangan seorang Papa tak sama dengan seorang Mama. Ketegasan dia dalam mengeluarkan pendapat membuat aku serba salah.

Hari Rabu aku dah terlalu risau bila dikhabarkan yang Aisy langsung tak mahu makan dan minum. Teringat segala macam cerita apabila berlakunya dehydration.

Malam tu aku bertegas untuk ke hospital. By hook or by crook Aisy perlu dibawa ke hospital untuk rawatan. At least aku nak mendengar second opinion.

Kali ni Encik suami menurut mungkin bila melihat Aisy terlalu lemah.

Kami sampai di bahagian kecemasan Hopital Tengku Ampuan Rahimah Klang lebih kurang pukul sebelas malam. Manusia sikit punya ramai. Encik suami kata mungkin sebab denggi.

Pukul empat pagi baru nombor Aisy dipanggil. Aisy kena buat ujian darah.

Aku suruh Encik suami pegang Aisy, tak mampu rasanya melihat Aisy sakit. "Atik Papa" - Sakit Papa, kata Aisy tiap kali dicucuk. Nampak riak wajah Encik suami berubah bila Aisy menangis.

Aku percaya dia rasa benda yang sama seperti aku walau cara kami mengatasinya berbeza. "Sayang anak Papa, kejab ye sayang" pujuk Encik suami.

Hancur hati dengan teriak tangis Aisy tiap kali jarum menyentuh kulit dia. Kalaulah aku boleh transfer segala kesakitan dia. Tak sanggup rasanya melihat dia sakit macam tu.

Darah Aisy pula cukup susah nak keluar. Kali ketiga cucuk baru dapat darah.

Kami bawa Aisy keluar dari hospital lepas dia dicucuk. Lagipun perut sudah mula mendendangkan lagu minta diisi. Kami suami isteri dah kepenatan ketika ni sebab sepanjang malam berjaga.

Hampir nak Subuh baru keputusan ujian darah Aisy keluar. Doktor suspected Aisy dijangkiti denggi berdasarkan ujian darah dan juga penerangan aku sebelum tu.

Air dalam badan Aisy juga kurang, maka Aisy perlu admitted.

Aisy sekali lagi melalui episod dicucuk. Again urat dia cukup sukar dicari. Entah kali berapa baru drip berjaya dilakukan. Hampir pukul lapan pagi baru Aisy sampai di wad.


Aisy sekali lagi dicucuk ketika di wad. Menurut houseman untuk kanak-kanak yang dijangkiti denggi mereka perlu sentiasa perlu melakukan ujian darah.

Bagi mengelakkan kanak-kanak sentiasa dicucuk, mereka hanya akan mencucuk sekali dan darah hanya akan diambil dibahagian yang sama.

Tapi entah kenapa urut Aisy cukup susah ditemui. Budak lain sakit sekali aje, tapi Aisy terpaksa sakit banyak kali. Kesian sangat aku dekat dia.


Tengoklah tu, atas bawah semua ada jarum. Yang dekat kaki, dekat kecemasan tadi cucuk. Situ tempat masuk air. Tangan pula wad cucuk. Dekat tangan tu tempat ambil darah.

Masa ni dia baru aje lepas menangis. Badan dia masih panas. Thermometer yang aku bawa menunjukkan yang dia demam panas. Risau aku dibuatnya.

Aku minta ubat demam, tapi houseman kata demam denggi tak boleh makan ubat demam sebab diorang nak tengok bila suhu badan turun.

Disebabkan dia tak boleh makan ubat demam, maka aku sentiasa memastikan badan Aisy basah. Mengharapkan suhu badan Aisy turun.

Tak lama lepas tu Aisy tertidur. Aku pun sibuk dok cari tempat nak tidur, maklumlah malam tadi overtime. Aku pelu caj tenaga, penatnya ALLAH aje yang tahu.


 TO BE CONTINUE

20 comments:

  1. Kesiannya... semoga dipermudahkan segalanya & semoga cepat sembuh... aamiin.

    ReplyDelete
  2. Sapalah tak risau kalau anak demam ......Anak Okje pernah gak gini Yan D...demam tak kebah kebah dekat 2 minggu ada....masuk wad baru baik
    Kesiannya Aisy...halus sangat urat dia tu kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. aisy ni bukan first time masuk wad
      susah hati tuhan aje yang tahu
      kesian tengok dia kena cucuk

      Delete
  3. sedihnya..pernah lalui pengalaman bersama ank di hospital..memang risau sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, siapa yang dah lalui mesti paham
      tuhan aje yang tahu perasaan kita

      Delete
  4. Aduhh... kesiannya Aisy... camana skarang? dah ok ke sis?

    ReplyDelete
  5. Kesiannya kat Aisy..semoga cepat sembuh yer..
    yana pernah ambik vaksin prevenar tak? vaksin tue bagus utk elak jangkitan kuman kat paru2 dan otak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia dah sihat alhamdulillah
      tak pernah dengar pun pasal vaksin tulah farah
      nanti saya google

      Delete
    2. Farah pernah blog pasal vaksin nie..jemput baca..hehehe
      http://farahwahyda.blogspot.com/2012/11/injection-prevenar-13-pneumococcal.html?m=1

      Delete
    3. oh ye ke...nanti saya singgah =)
      mekacih ye

      Delete
  6. Sedihnya kathy tengok..aisy sayang,cepat sihat tau?sian papa,mama dan abg rindu kat aisy ':( teringat masa alia sakit hari tu..suspek denggi jgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, dia dah sihat dah kak
      masa tu memang kami semua susah hati =)

      Delete
  7. Sedihnya bila tengok kaki tangan kena cucuk jarum camni... Kesian Aisy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan kak
      tuhan aje tahu perasaan saya time tu

      Delete
  8. kesiannya aisy...kalo sy memg dh berjujai air mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. dugaan buat kami sekeluarga
      alhamdulillah dia dah sihat sekarang

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...