Menolong Sambil Main (^_^)

6:42:00 am Yana Yani 26 Comments

Kebiasaannya bila anak-anak nak menolong, aku tak pernah kata tak boleh. Asalkan benda yang diorang nak tolong tu tak mendatangkan sebarang kemudaratan pada diorang.

Lagipun ianya bagi aku satu bentuk didikan awal. Nanti dah besar, bolehlah aku menumpang harap (^_^)

Sabtu lepas Encik suami mengemas di bahagian laman rumah. Memang sejak dari kami berpindah, laman tu tak pernah dibasuh atau dikemas.

Kesian pula dok tengok dia mengemas seseorang dalam cuaca panas tu. Dahlah puasa kanSo aku ajak bala tentera aku menolong. Diorang apa lagi, excited!

Bukan aku tak tahu yang diorang ada agenda tersembunyi. Lagilah bila melibatkan air ni.


Encik suami beri tugasan pada bala tentera dia. Afif dia suruh sapu lantai. Aisy pula dia suruh tadah air dan siram apa yang patut. Aku pula dia suruh tengok aje. Hehe!

"Sayang tu dok tepi sana ajelah. Kang sakit pinggang, susah!" kata dia bila aku menyuarakan hasrat nak menolong.

Happy aku dengar pembahagian tugas tu. Hehe! Adil dan saksama! (^_^)

Mula-mula tu nampak elok ajelah Afif dan Aisy dok buat tugasan yang diberikan. Nampak macam bersungguh-sunggguh bekerja.


Sekali sekala Papa diorang dok mengajar teknik yang betul menyiram dan menyapu.

Time tu pun budak berdua tu dah lain aje cara diorang buat kerja. Lagilah si Aisy yang bertanggungjawab mengawal air. Baju dah start basah dah.


Lepas tu Encik suami hanya biarkan aje Afif dan Aisy buat kerja. Dia sambung balik kerja menyental lantai yang dah berdaki tu. Aku pula hanya jadi pemerhati. Hehe!

Nampak okaylah sekejablah budak berdua tu menolong.


Lepas tu tiba-tiba si Aisy menyiram Abang dia yang tengah bekerja. Menjerit Abang dia. Tapi bukan Abang dia seorang aje dia buat camtu, Mama dengan Papa dia pun dia siram juga.


Kain baju yang aku tengah sidai tu dia siram juga. Sabar ajelah!

Sudahnya kami sekeluarga pun dok main siram-menyiram. Basuh lencun memasing. Tapi seronok juga moment tu. Hehe!

Si mastermind tu, Aisy boleh pula gelak besar bila tengok semua orang basah disebabkan dia.


"Ish korang ni, disuruh kerja kok main" ngomel Encik suami. Tapi dia juga adalah antara orang selain dari Aisy yang bertanggungjawab buat kami basah.

Walaupun budak berdua tu banyak main dari menolong, sekurang-kurangnya siaplah kerja mengemas laman depan tu. Nampak bersih sikitlah berbanding sebelum ni.

Ni kiranya dah readylah nak menyambut tetamu time Syawal nanti. Hehe!

P/S - Aku dah tak sabar nak cuti ni korang wei! Bukan pasal seronok nak raya ke apa. Tapi seronok memikirkan cuti panjang tu nanti. Cepatlah masa berlalu!

26 comments:

  1. Amboi...dapat main air bukan main lagi, seronoknya. Itu dalam masa yg sama, ada curi2 tertelan air tak? hehe...
    Aktiviti sekeluarga yg menceriakan. Yg penting kerja selesai dan happy! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kalau dah tua cam saya ni, tak makna nak curi minum
      tapi tahulah kot afif buat gitu...hehe
      yes, yang penting selesai at the same time happy =)

      Delete
  2. ha..ha.. tau dah agenda tersembunyi tu.. musim2 pans gini..boleh plk main air...seronok tu..
    kacau ye adik..siram abg pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...memang budak berdua tu tau
      ader aje pakatan diorang =)

      Delete
  3. bab main air mmg budak2 laa suke kan yana...ckp jek nak tlong tapi sebenarnye ade udang di sebalik mee hahaahahah...takpe laa layankan ajek...seronok jugak tgk dieorg basah2 gelak2 main air kan....

    Salam Aidilfitri dari lieyalatif & co.
    Pohon maaf zahir dan batin….Moga syawal dirai meriah dan diberkati….
    Makan ketupat rendang tu ingat2 le kite heheheeheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah pasalnyer kan
      budak mana yang tak suka main air ye dak? =)
      sebab layankan ajelah yang buat kami semua basah...hehe

      selamat hari raya lieya
      lieya tak buat salah apa-apa dengan saya
      tapi saya minta maaflah ye kot ada salah silap
      hehe...tengoklah nanti ingat ke idak =)

      Delete
  4. Heiii kalau sakit pinggang kang .....ada orang yang meleleh ayaq liuq kang...tak dapat hehe...
    Yelah Yan D budak kalu dengar air mmg cukup suka lebih lagi air hujan hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...okje naughty lah tau
      kan, mana ada budak tak suka main air yedak?

      Delete
  5. cantiknya umah,,cantiknye kete..hihi..seronoknye main air yek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi semua cantik
      tuan rumah cantik dak? hehe
      budak kan mar, memang suka sangat main air

      Delete
  6. Tudiaaaa lencun habis dah 2 beradik nie.. budak2 kalau air no.1 la.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kalau dah katanya air
      memang lencun lah jawabnya
      takde nyer buat sikit-sikit...hehe

      Delete
  7. Replies
    1. hehe...MKL suka bagi komen buat saya senyum sampai ke telinga

      Delete
  8. memang seronok main air..jangan sampai tertelan air dah la..heheheehheehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...bebudak tu yang seronok lebih kak
      tertelan tak apa kak, jangan sengaja telan...hehe

      Delete
  9. berpesta air ni gamaknya ...

    ReplyDelete
  10. Wahh mmg happy... seronok main air mcm tu. Waktu puasa pun tak sedar cepat berjalan... :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tu memang pasti
      tahu-tahu aje dah dekat dengan waktu berbuka =)

      Delete
  11. Amboi... kemain suka si aisy tu nyiram abgnya... comel siap gelak besar lagi... hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kak wei
      kat rumah dia paling rajin buli abang

      Delete
  12. budak budak memg seronok nak main air kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi rasanya bukan budak-budak aje
      mak bapa budak pun suka...hehe

      Delete
  13. Eeee so cutelah 2 beradik tu klaj x de dorag mesti sunyi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu saya tak pernah berpisah dengan diorang
      kecuali bekerja aje
      tak boleh bayangkan kehidupan tanpa diorang berdua

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...