Afif Dah Seronok Bersekolah (^_^)

11:12:00 pm Yana Yani 36 Comments

Tahun lepas adalah tahun di mana aku diuji dengan pelbagai karenah Afif yang tak mahu ke sekolah. Jenuh nak melayan karenah dia yang kadang kala buat aku geram.

Paling tension bila tiap kali bangun pagi dia akan menangis sebab tak mahu ke sekolah. Kadang aku seret aje dia masuk bilik air especially kalau Encik suami kerja di shift pagi.

Dia naik lemak kalau dengan aku aje, dengan Papa dia tak berani angkat muka.

Tapi as time goes by, dia dah mula boleh menyesuaikan diri. Aku pula yang kena marah kalau lambat bersiap untuk hantar dia ke sekolah.

Kalau tahun lepas dalam seminggu mesti ada sekali dia absent. Tapi tahun ni tak pernah sekali pun dia tak ke sekolah kecuali time jerebu teruk hari tu.

Afif dah mula ada perasaan seronok ke sekolah.

Dia pun Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik untuk suku pertama tahun ni. Cuma dia masih lagi seorang yang susah untuk bangun pagi. Kalau tak seratus kali kejut, memang bukan dia.

Kalau dah masuk bilik air pula tak reti nak keluar. Kalau dibiar memang dia boleh stay berjam lamanya dalam bilik air tu. So pagi-pagi dia dah dengar Mama dia nagging. Hehe!

Walau dah kena nagging, dia tak pernah ke sekolah dalam keadaan masam mencuka. Sekarang ni dia sentiasa mengukir senyuman setiap kali ke sekolah.

Lega aku rasa.


Minggu sebelum cuti sekolah hari tu, dia tak bagi aku hantar dia ke sekolah. Dia kata dia dah besar, boleh pergi sendiri. Tapi sebab paling utama dia kata aku lambat bersiap.

Macamana tak lambat? Tiga orang aku nak kena siapkan termasuk diri aku sendiri. Boleh dia kata aku lambat, sabar ajelah!

Walau dia tak bagi aku hantar, aku tetap mengikut dari jauh. Bimbang juga kalau ada benda buruk berlaku. Dah pasti dia masuk ke kawasan bekolah baru aku masuk ke dalam rumah.


Minggu pertama sekolah selepas seminggu bercuti ni, belum dengar lagi dia kata nak pergi sendiri. Tapi kalau dia nak buat juga, jenuh pula aku nak bersoal jawab dengan Aisy.

Aisy memang akan bertanya tiap kali dia tak nampak Abang dia. "Abam ne?" - Abang mana?

Bila aku kata Abang dia dah ke sekolah dia akan kata, "Aiya, nak tut" - Ala, nak ikut.

So moralnya, biar aku hantar walau lambat! Hehe!


Cuma perasaan bahagia bila dok tengak dua permata hati ni mengukir senyuman memang susah untuk aku desribe dalam bentuk perkataan.

Yang pasti ianya memberi aku semangat untuk meneruskan tanggungjawab sebagai seorang isteri, Mama dan pekerja. (^_^)

36 comments:

  1. betul yana...senyuman anak2 laa pengubat hati kite ...penat lik keje tgk senyuman anak rase releaseeeee jek kepenatan tu kan....

    good job afif....hope teruskan mood hepi pergi sekolah key..takmo drama2 swasta di pagi ari heheheeheh...biase la tu yana, amik mase nak sesuaikan diri.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan lieya, memang hilang segala masalah hanya dengan senyuman diorang aje =)

      dulu dia memang rajin buat drama swasta tu lieya wei...
      jenuh nak layan dia main drama
      sekarang aje yang alhamdulillah nampak perubahan

      Delete
  2. Abang dah besar..tu yang makin matang gamak nya..siap nak pi sekolah sendiri tu..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tu la pasalnya
      semua benda dia nak buat sendiri

      Delete
  3. Memang ada kes yang budak liat nak ke sekolah YY....macam anak kawan lama jugaklah sawan tak mo sekolahnya hehe...Tapi mcm kes Afif ni baru tadika....tak berat sangat tu!! Relax le....
    Mengikut pengalaman Okje...anak lelaki ni serba serbi liat geram betul! Bangun pagi liat...buat homework liat, belajar apa tah lagi..... nasib SPM lepas dah! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa afifi ni samalah kak
      memang setakat ni dia paling liat, kalau suh buat kerja sekolah
      macam suruh buat apa aje, banyak sungguh excuses

      based pengalaman okje tu, memang sungguhlah gamaknya

      Delete
  4. Mcm2 perangai anak2 ni kan.. Alhamdulillah.. baguslah dah yakin nak ke sekolah.. siap nk pergi sendiri tu hehee.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah en khir, memang lega sikit
      dia eksyen tu...hehe

      Delete
  5. alhamdulillah aif sudah berminat dan bersemangat untuk ke sekolah.. semakin besar tentu dia sudah mahu berdikari.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknyalah aiza, yang pasti saya lega =)

      Delete
    2. tak lama nanti aisy pula dah besar.. boleh tolong mamanya buat kerja rumah..

      Delete
    3. hehe...itulah harapannya aiza
      dah besarkan, memang menumpang harap =)

      Delete
    4. best yana dah ada anak.. aiza menumpang kasih anak saudara je la.. hehe..

      Delete
    5. alahai, jangan kata gitu aiza
      sedih pula saya mendengarnya
      aiza percaya pada qada dan qadar kan?
      mesti semua tu ada hikmah, ALLAH sayang aiza
      mungkin jodoh aiza belum bersedia menonjolkan diri
      siapa tahu? =)

      Delete
  6. alhamdulilah bagus sangat ak pergi sekolah ,semiga afif menjadi pelajar yang cemerlang

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah acik, akak pun lega tengok perubahan dia
      itulah harapannya, aminnn =)

      Delete
  7. Boleh ke jalan sendiri tu? jalan kat situ tak sibuk ke? hati2 ye Afif sayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. minggu sebelum cuti sekolah aje bunda
      saya tak yakin juga, tapi sebab dia mendesak
      jalan tu memang jarang ada kenderaan lalu, bukan laluan utama

      Delete
  8. Memanglah sy perasan bila mamaD kelihatan berpuluh setiap pagi cuma hanya nak sediakan sarapan suami dan anak..itulah kepuasan sebenar-benarnya bila dapat sempurnakan tanggungjawab..syukur alhamdulillah Yana juga diberi peluang untuk itu. Semoga bahagia di samping mereka yg tersayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar saya bersyukur sangat dapat melalui semua tu
      ALLAHMDULILLAH =)
      terima kasih PCL =)

      Delete
  9. Biasalah budak2 ni, kalau nak bangun pergi sekolah memang payah. Kite dulu pun macam tu juge...hehe Dulu2 tak risau sgt kalau lepaskan pergi sekolah sendiri tapi sekarang ni memang risau...selagi xnampak dia masuk dlm sekolah...xsedap hati dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, saya dulu manusia paling rajin ke sekolah tau
      tak pernah bagi excuses tau
      mak saya selalu puji sebab dia kata dalam adik beradik
      sayalah paling senang ke sekolah
      malangnya, pandai tak juga..hehe

      betul-betul, zaman sekarang macam-macamkan
      memang saya monitor sungguh, tak nak menangis tak berlagu

      Delete
  10. Alhamdulillah, dah bersemangat Afif pegi ke sekolah ye... Boleh ke Afif jalan sorang2 tu... zaman sekarang x boleh biarkan anak2 pegi sekolah sendiri2.. tapi kalau dulu2 cam k nrl pun pi sekolah naik basikal sendiri2 je, jauh plak tu sekolah nya... sekarang ni macam2 kan... baik kita pantau...
    Betul lah tu, Yana... Bila tengok anak2 ni senyum bahagia... rasa hilang penat kerja seharian... nak cepat balik ni... ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sebenarnya berat hati kak nurul, tapi bila dia mendesak
      layankan ajelah. itupun monitor dari jauh
      tak ada keberanian biar dia jalan sorang-sorang

      itu memang saya setuju sangat! =)

      Delete
  11. pandainya afif..dah boleh berdikari sendiri..tapi kathy tetap syorkan sis ikut juga dia walau dari jauh..kathy sendiri anak dah umo 10 tahun kathy masih risau juga keselamatannya..kalau sis berjiran dengan kathy baru tahu macam mana suara tarzan kathy ni memanggil anak..hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lucu pula baca catatan kak Kathy ni. Di sekolah pun begitu kak kathy, suara cikgu-cikgu ni dah macam petir. Terutama di sekolah rendah macam saya ni. Bukan marah, tapi kena tinggikan suara sebab suara mereka ni bising sangat apabila semua bercakap.

      Delete
    2. @Kathy R'bain memang saya tak biarkan anak saya pergi sendiri kak
      kecil lagi kak wei, itupun tuk beberapa hari tu aje dia p sendiri
      lepas tu saya yang hantar atau en suami

      hehe, anak saya kecil lagi, belum sampai kategori jadi tarzan lagi...hehe

      Delete
    3. @Tetamu Istimewa hehe...memang budak tengah membesar begitu
      kalau tak dengar cikgu menjerit, tak ada diorang pay attention...hehe

      semoga cikgu terus success dalam bidang perguruan =)

      Delete
  12. Okeyla afif dah nak sekolah...parah jugak kalo dia xnak skola...pening nak memujuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun lepas gitu mimi, dugaan sungguh!
      tahun ni alhamdulillah, belum buat perangai lagi =)

      Delete
  13. oo dekat je tadika ngn umah tuh.. senang la yana nk gi monitor dia kat sekolah..mula2 liat nk bgn sebab dh lama terbiasa bgn tdo tengah hari... lama2 ok la tuh kan, nak2 lak kt tadika ada ramai kawan, silap2 tk nk balik umh sbb tk puas main ngn kawan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dekat sangat zura, selang beberapa buah rumah aje
      afif sekolah waktu pagi zura, dia memang payah bangun pagi
      katil bergegar pun dia tak sedar! payah sungguh

      ha'a kalau tak sekolah dia sibuk dok sebut satu-satu nama kawan dia
      rindu kawan tu lah, rindu kawan ni lah...

      Delete
  14. awal2 tu biasa la klu malas . bila dah kenal ramai kawan , mrk jadi seronok n bersemangat ke sekolah .
    follow sini ( 67 )

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...memang gitulah namaknya
      terima kasih follow ye. appreciate sangat =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...