Tak Tahu Nak Kata Apa (^_^)
Bermacam spekulasi didengar sejak kehilangan sehingga pengesahan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang di Lautan Hindi.Media antarabangsa adalah yang paling kerap menghentam.
Itu belum dikira media tempatan yang aku tak tahu apa kebaikan yang akan diperolehi apabila kredibiliti Malaysia dalam menangani isu ini dipertikai.
Perkara sebaliknya pasti berlaku sekiranya bukan Malaysia, bukan Malaysia Airlines dan juga bukan MH370 atau mungkin bukan juga Kapten Zaharie.
Malaysia sebuah negara kecil mampu meminta pertolongan daripada 26 buah negara. Malaysia juga berjaya mengumpulkan semua kuasa besar seperti China, Amerika dan Australia.
Umum mengetahui bahawa hubungan China dan Amerika tidak begitu baik. Tapi Malaysia mampu membuat mereka bekerjasama. Bagaimana Malaysia mampu melakukannya?
Malangnya tiada satu media antarabangsa memberi kredit pada Malaysia dalam hal ni. Sebaliknya keburukkan yang dicari. Malaysia dituduh GAGAL!
Sedangkan bukan MALAYSIA sahaja yang terlibat dalam usaha mencari. Kalau Malaysia gagal, bukankan semua kuasa besar yang mempunyai peralatan canggih itu juga gagal?
Impak dari keburukkan yang dicanang media ni, kebanyakkan rakyat China tidak lagi berminat ke Malaysia. MAS juga bukan lagi menjadi pilihan walau harga yang ditawarkan lebih murah.
Industri pelancongan Malaysia pasti terjejas teruk hasil tulisan media antarabangsa yang kononnya lebih telus berbanding media tempatan. Patut ke kita berterima kasih?
Benar pengesahan yang dilakukan oleh PM tanpa bukti fizikal. Tapi pernah ada di antara korang yang terfikir bagaimana keadaan di Lautan Hindi.
Kalau Malaysia lembab, bukan Australia pun lembab?
Screenshot di atas adalah luahan dari seorang kenalan aku. Betul apa yang dia katakan tapi malangnya bukan semua mempunyai fikiran seperti dia.
Kawasan di mana MH370 dilaporkan terhempas merupakan kawasan yang sentiasa dilanda angin kuat dan ombak besar. Cuma lihat video di bawah untuk "merasai" sendiri.
Atau ada yang nak kata itu konspirasi kerajaan Malaysia?
Jujurnya aku dah tak tahu nak kata apa bila masing-masing berlagak pandai. Tapi sebenarnya dalam masing-masing sibuk mengaku pandai, lebih terserlah kebodohan diorang.
Apapun aku percaya MALAYSIA telah melakukan sebaik mungkin dalam menyelesaikan isu ini. Semua dilakukan mengikut Standard of Procedure (SOP).
Aku mendoakan semoga usaha pencarian dipermudahkan. ALLAH MAHA MENGETAHUI.
Kepada ahli keluarga yang terlibat, percayalah ALLAH menduga setiap hamba-Nya tidak lebih daripada kemampuan yang mampu ditanggung.
Semoga terus TABAH dan menerima qada dan qadar daripada ALLAH dengan seikhlas hati.
Sy selalu terpengaruh dgn bacaan dlm intrnet, sama ada konspirasi ataupun memang betul yg pasti sy dan juga semua pembaca mahukan jawapan..menanti dgn harapan ada keajaiban utk MH370 dari yg Maha Kuasa. ~ ni no sy 0174009726/ mamaD 0174553186
ReplyDeletesaya sebaliknya. biasanya saya akan hadam yang positive sahaja
Deletesaya akan muntahkan yang negative
semua orang menanti jawapannya PCL.
semoga dipermudahkan urusan pencarian kotak hitam
yang sebenarnya bukan hitam. emm...saya baru tahu tu =)
negara kita tengah di uji sekarang ini..sepatutnya kita semua bersatu mendoakan yang terbaik,bukan menghentam sana sini bagai orang tak berfikiran...jika rakyat sendiri tak bersatu,macamana orang luar nak respek kita.
ReplyDeletemalangnya kak bukan semua mempunyai fikiran seperti akak
Deletesaya benci mereka yang berfikiran begitu
kenapa tak p tolong cari
hebat bercakap aje, pegi dahhhh!
Apapun marilah kita semua terus berdoa agar dipermudahkan segala usaha pencarian & diberi keselamatan kpd semua yg terlibat... aamiin.. :)
ReplyDeletesaya setuju! aminnnn!
DeleteSy lg la xtau nk ckp ape psl nih..sedih ade,geram ade,mrh pun ade
ReplyDeletesamalah kita mimi...
Deletesemua perasaan tu cam berkecamuk jadi satu
media luar mengamalkan konsep terlalu terbuka sehingga tiada undang-undang yang boleh menyabitkan mereka jika tersalah kata atau memfitnah.. seharusnya orang yang membaca atau mendengarnya berfikir terlebih dahulu sebelum menerima fakta yang disampaikan oleh media itu..
ReplyDeleteapa-apa pun, doakan semoga urusan pencarian dipermudahkan oleh Allah.. semoga keluarga mangsa terus tabah dan redha dengan ketentuan Allah..
malangnya dalam dunia tanpa sempadan ni sebaliknay berlaku
Deletetanpa tapisan atau sekatan, ianya akan jadi sperti apa yang berlaku sekarang
jujurnya saya tak puas hati dengan media China
semua mengharapakan begitu
sehingga ke hari ni, tiada perkembangan terbaru
moga dipermudahkan usaha pencarian
Setuju dengan awak YY...Mereka yang tak bertanggungjawab hanya pandai mengkritik je cer suruh mereka pergi cari sekali....
ReplyDeleteSubhanallah...takutnya tengok ombak macam tu YY...bergadai nyawa mereka yang jadi Pencari dan Penyelamatkan ... Moga segalanya dipermudahkan...
tulah pasalnya okje, orang gitu tau kutuk aje
Deletecuba kalau diorang yang buat, lain pula alasan
lautan hindi ada ombak besar dan sentiasa bergelora
semoga dipermudahkan bagi pasukan SAR
Sememangnya Lautan Hindi sangat mencabar. Moga operasi pencarian dipermudahkan.
ReplyDeletetu lah cikgu kan, malangnya bukan semua mempunyai
Deletepandangan seperti kita
zura pun selama ni igtkn kotak hitam tu hitam.. hahahaha
ReplyDeletehehe...kita samalah zura...seppp sikit =)
Delete