Surirumah di Hari Minggu (^_^)
Biasa kalau hari minggu, aku memang cuti memasak! Tapi hari Rabu pun cuti! Hehe! Senang cerita, kalau boleh nak hari-hari cuti! Hehe! Nampak sangat level malas tu tinggi!Emm, kalau dah pegang title isteri dan mama ni, terpaksa! Sebab tu kalau cuti hujung minggu, jawatan aku bertukar dari wanita bekerjaya ke surirumah! Hehe!
Hari ni asalnya aku bercadang nak sarapan dekat luar aje. Kononnya nak cutilah! Tapi tengok nasi lebih malam tadi banyak lagi. Rasa sayang pula nak buang.
So aku menggagahkan diri untuk memasak. Terhidanglah juga sarapan bagi tadi yang aku namakan Nasi Goreng Pemaleh dan Crab Drumstick
Minuman pula aku buat teh tarik! Teh tarik ni favourite Afif.
Dia selalu suruh aku dok tarik-tarik tinggi sampai penuh buih. Tapi buih ni bergantung juga dengan susu manis yang kita gunakan.
Paling best bila dok tengok anak-anak makan. Walau mood aku maleh nak masak, tapi sedaya upaya sedayakan yang terbaik untuk anak-anak.
Sebab tu orang kata masakan ibu ni yang paling sedap dekat dunia sebab ianya dimasak dengan penuh kasih sayang. Ye ke sedap?
Yang ni hanya Afif dengan Aisy aje boleh jawab. Hehe!
Lepas masing-masing dah kekenyangan, masing-masing sibuk nak main. Habis dikeluarkan semua mainan yang ada dalam simpanan. Bersepah rumah!
Biasanya sebelum diorang kelurkan mainan tu, aku akan buat perjanjian. Lepas main kemas! Tak kemas, mulut tong sampah memang menanti nak makan mainan korang!
Sebut tong sampah diorang takut.
Terutama sekali Afif sebab dia jenis amat menjaga barang dia. Apa sahaja yang hilang walau sekecil batang lidi, dia boleh perasan. Kalau hilang aje dia tanya, "Mama buang ke mainan Afif?"
Bila diorang dah mulakan aktiviti, aku pun sambung aktiviti aku. Settle kerja membasuh baju. Ni kalau Encik suami tak tolong basuh, memang berbakul-bakul aku kena basuh.
Basuh baju memang aku lakukan bila aku bercuti aje. Tak larat rasa badan nak terkejar-kejar. Alhamdulillah Encik suami sudi menolong.
Jujurnya segan bila dia buat gitu. Tapi tak boleh nafikan perasaan lega bila aku balik dari kerja tengok kain baju dah siap dibasuh.
So bila dia dah basuhkan, yang tinggal untuk aku basuh dah tak banyak. Bila aku dah siap membasuh tadi, nak pergilah sidai kain. Budak-budak ni sibuk nak ikut juga.
Tapi tujuannya lebih nak main bubble. Aku melarang diorang main dalam rumah benda tu sebab nanti jadi satu hal nak kena lap lantai yang licin.
So dah habis dah kerja rumah yang perlu dibuat hari ni. Tunggu Encik suami balik dari melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga aje.
Dia pesan tak payah masak sebab nak pergi kenduri depan rumah. Aku suka bab tu. Hehe! Petang pula nak ke rumah Mak Abah Encik sumai yang dah beberapa minggu tak dijengguk.
-----------------------------------------
Semalam Afif kebosanan sebab si Aisy tidur sepanjang hari. Mujur juga Afif ni ada aje benda dia nak buat. So tak adalah dia kebosanan. Semalam dia buat kerja yang dia suka buat.
Apa kerja yang dia suka buat? Melukis dan mewarnalah!
Petang pula kami ke Tesco Setia Alam. Encik suami mencari kedai DIY. Lama betul dia dekat situ, entah apa yang dibeleknya.
Kami pula yang kebosanan. Habis satu Tesco pusing semata-mata nak tunggu dia.
Yang pasti meluangkan masa dengan keluarga tersayang memang moment terindah. Lagipun esok belum tentu ada untuk kita kan?
So apa kata gunakan cuti hujung minggu ni untuk bersantai dengan keluarga.
Have a nice weekend korang (^_^)
saya yang surirumah pun bukan hari2 masak... kalau ada bahan masak dalam peti ais tu memang saya masak sebab taknak simpan lama2 takut rosak. sebab makan berdua je kadang asben ni malas nak keluar beli barang basah.. bila dia malas maka makan bungkus atau luar. Bukan malas sebab apa... budak lala masuk je supermarket dah macam lipas kudung. Sejak jadi mak ni.. saya memang selalu cuba masak yg sedap2.nanti lala besar dh duduk jauh mesti sekali sekala dia balik rindukan masakan ibu dia mcm kita rindukan masakan mak kita. tu yg selalu sy fikir
ReplyDeletesaya memang biasa masak tiap kali balik kerja
Deletecuma pada hari saya sebutkan di atas memang tak masak, maleh!
sebab keluarga dah besar sekarang ni, memang selalu juga masak
anak-anak suka air tangan kita...hehe
kalau rumah wan tak mahu makan, rumah sendiri makan pula
saya kurang pandai masak
tapi cuba seboleh mungkin buat terbaik untuk diroang =)
Boleh tahan nama nasi goreng tu..rasanya pun tentu terbaik
ReplyDeleteHehe.mama yg masak mesti anak2 suka makan kan sis?
agaknyalah sebab saya rasa boleh telan lagi...hehe
Deletetulahkan, kata masak dengan penuh kasih sayang...hehe
Pandai Afif mewarna.. Melihat level kecomotan si Aisy dan kesantaian Afif selepas makan, nampaklah kesedapan nasik goreng Pemaleh kat situ.. Haha >:)
ReplyDeleteyelah agaknya sebab makan tak toleh kiri kana dah
Deletehehe =)
Bukan main berselera anak akak makan kan. Kenapa tak hantar sepinggan di rumah saya tadi? hehehe
ReplyDeletememang nak kena hantar ke? hehe
Deleteala comelnya meraka... biasalah tu kak,, anak2 macam-macam keletahnya..
ReplyDeletemama diorang comel, tu yang diorang pun comel
Deletehehe...perasan sungguh!
Ibu Mithali...tahniah.
ReplyDeleteyeke MKL?
Deletenampak sedap nasi goreng yana masak.. nampak berselera tengok aisy makan.. siap ada perjanjian lagi tu.. hehe..
ReplyDeletekalau tanya tekak saya, memang sedap aje! hehe
Deletedia memang makan berselera sikit kalau nak banding abang dia
mesti kena ada perjanjian sebab hidup perlu ada peraturan =)
Aktiviti hujung minggu yg sgt meriah... ceria sekeluarga.. seronok.. :)
ReplyDeletehehe...janji spend masa dengan keluarga
Deletetu memang terbaik!
Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)
ReplyDeleteu are seem strange
DeleteCatatan dairi hari minggu yang penuh! Ada sahaja aktiviti dilakukan.
ReplyDeleteBudak2 memang suka duduk dalam trolley tu... Senang, xlah merayau merata2 kan.
tak penuh lagi, belum habis cerita tu pun...hehe
Deletediorang tak suka sebenarnya, terpaksa!
Best kan kalau cuti jer selalu.. seronok dapat layan kerenah anak2 nie.. =D
ReplyDeletememang seronok farah wei! =)
Deleteakhirnyer tercipta jugak satu hidangan untuk sapan pagi, walau pon mood malas dalam level yg tinggi...
ReplyDeleteapa pon nama hidangan yana untuk kali ni..tetap menjadi pojaan aisy dan juga afif..
ni betul2 bosan tahap gaban ni..apa taknyer dok kat teroli jer memanjang, kalau auntie pon meroyan di sebabkan menunggu ni..uiss tak patut tak patut ayah buat macam ni kan ! cian mama dok tunggu lama..hehe
hehe...betul! terhidang juga hidangan yang menyelerakan =)
Deletesungguh kak, boleh tahan juga dia dapat shopping
bosan tahap gaban tunggu dia
yeke? baru tahu ni...hehe
ReplyDeletesama cm zura la, asal nmpk nasi lebih je trus buat nasi goreng.. zura pun tak suka anak2 main tiup buih dlm umh, nnt lantai melekit-lekit.. dulu zura suh dorang main kt balkoni je, skrg ni umh dh tkde balkoni dorang main kat parking lot umah..
ReplyDeletehehe...saya pun selalu sangat buat nasi gorang lebihan nasi
Deletesama kita kan, benda tu kan melekit susah nak lap
Dah jadi surirumah ni nak tak nak, malas tak malas pun kena masakkan YY... Adoi mmg maleh kalau ikutkannya....
ReplyDeleteOKje pun suka kalau ada kenduri sebab tak yah masak haha
saya surirumah di hari minggu aje...hehe
Deletetapi memang kemalasan tu tak boleh dibendung...hehe
seronok kalau p kenduri ni kan okje
boleh skip memasak, tu yang seronok =)
Nasi goreng pemaleh yg namlak sedap..bkn seng tugas seorg surirumah sbnrnye kan...mcm sy yg bekerja n blik umah jd surirumah plak memg penat sgttt..ldg kdg bntu nk msk...kalo mls memg mkn luar je tp memandangkan skang ekonomi yg x menentu n brg sume mahal better msk kat rumah kan
ReplyDeletehehe...sedaplah juga pada tekak saya
Deletebetul saya setuju. kita yang bekerja ni, ada 2 jenis perkerjaan kena lakukan
jadi perkerja dan surirumah...penat hanya tuhan yang tahu
tapi demi keluarga tercinta, pengorbanan tu rela dilakukan