MH370: Doa dan Harapan (^_^)

11:43:00 pm Yana Yani 34 Comments

Sebenarnya aku bercadang nak publish entry lain hari ni. Tapi entah kenapa ada macam satu perasaan tak kena. Aku rasa bukan aku seorang aje yang berperasaan begitu.

Majoriti blogger yang aku kenali bercerita tentang kisah yang meruntun jiwa sesiapa sahaja. Semuanya berbicara tentang benda yang begitu janggal dipendengaran sebelum ni.

Malaysia Airlines (MAS) atau apa sahaja yang berkaitan dengan aircraft bukan sesuatu yang aku familiar. Rupa luar dan dalam pesawat juga hanya dilihat di dalam rancangan dokumentari.

Tapi tiga hari kebelakangan ni MH370 menjadi bualan seluruh pelusuk dunia. Semuanya ingin mendengar perkhabaran gembira dan tak terkecuali aku.

Rutin harian aku juga berubah serta-merta.

Biasanya bangun pagi aku siapkan segala keperluan Afif untuk ke sekolah dan sediakan sarapan untuk Encik suami dan anak-anak. Tapi sejak semalam, remote TV dulu aku cari.

Mencari jawapan untuk setiap persoalan. Malangnya setakat waktu ni belum ketemu sebarang jawapan untuk menghilangkan perasaan tak kena yang wujud dalam diri.

Harapan masih ada dan doa tidak putus diberikan. Semua mengharapkan sesuatu perkhabaran gembira untuk disajikan kepada setiap ahli keluarga yang menanti.

YA ALLAH YA TUHANKU 
Jika MH370 tenggelam di dasar lautan, timbulkanlah
Jika MH370 hilang di langit, turunkanlah
dan Jika MH370 sesat di darat, tunjukkanlah

34 comments:

  1. Semoga dipermudahkan segala usaha penyelamat MH 370 & diberi ketabahan kpd keluarga mangsa dlm menghadapi situasi sukar ini... aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul saudara khir
      tiada siapa yang ingin ahli keluarga mereka hilang begitu sahaja

      Delete
  2. depa nak guna bomoh pulak hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...bomoh yang tawarkan diri
      kerajaan malaysia tak mahu, khurafat =)

      Delete
  3. Amin..semoga doa kita semua dimakbulkan oleh NYA...dan dipermudahkan segala urusa pencariaan MS370 akan terjawab..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, selagi belum temui
      selagi tulah spekulasi akan muncul
      semoga semuanya selamat, itulah harapannya

      Delete
  4. Tiada berita yang paling dinantikan... MH370 ditemui.
    Sama2lah kita doakannya...

    ReplyDelete
  5. amin ya Allah..
    kita berdoa semoga pesawat MH370 itu lebih baik dari buat sebarang spekulasi ^_^

    ReplyDelete
  6. Semoga semuanya dipermudahkan... sama2 kita doakan...

    ReplyDelete
  7. amin ya Allah...moga pesawat mh370 itu dapat ditemui dan semua crew dan penumpangnya selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, harap semuanya selamat
      dan terjawab semua persoalan

      Delete
  8. Kita mengharapkan doa yang tidak putus akan menyelamatkan mereka ini semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul cikgu, semoga semuanya dipermudahkan

      Delete
  9. semoga mereka selamat walau di mana mereka berada..

    ReplyDelete
  10. amin.. doakan yang terbaik untuk mereka walau di manapun berada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, semoga semuanya selamat

      Delete
    2. itulah yag kita semua harapkan iaitu semoga mereka selamat..

      Delete
    3. betul aiza, sekarang semuanya masih kurang jelas

      Delete
  11. Replies
    1. berdoa dan terus berdoa
      moga semuanya selamat

      Delete
  12. jangan berhenti berdoa..moga penantian dan teka teki akan berakhir juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak
      itulah harapan setiap rakyat malaysia pada ketika ni
      in fact seluruh dunia

      Delete
  13. semoga akan kembali lah mereka semua dengan selamat... jangan berhenti berharap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu mama
      sama-sama kita doakan yang terbaik

      Delete
  14. Kan bile bgn pg mesti akn cri reeote nk tahu perkembangan MH370...xpun cri paper...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya kan mim
      nak tahu apa berita terbaru pasal MH370 ni

      Delete
  15. Aamin....moga kau makbulkan doa kami Ya Allah.....
    Bilalah agaknya nk terungkai kisah ni YY....hari ke 7 dah ni....bukan mudah kerja mencari ni...moga segalanya dipermudahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahulah okje, semuanya menanti dengan penuh pasti.
      tulah kan okje, tujuh hari dah, entah mana dia berada
      betullah, dah 15 buah negara membantu dengan peralatan canggih
      tapi masih berstatus "hilang"

      Delete
  16. kita tengah tertunggu-tunggu berita terkini, apatah lagi keluarga penumpang dan krew pesawat tuh, mesti dorang lagi tk senang duduk...zura pun tk blh byg mcm mn keadaan zura kalu penumpang / krew pesawat tu sanak sedara zura...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kan, kita yang tak ada kena mengena pun rasa susah hati
      lagilah pula diorang yang ada sanak saudara dalam tu
      harap semuanya selamat kan

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...