Nasi Lemak dan MH370 (^_^)
Dari semalam aku dah merancang nak masak nasi lemak. Jujurnya ini adalah nasi lemak yang pertama aku masak sejak berkahwin.Sebab benda ni pertama kali, perasaan excited tu tinggi melangit. Bangun pagi bersungguh nak sediakan nasi lemak. Kalau boleh nak hidangkan yang terbaik!
Bermacam-macam petua yang aku dengar tapi aku lebih yakin dengan gerak hati sendiri. Segala macam bahan especially untuk nasi memang berdasarkan sukatan sendiri.
Akhirnya terhidang juga nasi lemak aku walau agak lembik.
Tapi majoriti yang merasa kata untuk percubaan pertama, ianya marvelous! Hehe! Bangga juga walau aku tahu aku boleh lakukan lebih baik.
Paling seronok bila tengok anak-anak makan. Berselera diorang makan walau rasanya entah apa aje pun. Itu yang buat hati berbunga.
Especially Afif yang memang suka makan nasi lemak. "Mama masak ni kan macam yang orang jual tu lah. Sedap! Afif suka!" kata dia walau makanan penuh di mulut.
Mau tak rasa bangga bila anak kata gitu. Hehe!
--------------------------------------------------
Hari ni seluruh rakyat Malaysia digemparkan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dari radar sejak beberapa jam yang lalu.
Ianya sesuatu yang amat menyedihkan terutama kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal yang pada ketika ini masih menanti dengan penuh debaran.
Dilaporkan terdapat 227 penumpang termasuk bayi dan 12 orang krew penerbangan. Kesemua penumpang dan anak kapal adalah dari 14 buah negara.
Berita tu pada aku mendebarkan kerana sehingga entry ini ditulis masih belum ada sebarang berita mengenai pesawat ni walau pelbagai spekulasi mula tersebar sejak pesawat hilang.
Kali terakhir pesawat Malaysia Airlines MH653 terhempas ialah pada 4 Disember 1977 yang mengorbankan kesemua 93 penumpang termasuk 7 orang krew penerbangan.
Pesawat itu dikhabarkan hilanag dari radar menara kawalan dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau di Tanjong Kupang, Gelang Patah, Johor.
Pensyarah aku pernah menceritakan tragedi ini yang mengorbankan Menteri Pertanian ketika itu, Datuk Seri Ali Ahmad dan beberapa VVIP yang lain.
Pensyarah aku merupakan penduduk kampung tersebut dan melihat dengan mata kepala sendiri tragedi yang mendukacita dalam sejarah Malaysia dan juga Malaysia Airlines.
Diharap sejarah tidak berulang.
Marilah kita sama-sama mendoakan keselematan kesemua penumpang dan krew penerbangan. Hentikan segala spekulasi kerana ianya hanya mengeruhkan keadaan terutama kepada keluarga yang terlibat.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
uiss mood rajin nampak ! tu hari bekpek nasi goreng now! nasi lemak..afif, aisy sonok kan tengok mama rajin buat bekpes..opkos la sonok kan ! :)
ReplyDeleteyup yana sama2 kita doakan semoga dipermudahkan segala urusan dan keselamatan diaorang..
kebelakangan ni memang mood gitu...hehe
Deletesemangat nak buat benda laindari biasa tinggi melangit! hehe
itulah harapan seluruh rakyat malaysia sekarang =)
sedapnya nasi lemak tu yana.. selera betul tengok aisy makan.. hehe..
ReplyDeletedoakan semoga semuanya selamat dan tiada kejadian buruk yang berlaku..
nampak dah rasa sedap ye, belum rasa lagi tu...hehe
Deleteye, memang tulah harapan semua sekarang ni
waaa nasik lemak udang uolls !!!.. terbau2 plk keharuman nasi lemak kt hidung nih... sape tk bangga kan anak puji masakan kita..trus bersemangat nak masak lagi dan lagi...
ReplyDeleteye, jangan tak caya!
Deletebangga giler berjaya buat ni tau...hehe
mesti buat lagi punya, confirm! =)
anak2 yana blh mkn pedas ya...kalu buat nasik lemak, zura bg dorang nasi ngn ayam goreng jer..kesian plk nk bg sambal takut nangis pedas.. kalu pedas kang dorang trus stop mkn nasi
Deleteeh tak adalah, diorang tak makan pedas
Deletesama macam anak zura lah, sikit aje makan pedas
terus tak mau makan =)
tu saje tayang
Amboii..aisy cntiknya duduk mkn nasi lemak.
ReplyDeleteSmoga selamat semuanya..
hehe...dia masih sukar membiasakan diri kak
Deleteinsya allah sekejab lagi eloklah tu
8/3/2014 tarikh yang tak akan di lupakan buat keluarga kathy sis..ayahanda kathy kembali ke rahmatullah semalam dalm pukul 3 petang. :'(
ReplyDeletetahun 95 juga bawa sejarah bila pesawat fokker terhempas di tawau..kathy sendiri yang berumur 17 tahun ketika itu ada melawat tempat kejadian bersama keluarga angkat.sungguh menyayat hati..
tahziah buat kak kathy sekeluarga ye
Deletemoga arwah ayah ditempatkan dikalangan orang yang beriman
doakan yang terbaik untuk dia ye
doa anak yang soleh adalah bekal untuk dia
Nasi lemak klu dibuat makan tengah hari hujung2 minggu ni pun sedap juga.. sungguh menyelerakan..
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan usaha mencari MH 370 & diberi ketabahan kpd keluarga mangsa yg terlibat... aamiin.
memang tu menu sampai tengahari..hehe
Deleteitulah harapan seluruh rakyat malaysia ketika ni
amboi! rajinnyer....bunda pun dah lama tak buat nasi lemak...main beli jer..
ReplyDeletehehe...tetiba kerajinan tu muncul bunda =)
DeleteKira dah tererlah ni buat nasi lemak yek...hehe
ReplyDeleteKalau mereka berdua khusyuk makan mmg confirm sedaplah tu YY.... boleh buat lagi lepas ni hehe....
Kalau nak lagi sedap masaklah pakai beras basmathi lagi sedap!...
Tulahkan semua kita tengah bersedih dengan kehilangan misteri pasal MH370 ni...moga mereka akan kembali dengan selamat dengan izinNya
ramai juga yang suruh saya buat gitu
Deletetapi sebab ni percubaan pertama, saya buat se simple mungkin =)
afif makan bertambah-tambah, buat mama excited aje =)
yelah kan kak, moga segala jawapan ditemui
Nasi lemak buatan sendiri pastilah yg terbaik. Nasi lemak dan MAS ni satu isu sensetif! hehe
ReplyDeleteTeruskan berdoa, semoga MH370 ini segera ditemui dan keajaiban berlaku...segalanya selamat, InsyaAllah...amiin.
hehe...gabungan mana yang sensitif tu BM
Deleteye, memang tulah yang semua lakukan sekarang
mengharapkan perkhabaran gembira
Wahhhh buat nasi.lemak...mesti sedapkan..
ReplyDeletehehe...bolehlah ditelan =)
Deletekalau petang2 dapat nasi lemak sekali sekala kan sedap.... g2 iseri yg masakkan. cayalah +yana yani :)
ReplyDeletehehe...saya selalu juga makan nasi lemak +PakcikLie PCL
Deletesedap sebab dia masak dengan penuh kasih sayang =)
Doa yang terbaik untuk mereka...
ReplyDeletebetul, semoga semuanya selamat
Deletehehe...saya memang biasa buat gitu
ReplyDeletepayah dok ikut resepi =)
Nasi lemak buat sendiri lagi puaskan... k nrl paling suka ikan bilis goreng tu lebih sikit... ^__^
ReplyDeleteSama2 kita berdoa semoga MH370 yang hilang akan ditemui...
saya pun suka taruk ikan bilis banyak-banyak, baru ada feel ye dak =)
Deleteye kan, mana dia pergi huh? suspend
sedapnya nasi lemak...apa yg penting anak2 suka dan paling penting dapat pujian dari anak kan, kalu akak dah kembang hidung dibuatnya..hehehe
ReplyDeletemoga semua crew dan penumpang selamat,selagi tak dapat apa2 berita,kita jgn putus harapan mendoakan yg terbaik utk mereka kan.
memang kembang hidung oun kak wei
Deletebukan selalu dapat pujian pun kan
itulah harapannya kan kak, entah apa nasib mereka
berharap dan terus berharap =)
Belum lagi makan, dah tengok pun dah terliur. Sedap nampak nasi lemak ni.
ReplyDeletemestilah sedap, dimasak dengan kasih sayang tu..hehe
Delete