Jika Itu Takdirnya (^_^)

8:42:00 pm Yana Yani 25 Comments

Semalam Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 telah berakhir di Lautan Hindi.

Pengesahan ini dibuat berdasarkan maklumat dan analisis yang dilakukan oleh Inmarsat dan Unit Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB).

Peluang untuk melihat survivor juga tipis berdasarkan lokasi terakhir pesawat malang itu berada. Tempat itu dikhabarkan terpencil dan jauh dari mana-mana kawasan pendaratan.

Setakat entry ni ditulis, tiada bukti fizikal untuk mengesahkan kejadian yang menimpa pesawat MH370.

Menurut Perdana Menteri, maklumat ini dikongsi kerana komitmen untuk bersikap terbuka disamping menghormati keluarga para mangsa.


Walaupun pengesahan itu belum merungkai seribu satu persoalan, ianya merupakan berita yang amat meruntun jiwa sesiapa sahaja yang mengikuti berita ini sejak dari awal.

Aku sendiri terasa sebak mendengar esak tangis ahli keluarga penumpang dan kru pesawat Boeing 777-200 tu. Tiada kenalan di dalam pesawat tu, tapi perasaan sedih ni tetap wujud.

Aku tidak dapat membayangkan bagaimana mereka dapat menerima berita seperti ini yang tiada siapa pun mahukan ianya berlaku dalam keluarga mereka.

Perasaan grief itu pastikan akan berlarutan untuk jangka masa yang panjang terutamanya apabila tiada petanda sebagai tatapan terahir.

Aku amat simpati di atas kejadian yang menimpa ahli keluarga mereka. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Aku mendoakan semoga ALLAH memberikan kekuatan buat seluruh ahli keluarga penumpang dan kru pesawat MH370 untuk menghadapi berita yang meruntun jiwa ini.

Jika itulah takdirnya, terimalah ianya dengan redha. Sesungguhnya setiap yang berlaku itu ada sebab yang tersirat dan ianya tak akan berlaku tanpa ketentuan DIA yang SATU.


----------------------------------------------
\
Hari ni kebanyakkan stesen radio menyiarkan lagu-lagu yang berentak slow. Emosi aku juga agak terganggu dengan kebanyakkan lagu yang disiarkan. Sebak!

Salah satu lagu yang buat aku rasa sebak ialah Here Without You dendangan 3 Doors Down. Setiap bait lirik dan lagu buat aku menitiskan air mata tanpa disedari.

A hundred days have made me older
Since the last time that I saw your pretty face
A thousand lies has made me colder
And I don't think I can look this the same

But all the miles that separate
Disappear now when I'm dreaming of your face

I'm here without you, baby
But you're still on my lonely mind
I think about you, baby
And I dream about you all the time
But you're still with me in my dreams
And tonight, it's only you and me

The miles just keep rolling
As the people leave their way to say hello
I've heard this life is overrated
But I hope that it gets better as we go

I'm here without you, baby
But you're still on my lonely mind
I think about you, baby
And I dream about you all the time
But you're still with me in my dreams
And tonight, it's only you and me

Everything I know, and anywhere I go
It gets hard but it won't take away my love
And when the last one falls
When it's all said and done
It gets hard but it won't take away my love

Sekali lagi TAKZIAH buat seluruh ahli keluarga penumpang dan kru MH370.

25 comments:

  1. Mmg sedih YY....kita yg bukan famili pun sedih.....apa tah lagi mereka...Penantian selama 18 hari berakhir dgn kesedihan siapalah yg nak ....kalau diberi pilihan surelah kita nak MH370 kembali kpd keluarga mereka....
    Segalanya ketentuan Allah...sipalah kita nak menidakkan....
    Takziah dan Al Fatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah okje, kita percaya satu aje
      ALLAH MAHA MENGETAHUI

      Delete
  2. Selagi masih belum terlihat bukti yg nyata...sebenarnya masih mengharap berlakunya keajaiban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga berharap begitu, yelah miracle do happen
      yang pasti semuanya di atas ketentuan ALLAH

      Delete
  3. redha denga ketentuan Allah.. takziah kepada keluarga mangsa.. namun pelbagai persoalan masih bermain di fikiran aiza dan jauh di sudut hati sebenarnya masih berharap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar, pengesahan tu belum merungkai semua persoalan
      terutama apabila bukti fizikal masih gagal ditemui
      apapun ALLAH lebih MENGETAHUI

      Delete
  4. semoga Allah permudahkkan segala urusan MH370

    ReplyDelete
  5. sebak..sayu ..sedih..bergumpal jadi satu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua yang mengikuti kisah ni berasa gitu kak

      Delete
  6. Mmg berita yg menyedihkan.. Al Fatihah... aamiin..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum yana.. hai..
    mmg sedih dgr berita itu..namun takdir mengatasi segalanya.. harap keluarga mereka semua tabah dan bersabar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam wbt kak
      lamanya tak nampak akak dekat sini, mia sihat?

      tulah kan kak, siapa yang inginkan berita begini dalam keluarga mereka
      semoga ALLAH memberikan mereka kekuatan tu

      Delete
  8. Walaupun kita tiada sedara mara terlibat atas perikemanusiaan kita tetap rasa sebak sayu sedih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan mimi, perasaan sedih tu automatik muncul
      keluarga diorang lagilah yang merasa

      Delete
  9. kita yang takde kena mengena pun rasa sebak sangat macam tak boleh terima kenyataan apatah lagi mereka yang ada kaitan dengan semua mangsa.. Naluri normal seorang manusia.. mesti tersentuh jugak hal2 macam ni melainkan manusia yang tak normal & takde perikemanusiaan je tak rasa apa2

    ReplyDelete
  10. semoga urusan pencarian berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah..

    ReplyDelete
  11. Besar dugaan ni kepada keluarga mangsa. Moga mereka ni tabah menghadapinya. Sama-samalah kita berdoa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan cikgu, siapa yang nak perkara macam ni
      jadi dalam keluarga mereka

      semoga mereka tabah

      Delete
  12. semoga dipermudahkan segala usaha pencarian, dan semoga hasil akhir pencarian ni diterima oleh semua pihak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lagi satu kan zura, bukan senang nak puaskan hati semu orang
      kita harapkan usaha tu dipermudahkan ALLAH

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...