Nanti Kena Bunuh! (^_^)
Semalam selepas menikmati hidangan makan malam, aku duduk berborak dengan anak-anak. Paling best nak berborak sekarang adalah Afif yang semakin keletah.Aisy pula masih kurang jelas tutur percakapan dia.
Aku beritahu dia yang hari Jumaat nanti kami akan ke kampung Tok Yang. Tok Yang adalah Atuk aku sebelah Mak, pada Afif kira pangkat moyang.
Bila aku sebut perkataan Jumaat tu, automotik Afif terus kata yang dia sekolah. Nampak sangat berat hati ponteng. Aku pun kata yang kami akan balik selepas dia balik dari sekolah.
Baru nampak keriangan pada riak wajah dia. Bersemangat dia cerita tentang keseronokkan yang bakal dirasai di kampung Tok Yang yang terletak di Kuala Lipis, Pahang.
Tapi wajah seronok tadi bertukar jadi sugul bila dia dapat tahu adik aku yang paling bongsu, Anis tak akan ikut sama. "Tak seronoklah tak ada Acu, siapa nak main dengan Afif?" kata dia.
"Mama dengan Adik kan ada" jawab aku pula.
"Ala Mama tu dah besar, tak best main dengan Mama. Adik lagilah tak best!" kata dia dengan muncung yang panjang sedepa.
Malas aku nak bersoal jawab cerita best tak best tu. Aku tukar topik, "Tok Yang kan ada kedai. Tok Yang ada jual macam-macam! Mesti best!" kata aku.
"Kenapa Tok Yang buka kedai?" tanya dia pada aku. Jujurnya aku tak jangka dia nak tanya soalan macam tu. Soalan tu berbunyi pelik.
"Kalau Tok Yang tak buka kedai, macamana Tok Yang nak makan? Duit jual barang dekat kedailah Tok Yang guna buat beli apa yang Tok Yang nak beli" jelas aku panjang lebar.
Afif diam tanpa sebarang respond. Aku tambah lagi, "Besok besar Afif buka kedailah, banyak duit!"
"Afif tak nak buka kedai, nanti kena bunuh!" jawab dia bersahaja.
Terkedu aku dengan jawapan dia. "Kenapa Afif cakap macam tu?" tanya aku inginkan kepastian.
"Yelah, buka kedai ada banyak duit. Nanti orang jahat datang dia curi semua duit lepas tu dia bunuh Afif!" kata dia dengan bersungguh-sungguh.
"Nauzubillah, panjang umur anak Mama" jawab aku pula sambil mengusap kepala dia. Barulah semua jelas dan terang sekarang. Sebab tu dia tanya kenapa Tok Yang buka kedai.
Mungkin pemahaman dia, bila buka kedai lebih terdedah kepada bahaya iaitu kematian.
Aku rasa inilah impak cerita pekerja di stesen minyak yang mati akibat rompakan yang pernah aku ceritakan pada dia tak lama dulu.
Ingat Yana wei, tapis cerita!
-----------------------------------------------
Cerita ni tak ada kena mengena dengan cerita dekat atas. Tapi aku nak bercerita perasaan bangga bila hidangan yang dimasak dengan jerih payah, diberi pujian.
Pujian tu pula datang dari anak sendiri. Memang senyum sampai ke telinga!
Baru-baru ni aku masak kuih sagu sebab lebihan sagu buat pengat hari tu masih banyak. Disebabkan tak nak membazir, aku buatkan kuih sagu.
Siap masak, aku terus hidangkan. Afif adalah manusia paling suka makan kuih tu. Siap suruh aku berniaga sebab sedap sangat pada tekak dia. Hehe!
Dia seorang aje yang makan berulang kuih tu sampailah habis!
Aku memang tak pandai memasak. Masih lagi bertatih dalam segala segi. Tapi memang sentiasa berusaha menghidangkan yang terbaik buat keluarga.
Orang lain tengok mesti tak berkenan, tapi anak-anak aku suka! That's the most precious feeling! Rasa nak buat aje lagi dan lagi dan lagi! Hehe!
Fahaman & pandangan budak ye tak.. tp baguslah sbb ada perasaan berhati2 mcm tu. Sekurang2nya dia berfikir yg logik mengikut tahap umurnya.. alhamdulillah.. :)
ReplyDeletetulah saya pun tak sangka dia akan fikir sampai ke situ
Deletemungkin pada usia ni dia dah kenal erti bahaya =)
pandai Afif ambik hati mama dia ; ...masa nilah masa-masa yang perlu diluangkan lebih untuk mereka, nak jadi kawan dan pendengar setia untuk mereka berimejenasi ; suka melayan dan dilayan ; bijak adik afif nih kan .
ReplyDeletetapi memang dia paling pandai ambil hati...hehe
Deletesejuk hati kalau dengar dia bercakap
ni mau awek-awek cair dengan dia besok =)
saya memang suka melayan anak-anak berimaginasi =)
sebab tu saya rasa macam saya kanak-kanak juga
hebat afif ni....tak terfikir dia akan utarakan soalan begitu..
ReplyDeletep/s:Ya Allah,line prob giler.dari semalam tak boleh nak komen entri sis ni.. :(
itulah pasalnya kak, memang tak jangka
Deleteinternet akak ke, saya punya blog ni yang berat?
internet kathy yg prob..bengang jadinya..hehehe..semua blog kathy masuk loading jer...at last,tak jadi nak komen..
Deleteyeke, saya ingatkan blog saya yang berat...hehe
Deletesampai ke situ pula afif terfikir.. masakan ibu tentulah yang terbaik dan sedap.. tapi serius memang nampak sedap kuih sagu yana buat tu.. :D
ReplyDeletetulah aiza, bertuah budak afif ni tau =)
Deletesebenarnya kan aiza, kuih tu overcooked! hehe
tapi dia makan macam sedap sangat!
budak-budak selalu lurus sangat kalau berfikir.. hehe..
Deleteowh, ye ke overcooked? tapi memang nampak sedap.. tengok afif makan lagi berselera tu.. :D
ye aiza, memang overcooked. kalau orang lain masak,
Deleteada sikit putih-putih sagu tu, tapi saya tak ada langsung!
tanya dekat mak, mak kata tu overcooked...hehe!
afif memang suka semua yang saya masak
siap suruh buat lagi, paling tak boleh blah, suruh berniaga...hehe
pandai yana buat kuih sagu tu..sedap kalo makan kuih tu time berbuka..sejuk je lalu kat tekak
ReplyDeletehehehh bijak afif....tak dijangka akal fikiran budak2 ni kan...
kan senang aje nak buat kan kuih tu, letak air aje...hehe
Deletetapi meman sedap time sejuk, nyaman gitu...
arghh lieya, saya posa!
hehe...tu la pasalnya =)
kan...tu yang saya pun terkejut dibuatnya
ReplyDeletemacamana dia boleh fikir gitu..emm
saya pun suka! rasa nak buat banyak kali!
bersemangat sungguh rasanya!
Bahaya juga...setiap apa yang didengarnya diterima bulat2. Kena pastikan betul2 Afif ni kalau bersembang dengan orang lain. Kena rajin bagi penerangan sebab dia mampu berfikir dan mudah faham.
ReplyDeleteKalau anak2 suka kuih tu...orang lain makan pun mesti le sedap juga... :)
itulah BM, dia memang mudah tangkap apa yang kita cerita
Deletebiasa dia tak bagi respon tau time kali bercerita dengan dia
tapi tak sangka dia menangkap segala cerita yang kita sampaikan
hehe..BM saje nak sedapkan hati saya kan =)
Kalau masak ada yg makan .... rasa dan dan tu mcm nak bukak warung je yek YY hehe....
ReplyDeletehehe...memang okje!
Deleterasa dah hebat sangat dah masak! hehe
Budak2 ni mmg fikirannya lurus takde belok2.. apa yang dicerita itulah penerimaannya.. kadang kita terlupa yang kita sedang berbual dgn kanak2 apalagi kalau kanak2 tersebut keletah dan bijak..
ReplyDeletekan, diorang tak belok-belok dah...hehe
Deletetapi tu yang sebenarnya buat seronok bercerita dengan budak =)
Dah lama saya tak makan kuih sagu tu. Dulu mak saya suka juga buat. Dia cakap, orang tua suka makan sebab lembut.
ReplyDeleteyeke, senang aje nak buat kuih ni
Deletecikgu boleh buat sendiri pun,
hehe, betul juga kan sebab dia lembut
Semakin bijak afif...pemahaman dan pemerhatian dia yg kdg2 menjangkau luar kotak pemikiran...kita oun tak terpikir alasan tuh..
ReplyDeletebukan dia jenis boleh berfikir secara kritikal
Deletesebab tu boleh terfikir benda yang kita tak boleh fikir...hehe
petah sungguh la afif berckp..satu kita jawab, 10 patah dia pusing balik yg kita ckp.. hahahaha...
ReplyDeleteaisy pun mcm anak kedua zura, blm blh berckp elok lg, pelat bebenor la yg si adik nih
hehe, dah 6 tahun zura! dulu dia pun pelat juga
Deletemasuk 4 tahun dia dah start pandai membebel
adik ni yang bila teringat, memang lagi pelat dari abang
bezanya dia boleh bercakap banyak, tapi pelat!
kalau tak kenal dia, memang tak akan faham...hehe
kuih sagu memang sedap di makan.. aduhh jadi nak cuba pula ^_^
ReplyDeleteacik suka juga ye
Deletesenang aje nak buat pun acik
modal pun tak banyak, cer lah try buat =)