Akhirnya Hujan! (^_^)

8:25:00 pm Yana Yani 31 Comments

Pagi-pagi lagi Annur telefon aku beritahu yang Afif tak perlu ke sekolah disebabkan jerebu. Kawan dia yang merupakan cikgu di sekolah Afif yang beritahu pada dia.

"Semalam dia ada message Along, Along tak reply pun" kata Annur.

"Message? Mana ada. Miscalled adalah!" jawab aku pula sebelum talian diputuskan. Biasa aku memang tak akan jawab telefon dari nombor yang aku tak kenali.

Afif yang pada ketika tu dah siap sedia ke sekolah, hampir melompat bila berita tu aku sampaikan pada dia. Encik suami pula ke sekolah Afif untuk mendapatkan kepastian.

Mujur jarak sekolah tak begitu jauh. Tak lama lepas tu Encik suami balik. Sampai aje depan pintu rumah dia terus kata pada Afif yang ketika tu setia menanti di depan pintu.

"Tukar baju Afif. Afif cuti sampai besok" kata Encik suami pada Afif. Afif apa lagi bila dah dapat kepastian, terus bersorak keriangan.

Kebetulan tak lama lepas Encik suami sampai ke rumah, hujan lebat membasahi bumi. Alhamdulillah, inilah hujan yang pertama dapat dilihat setelah selama ni cuaca panas.


Diharap dengan turunnya hujan, bolehlah menghilangkan jerebu dan paling penting mengurangkan bebanan air yang terpaksa ditanggung oleh mereka di kawasan tertentu.

Tapi Encik suami kata hujan tu tak akan mengurangkan masalah air. Lainlah kalau hujan tu berterusan untuk beberapa hari. Aku yang mendengar hanya mengangguk walau sebenarnya tak faham.

Lebih-lebih bila dia dok cerita pasal pembenihan awan. Bila tengok dia bercerita tadi dah macam ahli metrology. Aku tak berapa nak faham. Yang penting hujan turun!    

 
Lepas tu kena pula memikir cara nak pergi kerja dalam cuaca yang begitu. Afif dan Aisy perlu dihantar ke rumah Mak dulu sebelum aku bekerja.

Kereta yang Encik suami pinjam dari Abah dia dah mati road tax. Setakat nak pergi ke rumah Mak mungkin tak jadi masalah. Tapi kalau sampai ke Klang, lain pula jadinya nanti.

Aku menyarankan Encik suami menggunakan van Abah aku. Takutlah pula timbul masalah lain kalau dia tetap nak gunakan kereta tu.

Mujur juga saranan aku disambut baik. Kalau tak rasa tak tenteram kalau nak menaiki kereta yang tak ada road tax. Kang ada pula penunggang kuda putih memberhentikan kenderaan (^_^)

Yang pasti si Afif dan Aisy yang seronok. Hujan yang turun lebat pun satu keseronokan pada diorang. Siap nak minta keluar rumah lagi sebab nak main air hujan.


Bencana yang menimba merupakan satu peringatan dan ia sebenarnya membuat kita lebih menghargai sesuatu. Bersyukurlah untuk setiap yang berlaku.

Sesungguhnya disebalik bencana tu tersembunyi satu rahmat yang tidak kita sedari.

31 comments:

  1. alhamdulillah..di sini pun belum ada hujan lagi.rindu pula dengan titisan hujan..moga hujan berterusan membasahi bumi yang gersang dek kemarau panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke..insya ALLAH adalah tu nanti
      sama-samalah kita berdoa. ada rahmat disebalik kemarau ni

      sana tak kena catuan

      Delete
    2. Tu lah yg syukur sis..klu tak,susah jg.

      Delete
    3. alhamdulillah kan
      kawasan saya ni pun tak kena catuan

      Delete
  2. Benar... hujan jika setakat sehari dan 4,5 jam belum cukup nak top up air dlm kolam tadahan. Tapi setidak2 hujan membantu mengurangkan jerubu dan membersihkan sedikit debu dlm udara....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya tak cukup cerdik menilai
      tapi betul, jerebu kurang sikit ni =)

      Delete
  3. esok makin baik..hujan pn dah turun.

    ReplyDelete
  4. Hujan semalam tu hujan dari pembenihan awan.. sekejab jer memang tak dapat nak menampung bekalan air yang cukup apapun syukur hujan jugak.pokok bagai yang kehausan tu at least dapat jugak minum

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru tahu pun bila encik suami beritahu
      kalau idak haram nak tahu...hehe
      ha'a cik lekit, layu pokok bunga saya tu
      semalam dapat juga teguk air...hehe

      Delete
  5. Mmg hujan nikmat.. mudah2an cuaca kembali normallah dari keperitan panas kemarau ni... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  6. tempat akak 2 hari yg lepas hujan turun dengan lebatnya..terhapus jugaklah jerebu dan habuk dek kerana musim kemarau ni..

    road tax!! bertindak sebelum kena kan! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan kak, kurang sikit jerebu disebabkan hujan

      pasal road tax tu, dalam proses =)

      Delete
  7. alhadulillah.. kat tempat aiza pun dah hujan.. jerebu pun dah takde hari ni.. :D

    ReplyDelete
  8. Adalah jugak hujan kat Cheras ni, semalam ke dua hari semalam tak ingat...lupa dah OKje hehe ....tp tak lama kejap je...apa pun tetap syukur...
    Teruk sangat ke sampai tutup sekolah tu YY?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat klang baru semalam okje, tu pun rasa syukur sangat
      sebab selama ni bahang aje rasa\
      semalam sejuk sikit...hehe

      teruk juga jerebu petang kelmarin, saya kerja dekat tingkat 21
      tak nampak orang bawah...hehe

      Delete
  9. alhamdulillah...KL ada la sesekali hujan tp hujan gitu-gitu jer.. tk lebat mana pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat sini alhamdulillah lebat juga zura
      dapatlah juga pokok bunga saya tu mandi..hehe

      Delete
  10. Alhamdulillah...hujan juga disana ye. Sejuk sikit suasana. Tapi kat sini masih xhujan lagi. Itulah...pembenihan buat kat sini tapi hujan disana. Hujan ditempat lain tak dapat membantu menyelesaikan masalah air kerana hujan itu xdapat menambahkan paras air di empangan. Kawasan tadahan hujan dan empangan disini masih lagi tidak hujan... Sama2lah kita terus berdoa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur alhamdulillah BM
      tak sangka hujan nak turun pun
      insya ALLAH turunlah hujan tu nanti di kawasan BM
      tapi dengar cerita kerajaan masih terpaksa gunakan pembenihan awan

      Delete
  11. yelah, baru perasan
    nikmat hujan hanya baru dirasai dalam situasi macam sekarang =)

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah dkt rumah akak pun hujan dah turun tp tak puas la sekejap je, kesan asap dan jerebu masih ada lg nih,harap2 hujan akan turun lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas hari tu, dah tak hujan dah...hehe
      tulah, mari kita sama-sama doa hujan turun lagi ye =)

      Delete
  13. Apabila duduk di tepi jendela menghadap hujan pasti ralit dan mengasyikkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengasyikkan tu saya faham
      tapi ralit? apa tu cikgu

      Delete
  14. Alhamdulillah hujan rahmat

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...