Jalan-Jalan Di Home Deco Fair (^_^)
Khamis minggu lepas Encik suami bawa kami ke Home Deco Fair yang memang biasa memilih Stadium Malawati a.k.a indoor stadium sebagai tempat fair berlangsung.Fair ni di berlangsung selama empat hari dari 6 hingga 9 Mac 2014. Sebenarnya ini bukan kali pertama kami ke fair ni yang memang diadakan setiap tahun.
Kalau korang tanya aku, aku memang tak akan pergi lagi tempat macam ni. Cukuplah sekali! Lagipun tak berapa nak minat benda-benda gini.
Tapi Encik suami minat! Layankan ajelah ye dak?
Disebabkan masa kitorang pergi tu merupakan hari pertama, orang tak berapa ramai. Agak selesa juga nak bergerak bila dalam keadaan gitu.
Budak berdua ni tengah posing dekat red carpet. Hehe!
Dari jauh nampak macam kecil aje tempat ni. Tapi jenuh juga nak pusing keliling indoor stadium ni. Rasa nak tercabut lutut rasanya! Hehe!
Ada banyak juga booth yang mewakili pelbagai syarikat yang berkaitan hiasan dalaman rumah. Harga dia boleh tahan murah kalau nak dibandingkan dekat luar.
Mungkin sebab tu nama dia fair ye dak?
Paling aku minat dengan set dapur jenama Elba yang paling murah dalam fair tu. Ada dapur, hood dan juga oven yang semuanya bernilai RM1,399.
Kenyit juga mata dekat Encik suami, manalah tahu dia nak belikan. Tak layan!
Satu-satunya barang yang Encik suami beli dekat sini adalah sandblast sticker. Memang zaman sekarang ramai orang pakai sticker jenis ni untuk diletakkan pada surface pintu atau tingkap.
Cara nak pasang dia pun senang. Pengalaman masa kerja dekat syarikat advertising dulu mungkin boleh digunakan untuk membantu Encik suami pasang sticker ni nanti.
Time tengah dok survey pelbagai barangan tu, Afif tiba-tiba tunjuk tangan dia yang berlumuran darah pada aku. Panik aku dibuatnya.
Sebenarnya aku agak ngeri bila melihat darah mengalir laju. Boleh pengsan dibuatnya!
Mujur tangan dan kaki masih mampu digerakkan untuk mencari apa-apa sahaja benda untuk menghentikan darah pada tangan Afif. Teringat tisu yang memang selalu dibawa ke mana aje.
Time dok tekan darah pada jari Afif tu, tiba-tiba dia menjerit "Adui! Sakitlah Mama! Janganlah tekan kuat-kuat! Sakit!"
Opps! Mama lupa! Hehe! Bila dalam keadaan panik, segala teknik bantuan kecemasan yang aku pernah pelajari dulu hilang macam tu aje.
Time ni darah telah berjaya dihentikan. Tapi Afif masih lagi sakit sebab dia kena tong sampah stainless steel. Aku percaya rasa sakit dia macam terhiris pisau.
Macamana pula dia boleh kena? Budak baik! Dia pergi masukkan jari dia dalam tong sampah yang berjeriji tu. Bila jari dia tak boleh dikeluarkan, dia panik.
Mungkin sebab tu dia sentap aje jari dia. Tarikan akibat sentapan yang kuat tu menyebabkan luka dia agak dalam. Darah usah cakaplah!
Bila dah keluar darah, baru dia cari aku. Cuak juga gamaknya tengok darah banyak gitu.
Tapi sekejab aje muka gitu, tak lama lepas tu dah nampak dia senyum balik. Dia kata dia kuat macam Ultraman! Apa-apa ajelah Afif oi!
So itulah ajelah cerita kami di Home Deco Fair, Stadium Malawati Shah Alam!
P/S - MH370 masih belum dapat dijejaki walau sudah melebihi 100jam. Doa dan harapan masih diberikan. Mengharapkan semuanya selamat!
Akk pun x pernah pergi.tggu ada rumah kot.hehee..budak nak mencuba sesuatu yg baru mcm tu la..ok la dpt pengalaman dan pengajaran tu.hehee
ReplyDeletesaya tak mahu pergi asalnya
Deletetapi sebab dah encik suami mengajak, pergi jugaklah kan
hehe...betul jugakan, satu pengajaran yang berguna tu =)
ada-ada sahaja afif ni, budak lelaki memang macam tu kan, nasib baik tak cedera teruk.. sesekali pergi ke home deco fair macam tu rambang mata nak memilih.. walaupun semuanya murah, beli banyak jenis barang tengok jumlahnya mahal juga..
ReplyDeletetulah pasalnya aiza, ligat!
Deletewalau tak teruk, darah banyak sangat tau
mama dia yang panik! hehe
hehe, tulah aiza kalau tak beringat
bawa duit berkepuk pun tak cukup! hehe
Seronok klu pergi tmpt2 mcm tu.. saya suka juga tp lama tak kesempatan nak pergi. Kdg2 ada brg2 yg kita jumpa on the spot, tp susak nak dpt lagi bila hari2 biasa di mana2 tempat lain.
ReplyDeleteLuka terguris besi mcm tu mmg pedih.. letak minyak gamat je, in shaa Allah... semoga Afif cepat sembuh ye.. :)
tapi pada saya tak berapa seronok...hehe
Deletesekali sekala mungkin boleh ler, nasib baik bebudak happy =)
memang pedih tapi budak lelaki
sekejab aje dah sihat =)
Pernah pergi home deco fair ni (2 tahun lepas rasanye)... Memang harganya berpatutan tapi tengok ajer la sebab bila tanya, xde perkhidmatan buat dan hantar sampai ke rumah saya...huhu
ReplyDeleteAfif2...bikin kecoh je ye, mujurlah budak kuat! Macam tu lah budak lelaki...hehe
time saya tanya diorang kata boleh buat penghantaran
Deletemungkin baru ni aje kot ada servis gitu
hehe...tulah BM, memang bikin kecoh
semua orang time tu dok kerumun dia time ingat dia cedera teruk...hehe
yana berlainan dengan hakak tau! akak teringin sangat nak pi home deco fair ni..tapii encik somi pulak yang kurang berminat nak pi terjah..dengan alasan ' sesak gamai orang ! so, sampai detik n masa ni pon akak tak penah jejakkan kaki ke home deco fair..ermmm
ReplyDeletehaa nilah kes bila sel sel otak dah bersambung kan yana hehe..ada jer yang nak di cuba si afif ni, nasib baik mama tak pengsann tengok darah afif oii..dah mama pulak jadi fair kat sana hehe
terbalik kita ye, saya tak minat lah!
Deletetak tahu pasal apa, yang pasti tak larat nak temgok benda yang sama
rasa macam tak berfaedah aje..hehe
terlebih sambungan kot! hehe
hampir pengsan juga kak wei, ngeri lah dengan darah ni =)
akak kalau tak ramai org ok lg,tp kalau ramai org mmg tak pegi la,rimas dibuatnya..hehehe bukan rimas apa,payah nak kawal anak2
ReplyDeleteadoi la afif...buat terkejut je ye,nsb baik tak teruk sgt kan
betullah kalau bawa anak kecil memang ligat aje diorang
Deleteespecially tempat gini, mula mulut kita bising aje
at least saya lah...hehe
luka tu sekali tengok nampak teruk juga
sebab dia punya kulit tu tersiat ke atas
darah banyak akak wei! ngeri!
teringin nak pergi home decor ni, tapi rumah mama tak berdeco pun.. hihi... anak-anak lagi lah, semua nak dilanyaknya... berhangin je kekadang..
ReplyDeletesaya pun p tu bukan buat apa tu
Deletedok tengok aje!
hehe...budak membesar gitulah
lebih kurang aje dengan afif dan aisy =)
ngerinya bila bayangkan jari Alif tu terluka,berdarah...
ReplyDeletememang ngeri kak wei!
Deletelemah lutut ni sebab darah tu laju aje mengalir
ish, teringat pun meremang bulu tengkuk
menarik alkisahnya...enjoy reading..tq
ReplyDeletemenarik ye, thanks for reading =)
DeleteContra tulah yang serasi YY... sorang tak minat sorang minat....hehe....Okje ni mmg ketinggalan zaman sikit YY....apa kebenda blast blast tu pun tak tahu hehe ....
ReplyDeleteNasib mamanya bekas doktor senang le nak merawat luka anak tu hehe
biasa pasangan suami isteri memang gitu kan okje =)
Deletehehe...kelakarlah okje ni
saya kalau tak keja dekat syarikat advertising dulu pun tak tahu
ni sticker untuk ditampal pada surface tingkap atau pintu jenis gelas
bila tampal, orang luar tak nampak orang dalam
dan begitu juga sebaliknya =)
ok sgt jeles...kalo sy mau meroyan nih..
ReplyDeleteawat pula sampai nak jelous ni?
Deletetak patut, tak patut...hehe =)
tak pernah sampai lagi fair macam ni sis...kita berdoa dan terus berdoa...doa senjata umat islam..
ReplyDeleteinsya ALLAH ada rezeki sampailah akak ke tempat camni
Deletebetullah kak, saya setuju akak kata gitu
doa memang senjata umat islam
Budak-budak memang begitu, kadang-kadang apa yang dia lakukan tak terfikir oleh kita yang dewasa ni. Kadang-kadang tu tak masuk akal. Alhamdulillah, mujur mak dia tak panik sangat kan.
ReplyDeletehehe...memang tak masuk akal sungguh!
Deletenasib baik tak pengsan mama dia =)
zura suka tol pergi kt karnival home deco gini...pastu mula la berangan nk hias umah cmtu cmni..tp buat masa skrg blm blh hias rumah lagi, tunggu dua2 hero tu besar sikti br blh hias umah, kalu hias skrg, kompom terbarai abih perhiasan tuh.. hahahaahaha !!
ReplyDeleteaduhai, sian afif... biasa la budak2 tgh membesar mmg lasak, ada saje karenah dorang yg buat kita rs lemah jantung..
saya kurang sikitlah benda-benda gini
Deletememang suka tengok rumah cantik macam artis tu,
tapi perasaan nak deco rumah memang kurang
hehe...mana ada budak yang tak pelangkup rumah
diorang tengak explore...hehe
betul zura, kita yang susah hati tengok darah