Terima Kasih Blogger Fiza Ismail (^_^)

8:47:00 pm Yana Yani 16 Comments

Rasa macam dah lama hubungan persahabatan kami walau hanya berjumpa ketika di office. Rasa macam tak percaya aku tak akan lagi jumpa dia yang aku anggap ADIK.

Aku dah mengenali Fiza Ismail anak kelahiran Langkawi ni sejak dia masih anak dara. Sehinggalah dia menjadi suri hati kepada seorang lelaki bernama Luqman.

Fiza Ismail yang berdiri dekat tengah. Dua wanita Cina dalam gambar ni, Peksan dan Mdm Tan juga dah meninggalkan office yang "tercinta" ni

Aku juga ada ketika dia disahkan mengandung di luar rahim. Cuba memberi kata semangat agar dia tabah. Siapa tahu perancangan ALLAH.

Mungkin Fiza dan suami adalah orang yang kuat sebab tu mereka diberi ujian sedemikian. Hanya insan terpilih diberi ujian sedemikian rupa.

Fiza yang aku kenal adalah seorang yang amat baik walau bermacam perkara pernah dicanang oleh pihak lain yang cuba meretakkan hubungan kami.

Entah kenapa dengki betul mereka dengan persahabatan kami sedangkan hanya kami berdua sahaja bangsa Melayu dalam office tu.

Fiza pergi ni pun atas kedengkian yang tak pernah hilang oleh pihak satu lagi. Perbuatan tu aku anggap tidak berperikemanusian walau sering ditegaskan, "nothing personal, it is strictly business"

Sedikit sebanyak ia membuat aku tawar hati untuk terus SETIA di sini.

----------------------------------------------

Fiza Ismail,

Akak dengan merendah diri mengucapkan TERIM KASIH kasih untuk segala ilmu yang pernah Fiza curahkan pada Akak selama ni. TERIMA KASIH banyak-banyak!

Akak sudah mahir menggunakan pelbagai sistem dan aplikasi di office disebabkan tunjuk ajar Fiza. Tak mungkin Akak berada di level Akak sekarang kalau tak disebabkan Fiza.

Akak pun dah sedikit sebanyak mahir dalam dunia blogger. Ini semua hasil tunjuk ajar Fiza. Sekurang-kurangnya Akak dah boleh menulis diari di alam maya.

Fiza Ismail,

Akak doakan semoga Fiza terus success dalam bidang market research. Fiza dah memang ada kebolehan semulajadi, cuma Fiza perlu yakin bila bercakap dalam English.

Bila dah jauh ada dekat "atas" jangan lupa jenguk Akak yang ada dekat bawah ni ye (^_^)

Akak juga nak minta maaf sekiranya selama hubungan kita ni Akak ada melakukan sebarang kesilapan yang mungkin mengguris hati Fiza sama ada Akak sedar atau tidak.

Halalkan segala makan dan minum Akak selama ni. Paling penting, jangan biarkan segala hasal dan dengki manusia menghantui kehidupan Fiza.

Once again, TERIMA KASIH untuk segalanya! (^_^)

Yang benar,
Kak Yana
Kakakmu yang maintain comel (^_^)

16 comments:

  1. heheheheh..siap tulis yang maintain comel lagi yer..hehehe..

    ReplyDelete
  2. Sedihkan bile de pihak lain yg dgki...cube la jge diri memasing nk dgki dgki watpe kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedih mimi
      tapi apa kita boleh buat pun
      memang kita tak boleh lari dari insan yang macam tu

      Delete
  3. Manusia yg berhasad dengki ni mmg busuk hatinya.. mmg tak suka dgn org mcm tu..
    Semoga kalian semua terus berjaya & dgn keberkatan yg berpanjangan ye.. aamiin.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah saudara khir, saya pun tak tahu nak kata apa dah
      terima kasih ye, aminnnn

      Delete
  4. ada sahaja manusia yang ada PHD (perasaan hasad dengki) ni.. semoga beliau terus success di dalam kerjaya barunya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah aiza, pening juga memikirkannya
      yang sedih ada yang kecundang, dalam kes ni kawan saya tu
      ye, saya juga harapkan dia terus success =)

      Delete
  5. Pasti ada hikmah disebalik kejadian... Bertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan.

    ReplyDelete
  6. Alahai syahdunya.....
    Biasalah tu YY politik office katanya....apa pun bertabahlah yg tinggal dan yg pergi..... moga ada hikmah disebaliknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, politik office ni lebih dahsyat
      tak tahan memang jadi ginilah
      saya pun harap gitu okje

      Delete
  7. Moga perhubungan kalian bertambah erat walau apapun yang berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu harapannya cikgu tapi dah jauh, mungkin susah

      Delete
  8. huih dasyat betol politik dkt opis lama yana yerk.. bencik betol la org yg suka cucuk2 melagakan org nih... jenis manusia tk de kawan mcm tu la kot, forever alone !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau pun zura! memang nilah yang berlaku sejak 6 tahun saya berkhidmat
      sama ada boleh survive atau tak aje
      malangnya saya tak ada alternatif, terpaksa bertahan

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...