Semua Tu Kuasa ALLAH! (^_^)

10:03:00 pm Yana Yani 12 Comments

Lama rasanya tak mengadap blog aku ni. Ada juga yang bertanya kenapa tak update blog ni. Nak buat macamana, minggu lepas adalah minggu yang sibuk!

Terima kasihlah kepada yang sudi bertanya. Hehe!

-------------------------------------

Sabtu baru ni aku, Encik suami dan anak-anak hantar sepupu Encik suami nikah. Musim cuti sekolah ni memang musim orang kahwin kan.

Banyak juga dapat jemputan, tak tahulah dapat penuhi ke tak.

Sepupu Encik suami ni baru aje habis SPM, isteri dia pun sama. Pendek kata memang muda belia lagi. Aku sebenarnya risau memikirkan mereka berkahwin pada usia muda.

Takut tak matang. Zaman sekarang statistik perceraian cukup tinggi. Encik suami kata yang dah tua kahwin pun tak matang lagi, so tak ada bezanya. Semua tu kuasa ALLAH.

Betul juga kan. Elok juga diorang kahwin awal sebab ianya adalah faktor penting mengelakkan zina. Alhamdulillah mereka terlindung dari semua tu.


Ni semua hantaran dari pihak lelaki. Cantik pada pandangan mata aku. Mak mentua aku kata makcik Encik suami yang buat. Tapi tak tahu makcik yang mana satu. Hehe!

Peliknya pihak lelaki bagi hantaran lebih dari pihak perempuan. Biasa perempuan kan? Ke memang trend zaman sekarang yang aku tak tahu?


Aku paling suka kek ni. Nampak sweet kan? Hantaran kek ni hasil tangan sepupu Encik suami, Ana. Lagipun dia memang dah ada bisnes kek yang quite well known.


Ni lah dia pasangan pengantin, Nazhan dan Azila. Selamat pengantin baru dan semoga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Paling penting berbahagia hingga ke Jannah!


Ni pula wakil pihak lelaki, Abah mentua aku dan juga Wak Mokhtar. Kalau tengok pada gambar ni kan, korang rasa siapa abang dan siapa adik?    

Wak Mokhtar tu abang pada Abah mentua aku. Kira pangkat Abang Long kalau sebelah aku. Abah mentua aku pula Abang Ngah.

Wak Mokhtar juga adalah Abah pada Ana si pembuat kek yang sweet tadi. Wak Mokhtar ni ada ramai anak perempuan dan seorang anak lelaki tunggal.

Abah mentua aku pula ada ramai anak lelaki dan seorang anak perempuan tunggal!


Ni Aisy tengah posing dengan Atuk.

Aisy memang susah nak suruh dia pandang kamera. Kira korang memang bernasib baik kalau dapat snap picture time dia tengah pandang kamera.


Ni pula gambar Aisy, Afif dan Nenek.

Tengok dia still tak pandang kamera kan? Tak faham sungguh aku perangai anak perempuan yang seorang ni. Apapun dia dan Afif adalah permata hati aku!

---------------------------------------

Baru sebentar tadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa MH370 terhempas di Lautan Hindi berdasarkan bukti sedia ada. Sebak aku rasa.

Setelah lebih dua minggu menanti, berita seperti ini bukan sesuatu yang ingin didengari. Apa yang pasti, setiap yang berlaku adalah atas kehendak DIA yang SATU.

Takziah buat ahli keluarga yang terlibat. Semoga ALLAH memberi kekuatan buat semua ahli keluarga dalam menghadapi berita yang tiada siapa pun inginkan terjadi dalam keluarga mereka.

Inalillahiwainnailaihirojiun

12 comments:

  1. Wahh beruntungnya.. Tahniah kpd pasangan.. semoga berbahagia di dunia & akhirat... aamiin.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...beruntung sungguhlah mengelakkan diri dari zina
      aminnnn...itulah harapan semua =)

      Delete
  2. Kathy menangis sis...tak tertahan sedihnyer.. :'(

    ReplyDelete
  3. selamat pengantin baru, semoga diberkati oleh Allah selalu dan kekal bahagia hingga ke syurga..

    sebak mendengar pengunguman oleh PM malam tadi.. takziah dan al-fatihah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah harapan semua yang hadir aiza, moga mereka berbahagia =)

      betul, saya juga turut terkesan dengan berita tu
      tapi semua tu kuasa ALLAH kan

      Delete
  4. Alahai mudanya pengantin....
    Dah kerja ke belum tu YY... nak makan apa pulak lepas kawin ni kalau belum kerja!!!...Pandailah mereka nanti yek...hehe
    Apapun Pak mertua tetap segak....hehe
    Ha'a....nampak pak mertua awak lagi tua....agaknya sebab penampilan tu....janggut dah putih hehe...nampaklah berumur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang muda belia sangat okje
      tak pasti pula diorang dah keja ke belum
      encik suami kata, bila dah kahwin kematangan tu akan muncul sendiri

      pak mentua saya memang segak!
      hari tu saya confuse, siapa pengantin? hehe
      kan...nampak dia tua. saya pun rasa gitu. penampilan!

      Delete
  5. Mudanya pengantin..tp kalo dh jodohkan nak buat mcm mne..semoga mereka tabah menghadapi alam rumahtangga.. sekurg kurgnye mereka.terhjndar dr zina kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. muda sangat mimi
      tapi betullah, dah jodohkan.
      yang paling penting, terhindar dari zina =)

      Delete
  6. muda lagi mak & ayah mertua yana yerk...seronok la terima ahli keluarga baru..

    bila yana cite baru zura tau hantaran utk pihak lelaki lebih byk drpd perempuan srkg ni ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang dah penghujung 50-an zura, mungkin sebab perwatakan
      buat diorang nampak muda =)
      hehe, nak kata seronok idak juga sebab tu sepupu je

      yang tu tak pasti, tapi dah beberapa majlis saya p
      hantaran pihak lelaki memang lagi banyak =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...