Cerita di Hari Minggu (^_^)

9:34:00 pm Yana Yani 36 Comments

Ahad baru ni, kami memenuhi undangan perkahwinan jiran kami. Jujurnya aku tak tahu dia ada lagi anak yang belum kahwin. Aku ingat semua dah kahwin. Silap rupanya. Hehe!

Kami sampai agak lewat sebab menunggu Encik suami pula dari menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Lebih kurang dalam pukul 3:30 petang baru sampai ke rumah pengantin.

Kami ingatkan kami yang paling lewat sampai, tapi ada ramai lagi yang sampai kemudian selepas kami. Mungkin sebab cuaca panas yang membantaskan pergerakan.

Khemah sikit punya penuh! Sampai aje terus dok tuju meja makan. Nampak sangat muka lapar especially aku! Nasi Goreng Pemaleh dan Crab Drumstick dah kena digest, tu pasal lapar! Hehe!

Aku suka betul daging masak kurma yang dihidangkan. Sedap pada tekak aku. Sebenarnya boleh kira berapa kali aku masak daging dekat rumah ni. Masak kurma memang dah biasa.

Cuma daging aje! Sebab paling utama aku tak reti potong daging! Hehe! Jujur sungguh statement tu. Ni kalau Mak Mentua aku dengar, confirm menggeleng kepala! Hehe!

Potong daging nak kena ada teknik! Teknik tu aku belum mampu kuasai. Tak khatam lagi belajar. Boleh tahan kau punya alasan Yana ooiiHehe!


Lepas dah kekenyangan, kami berangkat pulang. Tak dapat nak bergambar dengan pengantin tapi dapat bergambar dengan pelamin. Hehe! Jadilah kan?

Aku ingat nak duduk dekat pelamain tu dengan Encik suami, konon nak mengimbau peristiwa tujuh tahun dulu. Tapi malulah pula! Hehe! Biar Afif dan Aisy ajelah jadi model!


Balik aje dari kenduri terus ke rumah Mak Abah Encik suami. Afif dah beberapa hari kata sedih sebab tak dapat jumpa Rayyan, sepupu dia. Kononlah kan.

Dapat aje jumpa, hidup terus dia. Sampai nak suruh mandi, makan dan apa-apa yang patut semua payah sebab seronok sangat main.

Malam pula kami ke kedai makan. Kalau tak silap nama kedai dia Ikan Bakar Pantai Jeram. Semua keluarga Encik suami ada kecuali Kak Mala sekeluarga dan Calin.

This time, it's my treat! Gaji baru ni keluarga mentua belum lagi rasa (^_^)

Dekat sini jenuh dok tunggu makanan sampai sebab orang ramai sungguh! Kalau tahu dah buat tempahan awal. Time ni dah tak ada mood nak ambil gambar sebab dah lapar!

Nasib baik ada playground, kalau tak jenuh juga nak tenangkan budak-budak yang kebosanan. Tapi aku pula yang hilang tenaga sebab dok monitor bebudak ni.

Si Afif ni tengah buat muka sebab aku membebel. Tu mainan dekat tangan dia tu, kalau dia minta dekat aku memang tak dapatlah! Tapi Wak Eni dia belanja, suka sangat tu!


Akhirnya makanan yang dinanti tiba. Dekat bawah ni satu-satunya gambar yang aku ambil. Tu pun tak berapa clear sebab terlalu lapar.

Makanan sampai, aku terus melahap! Tak toleh dah kiri kanan! Lapar beb!


Rasa masakan dia boleh tahanlah. Dibandingkan yang aku pernah rasa, dekat sini much better. Harga dia pun sangat berbaloi-baloi!

Aku membayangkan harga dia mahal. Ni kalau tak cukup duit kena ambil upah cuci pinggan ni. Tak pun menyanyi, suara aku boleh tahan juga sedap! Hehe!

Nasib baiklah harga keseluruhan masih dalam budget! Fuhh!!

In term of services, masih banyak perlu diperbaiki. Mungkin kami ni batch terakhir, mereka pun dah kepenatan. Sebab tu mereka gagal memberikan perkhidmatan yang baik.

Tapi kalau takat pandang rasa dia, boleh tutup matalah pasal service dia tu!

So itulah aje cerita di hari minggu kami! (^_^)

36 comments:

  1. saya sejak kawen memang tak pernah masak daging sebab asben tak makan daging jadi kami sekeluarga jadi family anti daging...
    Kat jeram selalu makan kat aroma ikan bakar tu pun semakin tak best masakan dia & harga pun makin mahal so dah tak pergi la makan seafood kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya makan juga cik lekit bila tiba time teringin
      tapi nak motong tu ALLAH, fail!

      kat aroma tak pernah cuba, tapi dengar cerita tak sedap...hehe

      Delete
  2. Wahh seronok.. saya suka tengok pedang tu.. dulu masa kecik2 pun saya suka beli pedang mainan.. :D

    ReplyDelete
  3. assalam...

    seronokkan hujung minggu keluar jalan2 makan2 kat lua bersama keluarga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam bunda
      memang seronok bunda lagipun bukan selalu dapat berkumpul gitu =)

      Delete
  4. wah afif macam balik dari shopping! tangan kiri kanan penuh :)
    uiss awat pantin pompuan dok jengang tu..ni kompom tengok pantin lelaki tak pakai tanjak hehe :)

    yana! bab potong nenas dah katam belum! ni beralih potong daging pulak! hiss hiss..akak pon bab potong daging tahap fail lagi..sama ni akak belasa jer janji ada bentuk hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...akak ni suka buat saya gelak sorang-sorang tau
      bab potong nenas pun belum khatam lagi kak...hehe
      potong daging kan kena ada teknik nanti keras!

      jengang tu apa kak?

      Delete
  5. kuning, biru..masuk pulak tema pengantin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan yang tidak dirancang
      eh petak bunga, bagilah link blog
      boleh saya membalas kunjungan =)

      Delete
  6. papa mama segan nak bersanding lagi,bolehlah tu anak² jadi wakil.hehehehe. rajin sis pergi jemputan,kalau kathy malas beno..hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pergi kak, kita tak tahu bila pula kita nak buat majlis
      nanti tak ada orang p majlis kita pula
      sape nak jawab tu =)

      Delete
  7. Wah padat btl aktiviti hujung minggu bersama family yer.. =D

    ReplyDelete
  8. alamak nasi minyak kenduri kawin...sedap!!! lieya kalo ade jemputan mmg taklepas peluang makan betul2...mmg peberet laah makan nasi minyak kenduri ni...lain feel makan bawah kemah ni kahkahkah.... pelamin die cantik la yana...sweet jek kaler die...berkenan lieya tgk....

    oo tang potong daging tu tak yah risau2 la yana ikut care malas lieya nie...mase beli kat pasar tu siap2 suruh org tu hiris hahaahahah...senang keje...lieya selame ni buat mcm tu laaa..sbb lieya pun tak reti potong, takut salah urat boleh jadi liat nanti dagingnyer.....ingat tau lepas ni ikut tips lieya ni hahaahahaha....

    wahh makan besar nampaknye...alhmadulillah...moga murah lagi rezeki yana sbb open table ngan sanak saudara....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan lieya kan, makna lauk kenduri ni memang dia punya feel lain macam sikit
      kalau orang tak ramai, mau dengan selamba tambah nasi...hehe

      boleh ye lieya, saya tak pernah beli daging
      masak bila ada orang bagi time raya haji aje
      menangislah nak potong...hehe

      hehe...itulah harapannya lieya oii =)

      Delete
  9. wahh seronoknya gambar...wahh terserlah keseronokan di wajah mereka

    ReplyDelete
  10. Nampaknya hari minggu tadi gantung kualilah ye. Restoren ikan bakar jeram tu yg kat tepi laut tu ke? Kat sebelahnya tu ada rumah besar milik tuan punya Shapadu. (kalau betullah ini disitu) Kalau situ memang sedap dan murah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak juga BM wei, masak juga especially for breakfast
      kat tepi laut tu betul tapi sebelah rumah besar saya tak beberapa nak perasan
      maklumlah lapar! =)

      Delete
  11. nampak menyelerakan ikan tu...

    alhamdulillah adam dah ok,masa pegi check up tu memang cerita yg adam terhantuk ke dinding kepala dia,memang akak risau juga ye la terhantuk kepala pastu muntah2 lak..tp syukur takde pape cuma skrg batuk2 je,sbb cuaca kot,lgpun asyik nak minum air manis je,air masak minum sikit2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak pun dah menyelerakan ye, belum rasa lagi tu =)

      dah sihat ye, alhamdulillah
      musimlah kan kak. budak tak tahan

      Delete
  12. Selalunya kalau pergi makan dekat kedai ikan bakar macam ni, menu yang tak boleh lepas ialah ikan tiga rasa, sayur kailan ikan masin, telur dadar, tomyam, sotong celup tepung. Betul tak? Hehehe....tapi menu itulah yang sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul cikgu! semua tu ada malam tu kecuali sotong celup tepung
      kitorang tukar pada udang!
      teringat rasa lapar balik pula...hehe

      Delete
  13. Sy start msk dging bile dpt dging korban.pastu 2 bln lpas teringin nk mkn dging.bru bli dging tp slalunye rumah syg jrg msuk dging

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun masak time raya haji aje
      beli langsung tak pernah mimi oii! =)

      Delete
  14. aiza sampai sekarang tak reti potong daging, mesti liat masak kalau aiza yang potong.. hehe.. lagi pun kat rumah aiza jarang-jarang makan daging..
    kalau servis kurang memuaskan tapi makanan sedap mesti akan senyap lepas dah kenyang makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita aiza, saya pun tak berapa pandai
      teknik belum mahir dikuasai...hehe

      betul-betul! memang tutup mata aje =)

      Delete
  15. Come Aisy.....mcm pengantin hehe....
    Tak yah risau nak potong daging YY....pancung jer. ..hehe
    Amboi.....mentang mentang dia yg belanja tak mengingat nak makan yek!hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...aisy mestilah comel, kan mama dia comel...hehe
      ooo pancung aje ke? kalau pancung pun tak reti? hehe

      hehe...lapar okje wei =)

      Delete
  16. Seronok makan bear dgn family kan.akak tak suka tunggu mknn terlalu lama..kdg2 sampai dekat 1 jam.air sampai nak habis mknn x sampai2..da x bole tahan..blah macam tu je..bayar,duit air je..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah yang kitorang kena hari tu, sabar ajelah kan
      tapi tak pernah buat cam akak lagi...hehe

      Delete
  17. zura suka tol klu dpt gi kenduri, sebab blh pakai cantik2 pastu mknn kenduri cm sedap semcm jerk.. dasar kuat mkn kan !!.. hahaahah !!!!

    Ikan Bakar Jeram tu zura blm try lg..dh gi kuala sgr aritu pun tk singgah pun..mesti sedap dpt mkn seafood fresh kan...bagus la rezeki gaji pertama bg famili rasa dulu, amik berkat org kata... semoga lps ni mudah naik gaji kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kita sama zura! sep sikit...hehe

      lain kali kalau singgah, cer try
      boleh tahan juga rasa dia, murah lagi satu, pendek kata berbaloi!

      bukan gaji pertama lah zura
      tapi gaji baru selepas kenaikan gaji
      lama dah pun naik, baru ni ada kesempatan =)

      Delete
  18. Anak2 k nrl suka sgt pi kenduri kawin... suka tgk pengantin dok atas pelamin tuh...
    Wah, makan besar tu... ^__^
    Sama lah cam k nrl selalu je terlepas nak amik gambar makanan, sebelum sampai dah berkira2 konon nak amik gambar, bila dah sampai makanan tu, kalau tak mamanya dah lapar sgt, anak2 ni yang dah x sabar2 nak makan, terbantut feel nak amik gambar... hehe ^__*

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak biasa gitu kan kak nurul
      hehe, biasa kelaparan mengatasi perasaan nak ambil gambar =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...