Afif dan Aisy di Hujung Minggu (^_^)
Jadual budak dua beradik, Afif dan Aisy agak padat hari ni. Pagi dimulakan dengan bersarapan. Sarapan tu kan penting! Cuma Mama diorang agak malas nak buat sarapan pagi ni. Hehe!Kebetulan Angah ajak kami sekeluarga bersarapan di luar. Memang macam orang mengantuk disorongkan bantal. Suka sangat! Hehe!
Sebelum pergi bersarapan, Si Annur suruh anak-anak saudara dia berposing. Sejak dia belajar jauh ni, aku memang perasan dia suka betul buat perangai gitu. Kononnya buat hilangkan rindu.
Nanti kalau dah kronik dia punya perasaan rindu, dia akan call semata-mata nak dengar suara anak-anak saudara dia. Kira beruntung kalau dapat dengar dia menangis. Hehe!
Boleh tahan jiwang makcik Afif dan Aisy yang sorang ni. (^_^)
Lepas tu kami bergerak mencari tempat untuk memenuhi perut yang dah mula mendendangkan pelbagai rentak. Asal nak ke restoran yang kami biasa makan aje, tapi Encik suami nak beralih selera.
Sampailah kami ke Restoran Pelita yang well known. Aku suka roti canai dia. Memang tiap kali pergi sini, itu aje yang aku order. Tak reti nak order benda lain.
Dah kekenyangan kami nak uruskan perbelanjaan dapur pula. Biasalah dah hujung bulan ni kan, memang segala benda dekat dapur dah menyusut.
Angah pula nak menghantar Annur ke Pekeliling. So kami berpecah di situ.
Biasa kalau nak beli barang dapur kami memang agak selective. Tak kisahlah walau kena pergi lebih dari satu tempat untuk mencari barang pada harga reasonable.
Sounded weird kan? Tapi itulah kami suami isteri.
Memula kami ke MyMydin, banyak barang kami beli di sini. Lepas tu kami ke Econsave sebab nak cari barang lain pula.
Dekat Econsave kami guna bakul aje sebab tak bercadang nak beli banyak barang. Nak cari yang mana kurang aje. Tapi Afif dan Aisy sibuk nak sorang satu bakul.
Bakul tu walau diisi dengan barang yang ringan tetap akan jadi berat bagi dua insan kecil ni. Tapi sorang pun tak bagi kami pegang. Sombong sungguh!
Rasa kelakar pun ada juga bila tengok pelbagai aksi diorang bila pegang bakul tu.
Balik aje dari shopping keperluan dapur, kami berkemas dulu. Encik suami ajak balik kampung pula petang tu. Dah settle semua, baru keluar lagi.
Sebelum singgah rumah keluarga Encik suami, kami singgah di kedai gunting rambut dulu. Nak potong rambut Aisy yang dah semakin panjang.
Dulu time Aisy kecil senang aje nak gayakan pelbagai dandanan rambut. Sekarang sekejab aje pakai, lepas tu dah hilang! Entah ke mana-mana entah dia campak.
Sampai dekat kampung budak berdua ni tak reti duduk diam. Dalam keadaan cuaca yang panas terik pun diorang selamba. Tetap seronok main walau hanya berdua.
Biasanya aku tak melarang tapi aku dah buat perjanjian awal-awal. Kalau langgar perjanjian memang sengaja cari nahas.
Perjanjian dia, kalau sesiapa tak dengar apa yang aku cakap atau berniat memalukan aku di depan orang lain akan kena rotan. Berapa kali nak kena rotan adalah atas pilihan diorang sendiri.
Bahagian mana yang diorang nak kena rotan juga akan aku beri pilihan. Bagi menunjukkan yang aku serius, rotan yang aku maksudkan akan aku libas sekuat hati di atas lantai.
Aku kata inilah dia rasa dan bunyi yang aku akan buat kalau perjanjian dilanggar. Tapi setakat ni tak ada siapa pun pernah kena. Saja aje bagi takut! Hehe!
Afif dah faham sikit, Aisy yang susah.
Kalau Afif buat aje benda yang tak berkenan di mata aku, aku akan kata, "Afif ingat tak Afif janji apa dengan Mama tadi? Afif nak kena berapa kali tadi?"
Ton suara kena bagi tegas sikit, bagi Afif cuak. Dia dengar aje aku kata camtu, apa aje yang dia tengah buat dia akan berhenti serta-merta.
Walau jauh pun dia akan jerit, "Tak nak! Okay, Afif dah berhenti ni!"
Aisy kalau aku cakap benda yang sama macam Abang dia, dia akan buat muka macam gambar dekat atas. Tapi dia tak akan berhenti buat.
Moralnya tak boleh guna pendekatan yang sama mendidik Aisy sebab masih belum faham. Sikit masa lagi baru boleh implement benda yang sama macam Abang dia.
Dia pun belum cukup tiga tahun lagi. Cuma sekarang ni aku perasan dia tak boleh ditegur, mesti menangis tak boleh berhenti. Konon manja!
So itulah dia aktiviti Afif dan Aisy di hari minggu. Besok Afif dah start sekolah balik setelah seminggu bercuti. Hopefully angin dia okay besok.
Aku rasa setakat ni aje bebelan aku untuk hari ni. Semoga bertemu lagi di lain entry.
Adios! (^_^)
emm bila sebut Pelita Nasi Kandar pcl xda lain nak ingat..nasi kandar dan kari kambing the best ! tp tu dulu..mgkn lepas ni nak oder capati kosong jer haha.. .
ReplyDelete...dgn anak2 kita patut tegas dlm mengajarkan sesuatu..suatu tindakan yg bagus utk mendidik mereka. sy setuju.
tak pernah rasalah PCL nasi kandar dia
Deleteselalu makan roti canai aje...hehe
saya belajar dari mak saya, saya rasa tak salah buat pendekatan serupa =)
serious comel mereka berdua, mesti penat melayan keletah mereka berdua
ReplyDeletemama dia comel, so diperturunkan pada anak-anak =)
DeleteWahh.. seronok aktiviti hujung minggu ni.. membeli belah brgn keperluan, santai makan2 sambil siap2 persediaan utk naik sekolah... mmg menyeronokkan.. :)
ReplyDeleteseronok encik khir! padat!
Deletemalam masing-masing kepenatan =)
aiza kalau membeli barangan terus ke tesco sahaja, itu yang paling hapir dengan rumah aiza.. macam tesco kadang tu harganya mahal juga.. yang best nya bila ada barangan reduce price tu, memang murah sangat harga sayur dan ikan..
ReplyDeletepenat juga aisy dan afif menarik bakul tu, hehe.. tapi comel je tengok gaya aisy tolak bakul tu.. sesetengah pasaraya ada bakul yang beroda yang boleh ditarik..
bagus yana ajar mereka dengan ketegasan dalam kelembutan.. aisy masih kecil lagi, tentu dia belum memahaminya.. anak bongsu mesti manja juga tu..
saya yang paling dekat econsave, tapi encik suami nak menyokong
Deleteperniagaan bumiputera, dia ke mymydin
ke econsave hanya apabila ada barang yang mahal di mymydin...hehe
dulu econsave ada bakul jenis gitu, sekarang dah tak ada
saya terbahak-bahak tengok budak berdua ni
saya sebenarnya dah penat dengar mulut orang yang kata anak saya ligat
ni adalah initiative untuk mendidik diorang
Kat mana kampung suami ni? Mesti seronok bebudak, bebas bermain kesana-kesini...
ReplyDeleteHari ni mesti dah sunyi...
dekat kampung sungai serdang, kapar!
Deleteluas kawasannya, tu yang diroang bebas
cuma kena pantau juga, kang kena bawa lari biawak! hehe
Ye ke...atau biawak tu yang lari dulu sebab kena kejar...hehe
Deletehehe...tengok keadaan kot
DeleteMemang padat jadual..kathy pun suka belanja kat econsave.
ReplyDeletesaya jarak ke econsave walau paling dekat
Deletekebelakangan ni ke mymydin aje
saya rasa situ lagi murah
Masa kita belum kawen dengan sapalah nak tumpang bermanja kalau bukan dengan anak sedara YY...gitulah Annur gamaknya....
ReplyDeleteOhhh.... kalau Papa Zir, setakat sebiji dua ....dia rela beli sekali harung dpd kena singgah satu supermarket ke satu supermarket.... tapi tengok angin dia jugaklah hehe
Budak budak kalau dah jumpa kampung mmg gitulah.... seronok betul!
agaknya kot okje, memang dia layan bebudak tu cam anak sendiri
Deletesaya pula yang jelous bila ada annur sebab bebudak tak layan saya...hehe
kitorang lain patern sikit kak, kalau beza seringgit dua mungkin boleh tutup mata
tapi kalau sampai sepuluh ringgit, tak apa! rela!
tulah pasalnya, tak ingat dunia!
Hati-hati panjat tu, takut terjatuh pula dalam kolah tu.
ReplyDeletekan mama dia ada cikgu, tak akan lah biar aje =)
DeleteTuhlah kan cara pendekatan anak anak.memg kena berbeza...sbb penerimaan diorg x sama n berbeza
ReplyDeletebetulah mimi, dah ada dua orang anak ni baru tahu
Deletememang kena pendekatan berbeza
sebab penerimaan yang berbeza =)
adik beradik hubby zura yg masih belum kawen pun mmg tumpang kasih syg bermanja ngn anak2 sedara jer..
ReplyDeleteanak-anak seronok la blk kg blh explore kampung, main ngn mcm2 benda kt halaman umah..
kan zura, diorang memang layan baik punya anak sedara diorang
Deletenanti dah ada anak, tak akan dah...hehe
budak zura kan,budak mana tak seronok balik kampung
kalau kita time kecil-kecil dulu pun gitu
sebab dekat kampung aje kita bebas! =)