Bila Aisy Jadi Mama (^_^)

9:28:00 pm Yana Yani 30 Comments

Semalam aku tak berkerja di atas sebab kesihatan yang malas aku nak bebelkan di sini. Nantilah bila ada masa sesuai akan aku ceritakan untuk manfaat bersama.

So bila tak bekerja tu ada banyak masa sikit melayan karenah anak-anak. Masa agak terhad kalau bekerja tu, tak sempat sangat nak melayan diorang.

Most of the times kalau diorang main aku akan main sama. Hehe! Time ni lah aku rasa aku boleh kuatkan ikatan kasih sayang tu. Cuti hujung minggu aje, memang peluang tu tak boleh dilepaskan gitu aje!

Semalam Aisy minta rumah mainan. Benda ni pun bukan beli, aku buat redemption time Huggies Club masih aktif satu ketika dulu. Sekarang aje yang tak.

Aku memang suka segala mak nenek program redemption ni. Hehe! Especially kalau ada barangan mainan yang aku boleh redeem untuk Afif dan Aisy.


Seronok juga main rumah-rumah ni. Teringat zaman aku kecil-kecil dulu. Tapi dulu lebih real sebab rumah dekat bawah pokok. Ada yang jadi mak, ada yang jadi ayah dan juga anak-anak.

Jantung pisang jiran aku dulu selalu jadi mangsa keganasan kitorang. Hehe! Jantung pisang tu dulu kitorang jadikan daging. Korek tanah dalam-dalam sebab nak buat lesung.

Kalau teringat rasa kelakar pun ye juga. Hehe! Pokok cermai pun dulu aku selalu panjat sebab nak jadikan dia cili. Budak sekarang entah kenal ke tidak buah cermai.

Tanah pula dibasahkan sebab nak jadikan dia kek. Hebat tu masing-masing buat decoration kek ni. Entah pokok bunga siapa kitorang petik. Janji kek cantik! Hehe!

Kang dengarlah orang terjerit-jerit marah pokok bunga dia hancur! Larilah satu kampung sampai tak cukup tanah. Tapi tak serik! Tetap kembali melakukan kehancuran! Hehe!

Bila diingatkan balik, memang best zaman tu. Kalau orang tanya kalau aku boleh putarkan masa aku nak kembalikan ke zaman bila, aku akan jawab tanpa ragu-ragu ke zaman kanak-kanak aku!

Budak zaman sekarang paling koman pun macam Aisy, main dalam rumah aje. Tak adventurous sungguh! Tapi best juga kalau dilayan! Hehe!


So semalam aku berlakon jadi anak, Aisy jadi Mama. Duduk berhimpit dalam rumah tu. Hehe! Pastu aku pura-pura bising lapar, yelah jadi anak kan!

Aisy kelam kabut masak. "Jab, acak acik ni!" - Sekejab, masak nasi ni!

Aku pura-pura menangis pula, konon lapar tahan gabanlah kan. Dia datang dekat, dia ketepek muka aku! Cis! Kurang asam kau Aisy! Kau menangis Mama tak pukul pun!

Terdiam kejab, padan muka Mama yang seorang ni. Terlebih sangat menghayati watak! Tak pasal-pasal aje kena penampar dari tangan kecil. Hehe!

Lepas tu aku lari dari rumah! Tak sanggup lagi menjadi mangsa dera. Hehe!


Aisy pula lepas "anak" dia lari, kononnya bersedih. Hehe

Sebenarnya dia dah mengantuk ni. Tu tengok jari dah masuk mulut. Lagipun dia malas nak layan Mama dia ni yang over kalau dapat main! Hehe!


Tak lama lepas tu dia tidur atas pangkuan Encik suami.


Encik suami baru balik time ni. So dia tak nampaklah time aku jadi "anak". Hehe! Rumah tu pun aku dah simpan, bukti perlu dilupuskan! Hehe!

Kalau dia tahu aku dok masuk dalam rumah tu juga, mahu aku kena perli kaw-kaw dengan dia. Ada ke Mama dok main gitu juga katanya kangTak rela beb! Hehe

Biarlah rahsia jiwa kanak-kanak bini dia ni. Hehe!

30 comments:

  1. hihi.. boleh pula yana layan aisy main.. garang betul aisy jadi mama.. seronok zaman kanak-kanak dulu.. aiza pun main masak-masak kat luar rumah.. tanah, pasir, bunga, semuanya jadi bahan masakan olok-olok tu.. hehe.. memang indah sangat kenangan tu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang gitu aiza, suka sangat kalau dapat main sama
      tu lah, garang sungguh!

      samalah kita kan, memang seronok zaman tu
      kalaulah dapat di ulang semula

      Delete
    2. paling tak boleh lupa aiza pernah masak air bunga raya dan paksa kucing minum airnya.. nakal juga aiza masa kecil dulu.. hehe..

      Delete
    3. kejam tu! hehe
      hidup lagi ke kucing tu lepas kena minum air tu? hehe

      Delete
  2. Betullah YY.....lebih kurang sama je zaman kecik awak dengan zaman okje ....main pondok pondok dlm kebun getah, sedut madu dlm bunga durian....budak sekarang mmg tak jumpa dah...
    Tapi Aisy pun best gak dpt pondok plastik .....cantik lagi ! Jeles auntie tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, rugi budak zaman sekarang ni
      tak dapat main macam kita dulu

      hehe...pondok-pondok juga nama dia kan =)

      Delete
  3. Anaknya bising sgt tu,mama tengah masak tak boleh fokus buat keje,merengek je..hehee..haa..ambik kau..hahahaa..kalau nk tidur memang isap jari ke?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tu lah kan, tak tahan mama dia dengar tu
      ha'a kak, kadang kalau dia rasa tak selesa pun dia hisap jari

      Delete
  4. Untungnyalah kanak2 sekarang...segala jenis mainan dapat disediakan. Rasanya penuh satu bilik utk simpan barang mainan budak berdua ni... :)
    Dulu2 boleh dan mudah bermain diluar bersama kawan2, tapi sekarang ni hanya bermain didalam rumah...kalau xde barang mainan...nak main macam mane, ye tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak juga BM walau ada hajat buat gitu
      en suami tegas sikit bab ni, dia tak suka saya manjakan anak
      dengan mainan, nanti budak rosak kata dia

      tulah BM, dalam rumah aje yang selamat =)

      Delete
  5. seronoknya tengok rumah aisy tu..kalau alia ada 1 mesti dia suka betul..bila baca entri ni memang teringat kenangan masa kecil dulu..sama la kegiatan kita tu sis..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronoklah juga kak, memang saya pun main sama...hehe
      saya tak tahu kalau dekat luar ada jual ke tak benda gini

      hehe...kalau teringat zaman kecik dulu memang nak tersenyum kan =)

      Delete
  6. sama la yana, akak pon dulu dalam katagori ' perusak ' tanaman orang hehe..selalu jadi mangsa pokok bunga raya..buat macam inai alah main kawin2 :D

    bezanyer akak main bawah kolong rumah ( rumah bertiang tinggi ) kalau akak ingatkan senyum sendiri tau! nak dijadikan cerita kawin dengan orang yg sama masa kecik2 dulu hehe..kuasa allah kan yana !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah nama budak kan kak, memam tak sah
      kalau tak jadi perusak ye dak...hehe

      bawah rumah pun main sebab style rumah dulu tinggi kan
      tapi mak selalu marah..hehe
      jodoh kan kak, tiada sape menduga =)

      Delete
  7. amboi comey nye pondok aisy tuh..ye la kan, anak2 skrg ni membesar kt bandar, mana nak merasa main pondok-pondok masak-masak kat atas tanah cam kita dedulu. Dulu masa kecik zura & kengkawan suka petik bunga raya yg warna merah, tumbuk2 konon jdk sambal belacan... hahahahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasalnya zura, zaman tu dulu lebih adventerous
      berbanding zaman sekarang yang semua dalam rumah
      kalau keluar pula, banyak bahaya menanti =)

      Delete
  8. Hihii.. kelakar pulak... mmg seronok bermain dgn anak kan.. best rasanya bila jadi budak2 balik.. suka main pondok2.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...memang best encik khir
      dapat menghidupkan balik suasana zaman kanak-kanak dulu =)

      Delete
  9. Hahaha...garangnye aisy bile jd mama...kene kecepek lg..hahaha adoiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye mimi! dia ketepek muka mama dia
      sabar ajelah! hehe

      Delete
  10. Memang best sangat bila teringat zaman kanak2 kita dulu... jauh bezanya ngan sekarang... k nrl pun time kecik2 dulu perosak tanaman nenek.. abih pokok2 nenek jadi mangsa tuk mainan masak2 cucu2 dia... lagi satu, suka betul dok atas pokok jambu... kuat memanjat pokok dulu ni... hehe...
    sekarang anak2 main kat dalam rumah je time weekdays, bg ibu2 yang bekerja... time weekend je laa nak bawak diorang keluar dari rumah...
    leh jgk tu Yana layan Aisy main, sekali jadi budak2... ^__*

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak, dulu mana ada rumah mainan ni
      buatan sendiri aje! pasal tu budak dulu kreatif ye dak...hehe
      lagipun zaman sekarang nak bagi diorang main luar pun
      ada banyak bahaya nyer

      hehe, seronok juga kadang-kadang main dengan anak ni kak =)

      Delete
  11. seronoknya main pondok2 dgn anak...akak tak boleh lg main pondok2,kena main lori je la dgn dua hero tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..cam lagi boleh lah main pondok-pondok
      heroin dah besar dah =)

      Delete
  12. Budak perempuan suka main masak-masak atau pondok-pondok macam ni kan.

    Laa... dua-dua tertidur ke tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan budak perempuan aje cikgu
      budak lelaki pun suka main =)

      ha'a, papa dengan anak dara tidur kepenatan =)

      Delete
  13. terjumpa plak entry ni.. Memang sangat best zaman kanak2 kita.. adventure betul main kat luar.. selut debu berpanas apalah sangat kan.. Mak pun tak larat jerit balik mandi, makan.. Main sampai lupa nak makan.. macam2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...zaman sekarang memang paling seronok
      kalau boleh nak repeat aje zaman tu kan
      seronok sangat rasanya =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...