Best Friend Forever! (^_^)

11:30:00 pm Yana Yani 24 Comments

Hari ni aku nak cerita pasal kawan baik aku time belajar dalam course Business Studies dulu. Sebenarnya Sabtu baru ni aku melawat dia yang baru sahaja melahirkan anak kedua.

Dah lama tak jumpa sebab masing-masing sibuk dengan urusan peribadi masing-masing. Last jumpa rasanya time aku dalam pantang bersalinkan Aisy.

Lagipun perempuan tak macam lelaki yang boleh berhubung dengan kawan walau dah beranak-pinak. Perempuan biasanya lebih cenderung fokus pada family.

Bila jumpa dia hari tu, terus teringat zaman belajar yang dah lama kami tinggalkan. Terlalu banyak kenangan yang kami kongsikan dalam tempoh tiga tahun pengajian kami.

Kalau aku cerita, sampai besok pun tak habis! HeheDok belek kejab tadi album lama, malangnya tak ada langsung gambar aku berdua dengan dia.

Yang aku jumpa gambar time aku kahwin dulu. Sepatutnya dia jadi pengapit aku ni. Tapi dia lari! Time ni masing-masing tengah cun melecun lagi! Hehe!


Ni lah Wani, my BFF! Fokus pada yang tudung merah tu ye, bukan yang tudung hitam tu!  (^_^)

Ni pula rupa kami bila masing-masing dah bergelar isteri dan Mama. Masih lagi mengekalkan level cun diri masing-masing tapi perkataan melecun terpaksa dibuang! Hehe!


Anak dia yang kedua ni (lupa nama) dilahirkan tak cukup bulan. Menurut cerita Wani, anak kedua dia ni sepatutnya lahir 18 March nanti. Tapi 31 Januari dah keluar!

Wani sendiri tak sangka anak dia ni lahir terlalu awal. Nak dijadikan cerita, Wani lahirkan anak kedua ni di rumah! Yes, you read it right! Dekat rumah!

Anak dia lahir sebelum ambulance sempat sampai ke rumah. Mujur juga jarak rumah Mak dia dengan hospital tak begitu jauh. Alhamdulillah semuanya selamat!

Pun begitu baby terpaksa berada lama di hospital selama 20 hari (kalau tak silap!)


Bila dok pandang anak dia ni, automatik aku teringat Afif masa baru lahir. Sebiji in term of badan. Afif dulu lahir hanya seberat 2.28kg. Badan dia kecil aje, nak pegang pun terasa takut.

Pakai baju size newborn pun longgar dengan dia. Sebab dia terlalu kecil, aku pakaikan baju aje! Itupun dah nampak macam dia pakai jubah!

Anak Wani ni pun sama, pakaian semua longgar. Bezanya dia lahir tak cukup bulan aje! Nak tengok tak gambar Afif masa dia berusia satu hari?

Tadaaa!


Kecil aje kan? Sampai sekarang pun dia kecil aje sebenarnya. Tapi dia tinggi macam Papa dia.

Masa dekat rumah dia cerita dengan Papa dia pasal anak Wani yang sulung, Naqib. Encik suami tak ikut time tu sebab bekerja.

"Papa, tadi kan Afif pergi rumah kawan Mama. Anak dia Cina!" kata dia bersungguh-sungguh.

Aku dan Encik suami tergelak bila dia cerita macam tu.

"Macamana pula Afif boleh kata dia Cina?" tanya Papa dia.

"Afif tahulah! Dia putih, Afif kan hitam! Lagipun Afif tak faham dia cakap apa. Dia cakap macam Cina!" jawab dia dengan panjang lebar.

Terburai lagi tawa kami suami isteri. Macam tu sekali pemikiran dia.


Ni pula gambar Naqib dan Afif yang kali terkahir diambil time Wani dan beberapa kawan lain bertandang nak tengok Aisy yang baru beberapa hari menghirup udara di atas muka bumi ni.

Sekali pandang memang nampak Naqib macam Cina. Hehe!

Beza umur diorang berdua ni dua tahun. Nampak juga chemistry antara mereka berdua ni walau seorang tu black dan seorang lagi whiteHehe!

Kalau Mama diorang boleh berkawan baik, tak mustahil anak pun boleh meneruskan. Betul tak?

Anyway hopefully hubungan persahabatan antara aku dan Wani kekal hingga akhir hayat walau mungkin tak boleh melakukan semua perkara yang pernah dilakukan bersama dulu.

Especially tengok wayang! Hantu tengok wayang dulu. Kembang hidung kalau berjaya jadi orang pertama yang tengok sesuatu cerita tu. Tapi tu dululah, sekarang tidak lagi! (^_^)

Kepada Wani, manalah tahu dia singgah blog aku ni kan, orang just nak hang tahu yang kehadiran hang did brought a greatest memory in my life

Terima kasih untuk segala susah dan senang. Terima kasih untuk segalanya my BFF! (^_^)

24 comments:

  1. Semoga persahabatan membawa kebaikan & keberkatan yg berpanjangan di dunia & akhirat... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  2. semoga persahabatan yang terjalin akan terus berkekalan.. kawan ketawa senang dicari, sahabat sejati yang sanggup susah senang bersama sukar dicari.. salam jumaat yana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya ALLAH +Mizz Aiza (Dunia Kecil)
      memang itulah harapannya
      betul kata aiza tu, susah nak cari kawan yang susah senang bersama

      salam jumaat aiza =)

      Delete
  3. semoga persahabatan yana dengan wani terus berkekalan dan diwarisi hingga ker anak2..
    gambar anak kawan yana ada iras muka afif masa berumur 1 hari la..

    cun melecun perantin pempuan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah harapannya kak, manalah tahu kan
      silap haribulan berbesan pula kami...hehe
      tu lah yang saya kata, first time tengok memang automatik teringat afif

      hehe...mestilah cun melecun
      nama pun pengantin =)

      Delete
  4. Alhamdulillah.smoga kekal sampai syurga.sahabat dunia akhirat.

    ReplyDelete
  5. Bestnya dapat jumpa dengan BFF YY....teringat baliklah kenangan lelama yek.....hehe...harus bukak album lama tu....dating sama sama tak? Hehe...
    Anak okje sama je keciknya dengan afif tu....besar sikitlah...2.4kg hehe...omak eh bukan main lagi godangnya....mmg pakai jubah sesaja anak okje dulu dulu hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul okje, memang automatik teringat kenangan lama...hehe
      meh saya bising kat okje, memang dating dulu sama-sama
      ssshh, jangan beritahu orang tau...hehe

      yeke? samalah dengan afif, kecil aje orangnya =)

      Delete
    2. Tapi dah bujang ni....tak de maknanya kecik....besar jadinya

      Delete
    3. hehe...afif besok besar pun gitu gamaknya =)

      Delete
  6. Terharu sungguh bace citer yana...hehehe, anyway tenkiu dtg visit aritu siap bawak adiah lagi...lama x jumpe tapi still keep in touch walaupun jarang contact kan...padahal duduk rumah dekat2 je...sbb masing2 sebok keje n dah ade famili, jadi mmg jarang jumpe...tp kita tetap kawan smpai bila2...by the way name baby Muhammad Nufhail...

    Pandai afif ckp naqib anak cina ye, die pelat lagi sbb tu afif x paham ape die ckp...hehehehe

    Thanks yana, sayang kamu...ade mase kite jumpe lagi...hugsss...bff forever!!!

    p/s: jom buat gathering nak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh, wani is here! =)
      hehe, tulah pasalnya kan. tapi nak buat camne, masing-masing dah berkeluarga
      terbelit lidah nak menyebutnya tu wani oii! hehe

      hehe, tulah. orang pun tak tahu camne dia boleh nak kata anak cina
      saya pun sayang kamu juga! hehe! kita memang bff selamanya kan =)

      bab gathering tu kena plan sungguh-sungguhlah.
      lain clear bila arul kerja petang =)

      Delete
  7. keciknya afif..memg shomel la....

    ReplyDelete
  8. seronoknya kan ada kawan baik ni..mak dengan mak best friend leh la pasangkan anak jadi dapat berbesan..hehehe..gurau je sis...mana ada lagi adat jodoh² kan anak ni kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dalam dunia ni tiada yang mustahilkan kak
      kalau dah memang jodoh, siapa saya nak melarang betul dak? =)
      saya tak akan buat gitu, saya dulu kahwin oun sebab cinta
      tak akan nak buat anak gitu juga, kejam tu...hehe

      Delete
  9. Bestnya dapat jumpa bff... k nrl pun dah lama x jumpa kawan2 belajar dulu... macam kata Yana, perempuan ni payah sikit bila dah ada family, fokus lebih pada family... keciknya afif time lahir... ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dengan wani ni aje satu-satu yang masih lagi contact
      lain tu ada juga tapi dekat FB aje
      tulah kan kak, perempuan memang payah sikit

      hehe...memang kecil dia ni kak time lahir =)

      Delete
  10. Alhamdulillah, hubungan yang dijalinkan dengan keikhlasan akan lebih kekal lama. Moga hubungan ini semakin erat dan berpanjangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya ALLAH cikgu, memang itulah harapanya
      amin! =)

      Delete
  11. masing2 dah berkahwin dan ada anak, tp semua tu tk menghalang untuk mengekalkan persahabatan tuh..skrg kan dh modern, jarang berjmp pn still blh berhubung melalui wassap, fb & call

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...walaupun dah moden
      tak dapat juga peluang tu
      bila jumpa sekali sekala camni, memang terasa hangatnya =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...