Bandar Klang Hilang? (^_^)

11:42:00 pm Yana Yani 38 Comments

Beberapa hari ni keadaan jerebu di sekitar bandar Klang semakin teruk. Ditambah pula dengan cuaca kering dan kekurangan hujan memburukkan lagi keadaan.

Semalam aku dan Encik suami decided untuk tidak membenarkan Afif ke sekolah dengan keadaan jerebu yang kami bimbang akan menjejaskan kesihatan Afif.

Hari ni Jabatan Pelajaran Selangor mengarahkan semua 131 buah sekolah di daerah Klang ditutup serta-merta berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan sangat tidak sihat.

Afif memang seronok tak bersekolah.

Aku saja sakat dia kata dia kena sekolah hari ni. Dia jawab, "Mama ni tak kesian dekat Afif. Nanti kalau Afif sakit macamana? Ni jerebu tau!"


Pagi tadi sebelum ke tempat kerja, aku tengok keadaan jerebu memang agak teruk. Tekak terasa gatal dan bau seolah bau asap memang membuatkan rasa tak selesa.

Mata pun terasa gatal.


Sepanjang perjalanan aku dan Encik suami untuk ke tempat kerja aku, keadaan berjerebu membataskan penglihatan kami.

Aku nasihatkan juga Encik suami supaya berhati-hati sebab kami hanya menaiki motorsikal. Manalah tahu ada yang tak nampak dalam keadaan begitu.

Office di mana tempat aku bekerja terletak di tingkat 21.

Biasanya aku boleh nampak bandar Klang dengan sangat jelas dari tingkat ni. Tapi pagi tadi dalam pukul 8:45 pagi, tak nampak dengan jelas.

Bandar Klang seolah-olah hilang dari pandangan.


Petang dalam pukul dua, aku nak keluar makan dengan Encik suami.

Aku ambil lagi gambar di tempat yang masa. Waktu ni jerebu makin tebal berbanding pagi tadi. Nak keluar pun terasa takut walau topeng muka aku pakai.

By the way, topeng muka tu buat aku rasa macam pakar bedah! Hehe!


Petang tu sebelum balik dari kerja entah apa mimpi tiba-tiba bos besar kata, "Let's eat some ice cream! What flavor would you like?"

Rezeki ni, tak boleh ditolak! Hehe!

Terima kasih ye bos besar! Lain kali belanjalah lagi! (^_^)


Petang dalam pukul 6 petang, aku ambil lagi gambar di tempat yang sama. Alhamdulillah nampak sikit penurunan berbanding pada pukul 2 petang tadi.

Tapi masih pada IPU kategori tak sihat.


Korang juga boleh check bacaan IPU di tempat korang dengan melayari laman web Jabatan Alam Sekitar. Dekat sini bacaan IPU diwarnakan bagi menunjukkan kategori bacaan IPU.

Biru: baik, bacaan IPU antara 0-50. 
Hijau: sederhana, bacaan IPU antara 51-100 
Kuning: tidak sihat, bacaan IPU antara 100-200
Oren: sangat tidak sihat, bacaan IPU antara 200-300
Merah: berbahaya, bacaan IPU >300

Dalam keadaan berjerebu ni, kurangkan aktiviti di luar. Perbanyakkan meminum air masak bukan air teh tarik ye! No, no

Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik. Amin! 

P/S - Status MH370 masih lagi kekal misteri. Sebentar lagi pada pukul 12:41 pagi genaplah tujuh hari kehilangan MH370 dari pandangan mata kasar manusia. 

Sabtu 8 Mac pada waktu yang sama merupakan kali terakhir MH370 berlepas dari KLIA menuju ke Beijing. MH370 tidak pernah mendarat di mana-mana lapangan terbang selepas tu.

#Pray4MH370

38 comments:

  1. Di tempat saya pun sama juga. Tapi, masih dalam keadaan terkawal. Ya, dengar cerita Klang dilanda jerebu teruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuaca kering ni yang buat jerebu teruk
      klang teruk tapi tak lah seteruk port klang
      dah kategori berbahaya!

      Delete
  2. Tempat saya pun teruk jerebu ni.. walaupun sekolah di sini belum diarahkan tutup, saya tak benarkan anak2 saya ke sekolah tadi.. risaulah.. takut2 semputlah pulak nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dengan saya dan suami
      sebenarnya semalam lagi teruk berbanding hari ni
      sebab tu saya tak bagi dia ke sekolah

      Delete
  3. Tempat bunda kat Cheras ni pun berjerebu....pagi2 lagi macam berkabus dan berasap...
    pedih mata dan kerongkong..
    magnum mini satu...:)

    #DoaBuatMH370 :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni dah kurang sikit kot sebab dah hujan kan
      dah habis lah bunda, masuk perut dah =)

      #prayformh370

      Delete
  4. Assalam yana ; Alhamdulillah hari ni tempat sy (Banting) IPU semakin baik..senang hati , tak rasa sesak nafas dah bila keluar rumah..tapi masih lg berjaga2 dalam memantau kesihatan keluarga.

    #tinggi tu tingkat 21 ; tak gayat ke bila pandang ke bawah ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam +PakcikLie PCL
      sekarang kat tempat saya dah okay sikit
      yelah dah hujan beberapa hari ni kan

      memang tinggi PCL, tapi saya tak pandang terus ke bawah
      gayat wooo! hehe

      Delete
  5. Kat tmpt k nrl pun teruk juga semalam, tp harini nampaknya x seteruk semalam... kami duduk kat rumah je la weekend ni.. nak bwk anak pi playground ptg2 pun nampaknya x kot... :) kesihatan anak2 penting...
    Selamat berhujung minggu Yana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dah kurang sikit nampaknya kak nurul
      hujan aje beberapa hari ni kan
      tulah kan kak, kalau anak-anak sakit susah hati kan

      selamat berhujung minggu untuk akak juga

      Delete
  6. di shah alam pun agak teruk.. semoga jerebu semakin membaik

    ReplyDelete
  7. kat area umah zura cheras ni pun teruk jugak, nak bawak anak2 kluar pun takut.. zura tgk kt statistik IPU kt tv klang mmg teruk ka..mungkin sbb banyak kilang dan industri perkapalan kat sana, tu yg jerebu teruk

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah zura, hari tu memang teruk
      nak keluar rumah pun takut
      tapi sekarang alhamdulillah dah kurang sikit

      saya rasa mungkin tu juga faktor dia
      tapi ada juga saya nampak buat pembakaran terbuka
      apa dah punya orang, selfish!

      Delete
  8. betul tu yana...jumaat ari tu putrajaya pun same...kabus betul..tapi gigih gak kiteorg jalan gi alamanda hahaahahah...ye la dok opis pun boring sbb waktu rehat ari jumaat kan lame...rugi plak dok opis jek kahkahkah...tapi tu laa bahana nye lieya ni baru nak baik batuk dah batuk2 balik....adoi laaaa....degil punye pasal kan...tak guna telan ubat batuk hah heheheeheh

    jumaat ari tu simia mija pun lieya cuti kan sekolah agama belah petang sbb jerebu teruk..sekolah pagi takleh nak ponteng sbb ade ujian katenye....

    amboi afif pakai mask yeak...bagus2...utamakan kesihatan heheeheheheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dah alhamdulillah okay sikit rasanya lieya
      minggu lepas aje yang teruk betul
      memang tak kasi budak-budak dok lama dekat luar
      kalau sakit kang susah

      hehe, tu the next surgeon tu =)

      Delete
  9. orang rumah macam kita ni.. kalau jerebu teruk jangankan nak keluar.. tingkap pun tak buka. kira x jenguk langsung la luar rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya yang keja ni pun rasa tak mau keluar keja...hehe
      tapi nak buat lagu mana, terpaksa

      Delete
  10. area klang memg teruk betul jerebunya kan..alhamdulillah skang jerebu dh kurg sebab hujan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, sekarang dah okay sikit sebab hujan beberapa hari ni kan
      alhamdulillah, boleh tarik nafas lega sikit

      Delete
  11. yana! Johor dah bebas dari jerebu.. Allah turunkan rahmatnya selama tiga hari di bumi johor yang dah lama gersang dan berjerebu..alhamdulilah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, sini pun sama kak
      minggu lepas aje yang teruk tu =)

      Delete
  12. ada hujan ni keadaan jerebu kurang sikit la kan sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entry ni ditulis sebelum hujan turun kak
      sekarang alhamdulillah, okay sikit =)

      Delete
  13. 2 3 hari ni tempat bunda dah hujan siang malam...sejuk..tak ada dah jerebu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat sini pun dah bertambah baik bunda
      aritu je yang teruk!

      Delete
  14. Eh?...belum keluar entri hari ni ke YY.....bizi yeh?
    Syukur Cheras tak jerebu sejak hujan 3-4 hari yang lepas...hari ni mmg clear sesangat....panas berdenting!
    Hehe...Afif bukan main suka lagi dia tak sekolah...macam kita kalau dapat cuti kerja hehe lompat bintanglah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kesibukan tahap melampau ariitu okje
      sekarang tengah pulihkan tenaga nak menaip balik...hehe

      dia memang suka yang amat kalau tak sekolah

      Delete
  15. Hehehe..singgah sini lg..tak update entry bru ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...sibuklah mimi
      ni tengah charge tenaga balik =)

      Delete
  16. kat tempat aiza alhamdulillah dah takde jerebunya sejak hujan turun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat sini pun dah okay aiza
      alhamdulillah =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...