Sel-Sel Otak Bersambung (^_^)

11:51:00 pm Yana Yani 32 Comments

Perasaan tak kena tu masih lagi wujud tapi bak kata Kak Azie, hidup harus diteruskan. Betul juga dia cakap ye dak? Biarlah mereka yang berkenanan melakukan kerja mereka.

Memetik kata-kata dia, "Jangan jadi penyumbang unsur amarah. Hentikan fitnah. Bertenang. Bersabar. Insya Allah bila bertenang, kita akan lebih waras menilai apa yang kita dengar dan baca"

----------------------------------

Rutin harian aku setiap pagi adalah menyediakan sarapan untuk kami sekeluarga. Memang aku amat menitik beratkan pengambilan sarapan walau hanya setakat makan sekeping roti bakar.

Lagipun dari sudut kesihatan, pengambilan sarapan membantu menjana kehidupan yang lebih cergas dan bertenaga. Sebab tu penting untuk kita mengambil sarapan setiap hari.

Sejak dari semalam memang aku dah plan nak buat cucur udang. Lagipun lebihan udang kertas yang aku beli dari pasar malam pada Rabu lepas masih lagi banyak.

Keluar daripada bilik tidur, aku perasan bungkusan nasi lemak di atas meja kopi. Alahai, mesti Encik suami lupa pasal menu pagi ni yang aku dah ceritakan sejak dari semalam.

Aku tetap meneruskan misi membuat cucur udang. Kalau tak buat hari ni, habislah udang tu busuk. Tak sampai setengah jam siap dah cucur udang tu untuk santapan pagi kami.

Semua ni sebab dok ikut petua Lieya Latif. Tapi aku tak serajin dia buat preparation. Pagi ni nak masak, malam tadi baru aku siapkan semua bahan. Hehe!


Afif yang dah siap sedia nak ke sekolah terus dok capai bungkusan nasi lemak. Memang itu makanan kegemaran dia.

"Mama masak apa tu?" tanya dia sambil memuncungkan bibir ke arah cucur udang yang sudah siap dihidangkan di atas meja.

"Cucur udang" jawab aku ringkas.

"Kenapa Mama masak lagi? Nasi lemak ni ada ni. Siapa nak makan banyak-banyak ni? Mama ni, jangan membazir!" bebel dia panjang.

Makin banyak cakap pula dia kebelakangan ni walau diakui ada kebenaran kata-kata dia tu.

"Tak apalah, Mama boleh bawa bekal" jawab aku cuba menghalalkan perbuatan aku tu.

"Afif pun nak bawa jugalah! Bawa banyak-banyak tau Mama. Afif nak bagi kawan-kawan!" kata dia.

Dulu aku pernah tanya bila aku dok perasaan bekal yang dia bawa sentiasa habis. Bila aku dapat tahu yang kawan dia yang habiskan semua makanan tu, aku tegur.

Dia jawab, "Tak apalah berkongsi! Mama yang kata nanti dapat pahala!"


Dulu Mak aku pernah kata yang anak aku minum susu Anmum sebab tu sel-sel otak dia bersambung sampai ke satu tahap tak tahu nak jawab apa.

Pernah sekali tu dia tanya dekat aku kenapa dinosaur tak ada zaman sekarang. Dengan yakin aku jawab, "Dia dah pupus sebab kena meteor yang macam bola api tu, kababoom dia meletup!"

"Dinosaur tu kan ada banyak! Kalau api tu kena dekat sini, dia boleh lari dekat sana!" jawab dia bersungguh siap dengan lakonan macamana dinosaur lari.

Time Maulidur Rasul dulu dia tanya, "Mama hari ni hari jadi Rasulullah kan? Mana Rasulullah?"

Untuk soalan tu memang aku dah prepare sebab kawan aku ada cerita yang anak dia tanya, "Ibu Rasulullah tu kan dah mati, kenapa kita kena sambut hari jadi dia?"

Sebenarnya kebijaksanaan anak-anak zaman sekarang tak kena mengena dengan sebarang formula susu. Teori tu tak boleh diguna pakai!

Kanak-kanak zaman sekarang sebenarnya terdedah dengan pelbagai maklumat berbanding kanak-kanak zaman kita dulu. Semua maklumat hanya dihujung jari!

Bila dah terlalu banyak maklumat, mereka "lost". Sebab tu bimbangan ibubapa diperlukan sebelum mereka membuat justification sendiri.

Aku sendiri pening dengan soalan Afif walau aku sebenarnya dah standby dengan sebarang kemungkinan soalan bombastic yang akan keluar dari mulut dia.

Lepas ni kalau sesiapa sahaja yang belajar tinggi lepas tu decide nak jadi surirumah sepenuh masa dan ada yang kata, "Rugilah kau belajar tinggi-tinggi dulu!"

Tolong debik dia untuk aku!

Jawab dekat dia, "Walau aku surirumah, aku tetap memerah kepala otak aku untuk menyelesaikan segala persoalan yang ditimbukan oleh anak aku a.k.a the next Prime Minister!"

P/S - Takziah buat Kak Kathy sekeluarga atas kehilangan ayahanda tercinta, Hj Arbain Bin Mastur pada tanggal 8 Mac 2014 bersamaan 6 Jamadil Awal 1435H. Al-Fatihah

32 comments:

  1. Bersyukur dapat anak petah ni.. Saya dulu ada anak buah petah. Jenuh jugak la nak jawab soalan2 dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...memang jenuh cik lekit
      melangkaui batas pemikiran kita

      Delete
  2. Tanggungjawab surirumah sebenarnya amat besar.. selain menjadi ibu, ia juga menggalas tanggungjawab sebagai guru yg utama kpd anak-anak utk mengenal erti kehidupan...
    comel Afif tu makan.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, saya setuju pendapat encik khir!
      hehe, comel cam mama dia kan =)

      Delete
  3. anak sy yg ketiga umur 7 thn pun petah bercakap. dia belajar di sek sebelah. bila abis belajar dia masuk ke kelas yg sy tgh mengajar. murid2 sy di form 5 tu suka berbual dgn dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya afif ni bukan macam anak cikgu, ramah dan petah
      dia ni bukan peramah, dia bercakap pada orang yang dia biasa bercakap
      tapi once dia dapat bercakap, ambik kau! hehe

      Delete
  4. uiss auntie ingatkan sel sel otak mama dah bersambung sambung afif..sebab mama dah start rajin kan buat bekpes,baru auntie nak tanya.. mama afif minum susu Anmum ker :D

    yana! akak pon idak lah serajin lieya latif , buat bekpes dan bekal anak2 siap berbento lagi rajin plus kreatif kan..hakak biasanya prepare a simple breakfast jer macam sandwic telur ker,roti bakar ker dan biasanya if nak buat bekpes yang berat macam nasi or mee goreng ..malam akak dah sediakan bahan dier..esok pagi tinggal bersilat gaung jer hehe

    akak pon selalu terima soalan bombastik dari anak2 akak,tapi dia orang minum susu cap gantung jer...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...yang akak tak tahu saya memang biasa buat breakfast
      sejak dari mula kahwin, bukan sekarang aje baru buat

      saya pun memang buatkan bekal untuk afif
      cuma tak sekreatif lieya...hehe

      sebab tu saya ada kata susu tak menjamin kepandaian anak
      dia kena ada ransangan baru jadi =)

      Delete
  5. Anak2 yang seusia begini memang banyak soalannya....kadang tu luar dari kotak pemikiran kita...

    Layan jer...dan beri jawaban yg sesuai diterima mereka...tak perlu terlalu detail...

    Kadang tu kita yang dewasa ni pun bukannya arif sangatkan...takut salah penyampaian atau fakta pulak...lain lak jadinya nanti....


    #Doa Buat MH370 :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. gitu ye bunda, terima kasih untuk maklumat tu
      biasa saya bagi se detail mungkin =)

      Delete
  6. Afif semakin bijak...pertanyaannya semakin mencabar dan jawapannya semakin konkrit. Ketika ini dia sedang belajar mengadaptasikan apa yang dipelajari dan dilihat. Penting bagi kita mengawalnya agar dia tidak mendapat sesuatu yg negatif kerana ianya kan terus terpahat diingatannya.
    Semoga Afif berjaya...InsyaAllah tidak mustahil utk menjadi next PM!

    ReplyDelete
    Replies
    1. usia camni agaknya yang buat dia ada banyak persoalan
      amin! manalah tahu ye dak =)

      Delete
  7. bila anak banyak bertanya itu menandakan anak kita bijakkan,banyak benda yg dia nak tahu,itu yg membuatkan dia berfikir dan nak cari jawapan.
    akak pun kadang pening gak nak jawab soalan anak2 nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke kak, mungkin juga =)
      tapi memang pening nak jawab kan

      Delete
  8. sedap tu cucur udang.. bagus afif suka berkongsi dengan kawan-kawannya..
    kanak-kanak sekarang semakin bijak.. betul kata yana, semua di hujung jari, kita pula yang kena explain takut mereka tersalah faham..
    al-fatihah untuk arwah ayahanda kathy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak aje dah sedap kan...hehe
      saya memang selalu dok ajar dia berkongsi, kena dah balik! hehe
      betullah +Mizz Aiza (Dunia Kecil)
      zaman sekarang semua maklumat just a click away

      ye, tumpang sedih untuk +Kathy R'bain sekeluarga

      Delete
  9. Terharunya kathy sis siap mention cerita kami sekeluarga..memang sedih,terasa separuh nyawa pergi,maklumlah di dlm bdn anak mengalir darah ayah.tapi syukur segalanya di permudahkan.skrg kita doa kn utk MH370 pula.moga penantian itu berakhir segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa yang tak sedih bila bapa yang selama ni
      memerah keringat untuk membesarkan kita pergi menyahut seruan ilahi
      saya harap akak dan keluarga tambah menghadapi ujian ni
      yang hidup pasti akan pergi, doakan kebahagian dia di sana

      Delete
    2. terima kasih ye sis..cuma sedikit terkilan apa yang di rancang tak sempat jadi kenyataan..tiket penerbangan dah beli namun terlambat juga nak bertemu ayah :(

      Delete
    3. sabarlah kak, adalah sebab disebaliknya yang tersembunyi
      hilangkan perasaan ralat tu jauh-jauh ye
      kalau akak perlukan seseorang untuk berkongsi kesedihan, saya ada

      Delete
  10. Kalau sy mau sawan jwb soklan soklan kebaboom mcm nih..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, tak adalah sampai sawan
      biul kejab kepala otak memikirkan jawapan =)

      Delete
  11. anak2 skrg semuanya pintar2...selagi tak puas hati dgn jawapan yg diberi,selagi itulah mereka akan bertanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, selagi tak puas hati selagi tulah bermacam solan keluar
      yang pening kita sebab nak kena perah otak...hehe

      Delete
  12. Bijak Afif ni sebenarnya....
    Betul YY...anak anak sekarang ni mmg bijak dan kreatif sampai naik feninlah omak eh nak menjawab hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak zaman sekarang memang bijak dan kreatif kan okje
      kadang kita sendiri yang naik biul sebab diorang =)

      Delete
  13. Alhamdulillah, dapat anak yang aktif otaknya untuk berfikir. Moga maknya pun dapat menjawab dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang boleh dijawab, ada yang tak...hehe

      Delete
  14. seronok melayan anak2 mulot petah bercakap.. kadang2 pening nak menjawab bila dorang putar soalan kot lain.. kadang2 sakit hati jugak kalu dorang dok tanya soalan sama berulang kali.. hahahaah !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...memang pening nak menjawab zura kan
      tapi betul juga, bila tanya banyak kali tu
      rasa nak marah pula...hehe

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...