Potong Kek + Gathering = Happy! (^_^)

11:56:00 pm Yana Yani 6 Comments

Hari ni seperti yang dirancang, kami adakan majlis kecil-kecilan sempena meraikan ulang tahun kelahiran Afif yang ke lima. Semoga ianya terpahat dalam ingatan Afif.

Kalau ikutkan, ni adalah first time kami membuat majlis yang agak besar untuk Afif. Aku rasa seronok tengok kecerian dia yang tak pudar sepanjang hari.

Encik suami pun bersusah payah mengeluarkan tenaga dan paling penting sumber kewangan semata-mata memenuhi impian anak tersayang.


Riuh rendah rumah keluarga mentua aku dengan suara anak-anak aku dan sepupu diorang. Walaupun adik-beradik Encik suami pun kurang dua, kemeriahan tetap terasa!

Let's the pictures describe that moment!



Sebenarnya agak banyak juga gambar yang Encik suami snap, hari ni aku off day jadi photographer. Hehe! Bila dok check, ada banyak gambar di mana ianya tidak sesuai untuk tatapan umum (^_^)

Lepas lima bersepupu ni kenyang, (tapi sebenarnya ada tujuh, yang lagi dua belum cukup kudrat! Hehe!) diorang buat aktiviti luar rumah.

Aisy sebenarnya cuba juga join pakatan abang-abang dia, tapi apakan daya! Dia tidak dipedulikan!



Nasib baiklah ada Acu yang sudi nak melayan kelincahan Aisy! Abang-abang Aisy sibuk dengan urusan mereka yang tersendiri.

Tu lah dia bila dah berkumpul rama-ramai. Ada aje!


Apapun bila dah berkumpul ramai-ramai macam ni, memang seronok sangat! Especially pada anak-anak akulah! Siap ajak tidur rumah Nenek lagi!

Next time lah ye sayang!

P/S - Next week birthday Aisy pula! (^_^)

6 comments:

  1. hepi besdey afif... zura pun blm prnh buat majlis besdey besaran lg kt anak2... beli kek mkn utk kitorg sendiri jerk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih zura =)
      first time buat cam gini, selalu potong kek kitorang anak beranak aje
      lagipun keluarga mentua dengan saya dekat aje
      nak buat kecil pun jadi besar juga bila dah ramai-ramai =)

      Delete
  2. hepi befday afif..seronoklah dia ada kawan sebaya aka sepupu..aisy pula tak berteman..sedapnyer kek tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah...emmang seronok sangat bebudak tu pun
      aisy aje yang kesian, team dia semua kecil-kecil lagi
      kek tu boleh tahanlah sedapnya kalau suka coklat =)

      Delete
  3. comelnya birthday kek Afif tu... selamat hari lahir ye syg.. moga jadi anak soleh kebanggaan ibu & ayah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan takat comel aje, rasanya pun boleh tahan =)
      terima kasih sal, amin!
      itulah yang diharapkan

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...