Hati Seorang Papa (^_^)
Semalam aku masak kari ikan cencaru. Afif dengan Aisy boleh pula tak mahu makan sebab terasa agak pedas pada tekak diorang. Ini semua gara-gara terlebih serbuk cili!Encik suami pun tak berapa nak makan sebab demam. Sekarang ni pun dia masih lagi berperang dengan virus dalam badan dia. Mujur malam ni dia tak kerja.
Nak dijadikan cerita, malam semalam Afif bising lapar. Aku suruh makan kari tu dia tak mahu. Pedaslah, perut sakitlah, nanti muntahlah, ish, macam-macam alasan dia bagi!
Boleh pula time tu juga dia nak makan nasi lemak. Kedai nasi lemak paling dekat di Rantau Panjang Klang, bukan Kelantan ye! Tapi pergi balik lebih kurang 15 ke 20 minit juga dari rumah aku.
Dok dengar anak bising lapar macam tu rasa kesian. Kalaulah aku boleh pandu kereta atau tunggang motor, memang dah lama aku fulfill permintaan anak aku tu. Malangnya aku pandai jadi penumpang aje!
Aku tengok Encik suami nak keluar beli rokok, so aku minta dia belikan nasi lemak untuk Afif. Tiba-tiba dia meninggi suara, "Malas Abang nak layan! Makan apa yang ada aje!"
Terkedu juga aku dengar dia kata macam tu. "Beli rokok boleh pula, beli nasi lemak tak boleh pula!" ngomel aku dalam hati. Nak jawab depan-depan tak ada keberanian pula. Hehe!
Kalau aku setakat anak nak makan, memang aku akan belikan. Time tu juga! Mungkin sebab aku Mama. Tapi berbeza dengan Encik suami yang mudah kata tidak. Mungkin sebab dia Papa.
Rasa kesian bila tengok Afif tak dapat makan apa yang diidamkan. Aku gorengkan telur dadar, mujur dia nak makan juga. Boleh tahan juga banyak dia makan.
Bila aku tenung Afif yang tengah tidur, sekali lagi rasa kesian tu muncul. Susah nak describe perasaan time tu, teringat pula apa Encik suami kata. Macam rasa hancur juga rasa hati.
Dalam hati aku berazam nak belikan nasi lemak untuk Afif pagi esok.
Bangun pagi aku tengok Encik suami dah ada dekat sebelah. Entah bila dia balik pun aku tak sedar. Badan dia masih panas. Aku bangun dengan agak malas sebab dok fikir nak pergi beli nasi lemak.
Buka aje pintu bilik, mata aku terus terpandang bungkusan atas meja kopi. "Nasi lemak!" bising aku dalam hati. Hati terus terbunga dan mengubah rasa malas aku kepada excited!
Jujurnya aku tak expect Encik suami akan belikan. Mungkin malam tadi dia dok teringat permintaan anak dia sama macam aku. Mungkin hati dia ada dekat rumah teringatkan Afif.
Mungkin juga dia tak sabar nak belikan nasi lemak untuk diberikan kepada Afif. Mungkin!
Dan Afif pula begitu berselera dapat makan nasi lemak yang dok diidamkan sejak dari malam tadi. Begitu juga dengan Aisy yang makan tak toleh kiri kanan.
Hati aku senang bila hantar Afif ke sekolah pagi tadi. Permintaan dia sudah tertunai dan rasa berat pada hati aku ni dah hilang! Aku boleh pergi kerja dengan rasa lapang!
Aku kejutkan pula Encik suami sebab dah jadi rutin dia nak kena hantar aku ke tempat kerja. Soalan pertama dia bila bangun tidur, "Afif makan tak nasi lemak tadi?"
Seriously aku tak faham hati seorang Papa ni. Kejab keras, kejab lembut. Tapi aku percaya dia sayang anak-anak dia sama macam aku cuma cara yang berbeza.
Encik suami agak sukar menzahirkan rasa kasih dan sayang pada anak-anak sebagaimana yang dilakukan oleh aku seorang Mama. Mahal betul harga ucapan, "Papa sayang anak-anak Papa"
Bila difikirkan, dia melarang bukan kerana tak sayang, dia marah bukan kerana dia benci, tapi kerana kasih dan sayanglah dia lakukan semua tu.
Tak ternilai sebenarnya harga kasih dan sayang dia, seorang Papa.
Buat Afif dan Aisy, jangan lupa pengorbanan Papa untuk membesarkan kamu adik beradik. Kamu tak akan mampu membayarnya walau dengan semua harta di dunia.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Redha Allah bergantung kepada redha kedua ibu bapa dan murka Allah bergantung kepada murka kedua ibu bapa - Hadis riwayat al-Hakim
kasih ibu ayah bawa ke syurga.
ReplyDeletetersangatlah betul =)
Deletepasal anak2 nak makan , itu buat sy x sampai hati mereka tido dlm berlapar...kesian . Lelaki tak sama, kurang baik sini tapi banyak baik sana..hanya isteri je yg tahu .
ReplyDeletesaya pun camtu PCL, lain manusia lain perangai
Deletesebab tu setiap manusia ni unik!
apapun deep down dalam hati dia,
saya tahu dia sayang sangat anak-anak dia =)
moga menjadi anak yang soleh dan solehah ye
ReplyDeletemudah-mudahan...amin =)
Deletebetul tu.kdg2 bkn hati seorg papa, hati seorang suami mmg sukar d jangka. tp yg satu pasti, mereka adalah lelaki.. hihi.. ibu dan ayah berbeza.tapi kasih sayang sbnr pada anak2 sama je.sayang yg kita x boleh nampak..
ReplyDeletekan...pelik sebenarnya
Deleteyang penting dia sayang anak-anak dia
cuma tak tunjuk je
saya percaya satu jer.. bila seorang lelaki bergelar bapa 1 anugerah akan hadir dalam perasaan mereka adalah kasih seorang Ayah.. sebab asben saya dulu memang jenis tak suka langsung dgn budak2.. dia rimas.. & nak sentuh pun dia tak nak. tp lahir anak dia.. memang macam keajaiban sebab dialah orang pertama sblm sy yg dukung baby.. yg cuci berak baby.. tukar pampers baby. sampai skrg kalau kat luar.. dia tak pernah biar sy dukung anak.. memang kat situ saya nampak keajaiban Allah.. dulu saya risau jugak sebab asben sy memang takde langsung minat pada budak2 & baby even masa saya mengandung pun dia tak pernah nampak excited sangat.. tp bila tgk je baby tu keluar.. automatik berubah sepenuhnya.. Itulah kasih seorang ayah yg kadang2 kita pun tak faham
ReplyDeletesaya kalau baca komen cik lekit ni, teruja betul! siap dengan hujah, terbaik! =)
Deletesebenarnya dia tengok jenis lelaki juga, kalau saya compare suami saya dengan orang lain
jujurnya saya rasa, suami saya much better
cuma in term of relationship dengan anak-anak, dia tak berapa sangat
sebab tu anak-anak saya macam mana sekalipun diorang tetap cari saya
tapi dia tetap lakukan yang terbaik untuk anak-anak dia
dia tak pernah abaikan tanggungjawab dia...
cuma saya rasa lelaki ni, mysterious =)
alahai..sayu je baca citer ni..entah apa2 je kathy ni kan sis?
ReplyDeletela...nape rasa sayu pula ni
Deletedah...tak mau sedih-sedih
Lelaki nie ssh mmg sikit nk tnjuk perasaan sayang nie..ego sama..tp ngn anak2 kalah dibuatnya.. hehehe
ReplyDeletekan...memang diorang camtu agaknye
Deletepelik...tp tulah hakikatnya =)
hai..akak dok kg jawa...yana dok mana ??..
ReplyDeletegitulah lelakikan...mereka sayang tapi ssh nak ucap..bkn cam kita...asal anak nak...rasa nak terpa bg terus..hihih
hai akak, saya dok dekat dengan rantau panjang
Deletetu lah pasalnya, memang completely berbeza
berbanding kita ni =)
touching pulak sy bce entry nih..memg betul tuh hati seorg bapa nih kite memg xleh duga..kdg2 keras kdg2 lembut...mcm sy plak sy lebih tegas dgn ank ank tak suke ikut sgt kehendak ank tp suami akan ikut sje ape ank ank nak..tp dlm tegas2 sy tuh memg xsmp plak nk hampakan permintaan diorg
ReplyDeletetu lah diorang ni special case sikit
Deleteteringat ustaz saya dulu kata
mak dgn bapak kita mesti kontra
seorang panas, seorang lagi sejuk
bila seorang marah, seorang lagi tukang pujuk
sebab kita ni lengkap melengkapi =)