Bahaya Gajet Pada Kanak-Kanak (^_^)

10:37:00 pm Yana Yani 12 Comments

Bahaya Gajet Pada Kanak-Kanak | Time aku menunggu kereta Angah diservis Sabtu baru ni, aku membaca surat khabar Kosmo! Aku amat tertarik dengan satu isu yang dikupas dan rasa ianya amat menarik untuk aku kongsikan di sini. Cuba angkat tangan macam gini \o/ kalau korang tak pernah berikan apa-apa gajet pada anak korang. Aku salute pada siapa-siapa yang boleh buat macam gitu. Hebatlah korang!

Anyway pada dunia serba moden ni, gajet seperti smartphone, tablet, tab dan yang sewaktu dengannya merupakan salah satu benda penting dalam kehidupan seharian. Aku pernah tengok, kalau tak silap Discovery Channel. Smartphone diletakkan pada tangga teratas gajet yang paling diperlukan oleh rakyat Amerika berbanding 100 gajet yang lain.

Mana tak nya, semua yang kita mahukan berada di hujung jari. Fantastic is it?

Dalam kita sentiasa berusaha mengikut peredaran zaman, sedar tak kita bahawa pendedahan gajet yang terlampau especially pada kanak-kanak boleh mewujudkan masyarakat yang antisosial? Pakar Psikologi Pusat Perubatan Hospital Pantai Kuala Lumpur, Datuk Dr Mat Saat Baki mengatakan, ketagihan gajet juga boleh menjejaskan penglihatan kanak-kanak.

Malahan kesan daripada antisosial ni akan menjadikan seorang individu tidak akan mempunyai perasan bersalah jika melakukan kesalahan. Kita mungkin telah mencipta penjenayah! Nauzubillah!
Ia sudah semestinya akan menambahkan lagi kesukaran untuk kita membimbing mereka.

Bahaya Gajet Pada Kanak-Kanak


Aku tak nak anak-anak aku jadi antisosial. Sibuk dengan dunia mereka sendiri especially bila ada tetamu berkunjung ke rumah. Kalau berterusan mereka tak akan kenal saudara mara. Apapun aku akui memang agak sukar untuk menjauhkan Afif dan Aisy dengan sebarang gajet. Mujur aku dan Encik suami bukan manusia gila gajet.

Pun begitu, Afif dan Aisy cukup bijak menghidupkan sebarang gajet especially Samsung Corby aku walaupun telefon itu aku dah kunci! Tahu-tahu diorang dah buka YouTube! Sebagai satu langkah drastik, aku sorokkan telefon tu. Aku hanya keluarkan bila memerlukan. Tapi kadang-kadang, diorang jumpa juga! Jujurnya SUSAH!

Tapi orang tua-tua selalu cakap, nak seribu daya, tak nak seribu dalih!

Kebelakangan ni, aku cuba alihkan minat diorang dengan membaca atau mewarna. Walaupun ianya masih dalam langkah percubaan, tapi setakat ni aku nampak hasilnya. Kalau selalunya bila balik rumah, soalan pertama yang Afif tanya, "Telefon Mama mana? Afif nak main games"

Tapi sekarang ianya dah bertukar kepada, "Malam ni Afif nak buat apa ye? Warnakan Ultraman boleh tak?"

Bahaya Gajet Pada Kanak-Kanak

Aku juga lebih suka diorang melompat ke sana ke mari daripada duduk melanguk menghadap gajet. Kadang-kadang terutama di hujung minggu, aku akan keluarkan semua mainan dalam simpanan.

Aku bagi diorang main! Sambil tu aku memerhati tapi most of the times aku join main sama! Hehe! Aku sebenarnya seboleh mungkin nak rangsang pemikiran diorang. Macam contoh kalau diorang tengah pegang mainan dinosaur, aku akan tanya macam mana bunyi dinosaur? Tapi biasanya Afif akan tanya balik soalan yang buat aku serabut otak nak cari jawapan!

Contohnya, "Kenapa Afif tak pernah jumpa dinosaur?"

Bahaya Gajet Pada Kanak-Kanak

Sebagai ibubapa, sudah semestinya kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Tak salah kalau kita mampu memantau kerana ianya begitu penting untuk masa depan diorang. Bagi aku, aku percaya dengan meminimalkan penggunaan gajet dalam kehidupan seharian diorang merupakan pendekatan terbaik. Kalau boleh nak jauhkan terus!

Apapun sebagai ibubapa, kita memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri anak-anak kita. Ke mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, Betul tak betul?

Semoga ianya menjadi renungan buat kita semua (^_^)

12 comments:

  1. Yup realitinya susah. Liza pun terjebak jugak dgn isu ni. Anak sulung mmg asyik dgn smartphone atau ipad ayah dia. Kalau xnak dia main, mmg kena sorok awal2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan...
      sekarang benda tu macam satu keperluan
      dan sukar nak dijauhkan
      kalau saya, soroklah macam mana pun
      diorang jumpa juga! dah tu camne? =)

      Delete
  2. Betul..setuju..x bg terus pun x boleh jugak kan..nanti ketinggalan pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...kena pantau aje
      insyaallah tak ada apa-apa =)

      Delete
  3. rasanya tak sah kalau anak xder gajet kan...tapi main biar berpada..jgn xbg main langsung...tapi tak lah keterlaluan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...budak-budak sekarang bukan macam
      zaman kita dulu-dulu
      diorang bijak tahap gaban!
      bagi boleh, tapi pemerhatian amat diperlukan =)

      Delete
  4. ada kebaikan n keburukan nya.. tp kita hendaklah mencari apa yg terbaik utk anak kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul! semua benda dalam dunia macam tu
      ada baik, ada buruk
      terpulang pada kita untuk memilih
      demi kebaikan anak-anak kita di masa depan =)

      Delete
  5. kathy ada buat entri tenatng alia main tablet sis..sebenarnya walu dah berusaha memang payah nak buat anak2 jauhkan ingatan dari gajet ni.tapi memang kathy tak kerap bg alia main .begitu juga yg lain.kathy lebih suka diorang buat akltiviti riadah untuk keluarkan peluh..setuju dgn entri sis..apapun,kena berpada2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sama kak, bagi diorang main yang boleh keluarkan
      peluh atau yang boleh buat diorang berfikir
      apapun semua yang budak-budak ni buat,
      kita kena pantau =)

      Delete
  6. Tak salah kalau ibu bapa nak dedahkan anak-anak dengan gajet. Tapi biarlah dalam kawalan ibu bapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemantauan tu penting cikgu
      banyak bahayanya daripada kebaikan
      guna gajet ni
      apapun tepuk dada, tanya iman =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...