Mar: Selamat Pengantin Baru! (^_^)

11:28:00 pm Yana Yani 10 Comments

Hari ni buat julung kalinya aku buat special entry untuk orang yang di luar skop family aku. Biasanya dok membebel pasal anak-anak aje. I mean mostly lah kan. Hehe!

Orang yang aku maksudkan adalah ex-staff aku! Dia adalah orang paling lama berkhidmat dalam team bawah jagaan aku sebelum kontrak dengan client tamat.

Siti Mariam nama yang diberikan kepada dia. Biasanya dia membahasakan diri dia, Mar. Kira nama glamor lah kan! Kata ganti diri dia pun, Mar. Tapi tak tahulah kot dengan aku aje. Hehe!


Sebenarnya aku ada banyak gambar dia dalam simpanan aku. Tapi semua gambar tu sebelum dia bertudung. So sebagai menghormati perubahan dia, aku hanya siarkan gambar dekat atas.

Itupun aku CURI dari Facebook dia. Sorry Mar! (^_^)

Anyway, masa dia mula-mula join team aku, dia baru aje lepas sekolah. Masa tu pada pandangan mata aku, dia terlalu naif! Apa sahaja orang cakap, bulat-bulat dia percaya!

Kadang-kadang bila dia bertanya soalan buat orang lain yang ada dekat dia pun gelak sama sebab dia main tanya aje tanpa bertapis! Bila teringat, boleh tergelak sorang! Hehe!

Lagi satu pasal dia ni, dia gila gadget! Aku rasa macam setiap bulan dia dok tukar gadget dia. Rasa macam semalam aku nampak dia pakai jenama ni, hari ni dah lain jenama dah! Dahsyat kau!

Tu lah dia Mariam setakat yang aku kenal. Seorang yang ceria sebab senyuman selalu terukir dekat bibir dia. Tapi kalau dia tengah angin, memang nampak sangat!

Minggu lepas bila dapat PM daripada dia, aku agak terkejut. Macam tak sangka budak yang selalu kena buli dengan aku dah nak kahwin. What a surprise!

Suami dia ni pun memang dah daripada zaman aku kenal dia. Lama juga diorang dok couple. Ingat lagi time dia merajuk bila suami dia (time tu kawan) bawa kakak dia sekali time diorang berdating.

Aku nak tergelak bila dia mengomel time tu, tapi cover babe! Orang tengah meluahkan perasan, tak akan nak gelakkan. Tapi dalam hati memang aku bantai gelak tak ingat dunia! Hehe!

Ahad lepas, aku dan family aku termasuk Anis memenuhi undangan perkahwinan dia. Majlis dia boleh tahan grand juga kalau nak compare dengan time aku dulu. Hehe!


Apapun buat Mar dan Daus, SELAMAT PENGANTIN BARU! Akak doakan kebahagian korang berkekalan hingga ke jannah! Cepat-cepat dapat baby ye! (^_^)

Akak tujukan lagu dekat bawah untuk korang berdua. Welcome to the club!

10 comments:

  1. Salam Yana,
    ada ketika musim orang lambat kahwin. Tapi sekarang ni macam musim orang mula dah kahwin muda-muda. Ramai orang memilih untuk terus kahwin bila dah stabil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak zie
      what an honour! tak sangka singgah kat blog entah apa-apa saya ni
      ye betul tu kak, tapi sebenarnya semua ni berkaitan dengan jodoh =)

      Delete
  2. slmt pengantin br kawan yana.. cantik baju kawen dia..

    ReplyDelete
  3. slmt pengantin baru..comel jer...lg comel yang bergambar bersama tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ramai yang bergambar sama
      so yang mana satu yang comel tu? hehe =)

      Delete
  4. hmmm..selamat pengantin baru buat kedua mempelai..musim cuti ni biasalah majlis kenduri kahwin je la program nyer..hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. time cuti sekolahlah ni lah nak kumpul semua sanak saudara
      baru meriah majlis...hehe =)

      Delete
  5. musim cuti sekolah kan.. mmg musim kenduri la di sana sini... tiap2 minggu ada je undangannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasal, jenuh nak memenuhi jemputan ni =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...