Mereka Di Hujung Minggu (^_^)

10:30:00 pm Yana Yani 6 Comments

Sebenarnya cerita ni dah terperuk dalam draft aku sejak dari kenduri Rayna dan Ainul. Nak post ada aje cerita lain yang aku nak post. Hehe!

Ikutkan aku memang agak jarang post entry sejak laptop aku "sakit". Tapi kadang-kadang aku curi juga masa nak post at least post satu entry dalam seminggu.  

Most of the time, aku schedule kan aje entry aku. Senang sikitkan. Tak adalah berhabuk blog aku ni tanpa sebarang new post. Hehe!

Alright, kita sambung dengan tajuk post aku hari ni yang juga aku schedule kan! Hehe!

-----------------------------------------

Afif bila balik ke rumah Mak Abah sebelah Encik suami, dia memang suka sangat. Sebab dekat sini bebas macam burung! Tak ada siapa nak larang apa dia buat.

Cuma kena monitor juga. Biasanya aku memang tak bising sangat dia main kotor. Bagi aku itu satu pengalaman. Satu hari nanti dia pasti akan ingatkan keseronokkan zaman kanak-kanak dia.

Macam aku teringat memori zaman kanak-kanak yang paling aku rindui! Hehe!

Afif paling rapat dengan sepupu dia, Rayyan. Biasa tiap hujung minggu Rayyan pun ada di kampung. Tapi dia suka mengekor ke mana aje Afif pergi.

Kadang rasa kelakar tengok aksi diorang berdua ni. Diorang cukup bahagia dengan dunia diorang. Enjoylah budak-budak oi, you will definitely miss this moment


Aisy pula dengan dunia dia yang tersendiri. Kalau dulu dia nak main sama dengan dua orang Abang dia tu, tapi sekarang dia dah tunjuk perangai girlish dia.

Kalau dah nama perempuan tu kan walau dia lasak macam mana pun, keinginan nak membantu tetap tinggi. Again aku tak pernah larang.

Malahan aku hargai walau tugasan yang dilakukan tak sempurna.


Tapi time mengemas ni pun sempat juga dia nak "menakal". Sempat bagi senyuman penuh makna pada aku sebelum dia nak masuk kan kaki dalam longkang tu.

Itulah dia DAYANA HANNA AISY!


Afif pula aku tukarkan baju dia untuk kesekian kalinya. Kalau balik kampung ni, confirm baju kena bawa extra. Aku sebenarnya tak suka tengok anak pakai baju kotor.

Basah atau kotor sikit pun, aku tukar! Even dekat rumah sendiri pun aku buat camtu. Biar baju tu buruk tapi bersih!


Bila anak nampak bersih, hati aku rasa senang. Hehe!

Tapi itulah anak-anak aku bila di hujung minggu. Balik kampung adalah benda yang paling mengujakan diorang sebab macam-macam aktiviti boleh dilakukan.

Dan aku pula bila anak happy, aku lagi HAPPY! (^_^)

6 comments:

  1. ye..masa anak2 nak membesar ni,semua ingin di cuba..anak kathy empat2 semua kejap jer baju diorang bersih..lepas bebarap jam,mula la comot..heheheh...tapi semua dah besar,tinggal alia sorang jer la yg masih kecil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan. ada aje keja yang diorang nak buat
      penat nak membebel..hehe
      tapi diorang lah penyeri =)

      Delete
  2. suka tgk muka dayana...comey sgt

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...