Hari Graduasi Afif 2013 (^_^)

9:28:00 pm Yana Yani 8 Comments

Malam minggu baru ni adalah hari graduasi Afif di balai masyarakat taman perumahan di mana aku menyewa ni. Aku sebenarnya begitu excited nak pergi. Maklumlah anak aku graduate okay! Hehe!

So untuk pertama kalinya aku, Encik suami, Afif dan Aisy sampai awal. Biasanya kami adalah orang terakhir sampai. Excited sungguh!



Mujur juga majlis tu diadakan malam, petang tu hujan lebat sangat. Malam tu walaupun cuaca masih tak berapa elok. Tapi majlis tetap berjalan lancar.

Berdasarkan aturcara program, majlis tu sampai ke tengah malam. So kitorang dah plan, Afif ambil aje hadiah kitorang nak cabut!

Of course aku pun hanya ambil gambar di mana Afif terlibat aje! Hehe! So acara pembukaan dimulakan dengan persembahan nasyid semua peringkat umur pelajar dari 4, 5 dan 6 tahun.

Memang happening! Tapi gambar tak berapa clear. Mungkin sebab dah malam atau cameraman tak pandai ambil gambar.


Lepas tu ada lagi macam-macam acara lagi. Tapi aku tak boleh recall.

Mungkin sebab dah malam lagipun keberangkalian untuk mengantuk memang tinggi especially bila ada majlis macam ni. Hehe!

Ditambah pula dengan segala macam ucapan yang menambahkan rasa mengantuk. Tapi sekurang-kurangnya aku dengar walaupun entah berapa kali menguap.

Nasib baik juga ada Aisy yang agak aktif. Kalau tak confirm aku dah berdengkur! Nak dibanding dengan parent sebelah aku yang dok sibuk chating dekat Facebook.

Ada ustaz tengah dok bagi ceramah tentang kesukaran ibubapa membesarkan anak zaman sekarang, dia masih lagi sibuk dengan Facebook.

Agak-agaklah wei! Majlis ilmu ni!

Yang aku ni dok mengumpat orang ni pasal apa pula!. Ishh! Abaikan ajelah cerita tadi ye. Kita sambung dengan majlis graduasi Afif.

Lebih kurang 1 jam selepas persembahan pertama, Afif muncul lagi. Kali ni persembahan pelajar 5 tahun pula. Cer tengok Afif yang tak berapa fokus tu.


Aku ada letak juga video sekali untuk tatapan korang. Paling kelakar part last sekali bila diorang sebut nyum, nyum.

Klik sini kalau nak tengok ye (^_^)
 
Dan tak lama lepas tu, nama AFIF HAZIQ FIQRULLAH disebut untuk menerima hadiah menandakan tamatnya pelajaran dia bagi usia 5 tahun. Terasa bangga sungguh!

Kalau budak 6 tahun siap dengan topi dan baju konvo. Memang boleh buat kembang rasa hatilah! Tapi pada akulahkan, aku tak tahu parents lain.


Nak dijadikan cerita, kami dah on the way sampai ke rumah bila Encik suami tiba-tiba teringat pasal payung. Disebabkan payung tu macam comel aje dan macam cantik aje.

Kami tak sampai hati nak tinggalkan. So patah balik lagi semata-mata nak ambil payung.

Tak lama aje kami sampai ke tempat payung yang ditinggalkan, tiba-tiba nama Afif dipanngil lagi untuk kesekian kalinya. Kali ni untuk cabutan bertuah!

Dan bukan sebarangan hadiah kitorang dapat tau!


Ni stok untuk lebih dari sebulan kitorang. Tu lah namanya rezekikan.

Syukur Alhamdulillah (^_^)

8 comments:

  1. wah 5 tahun pun graduasi juga eh... tahniah afif... suka la mama dpt gula buat stok sebulan tu... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah pasal
      aku dah terfikir lepas ni tak payah kerja sebab anak aku dah
      graduate. biar dia pergi cari duit
      part gula dengan minyak tu memang paling hebat!
      suka sangat! hehe =)

      Delete
  2. wah..afif dah garduated..tahniah sayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kan
      cam tak caya aje dia dah graduated

      Delete
  3. wah hadiah tu yg mahal tuu..hahah..tahliah aliff dag graduated

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mahal sangat tu =)
      tima kasih, nanti saya beritahu Afif

      Delete
  4. kelassss budak2 skrg...kecik2 dh ada graduasi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasalnya
      rasa macam anak-anak dah besaq! =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...