Penangan Biskut Tat Nenek! (^_^)

9:30:00 pm Yana Yani 4 Comments

Hari Khamis minggu lepas, ada aktiviti fogging di kawasan perumahan aku. So balik dari kerja, kelam kabut bawa lari anak-anak. Aku yang dah tua ni pun tak tahan asap fogging. Ni kan pula budak!

Kami suami isteri berpakat ke rumh keluarga Encik suami. Niat asal nak lari dari asap fogging tapi pada masa yang sama nak ambil biskut tat!

Malam sebelum tu, Mak Encik suami ada pesan suruh datang ambil biskut tat. Dia buat tu sebenarnya untuk cucu dia, Afif. Afif suka betul makan biskut tat Nenek.

Dia boleh habiskan satu balang kalau tak dilarang. Tapi Mak mertua aku punya biskut tat memang terbaik dari mana-mana biskut tat yang pernah aku rasa.

Lagipun aku rasa air tangan dia! Sebab semua benda yang dia masak, SEDAP! Dia pula kalau tahu ada orang suka makanan yang dia masak, memang lagi kerap dia masak.

Macam contoh kuih koci! Aku cerita dekat dia, kuih dia buat sedap sampai Mak dan Abah aku pun suka sangat. Apa lagi, mulalah dia bersemangat masak kuih koci untuk ke sekian kalinya!

Rezeki! Orang dah bagi tak akan tolak! Lagipun memang sedap! Hehe!

Berbalik kepada cerita biskut tat tadi, aku sebenarnya time mengandungkan Afif teringin sangat nak makan biskut tat. Aku memang gila makan biskut tat time tu.

Agaknya sebab tu Afif sekarang dah macam "kemaruk" dengan biskut tat. Hehe!


Korang tengok ajelah balang tu, sebelum ni penuh okay! Sekarang dah tinggal berapa ketul aje. Tu dalam masa tak sampai 2 hari je tu!

Bangun aje tidur, biskut ni yang Afif cari dulu. Aisy pun dah ikut rentak Abang dia suka sangat makan biskut tat. Rumah kalau diorang makan biskut ni dah macam apa dah!

Tapi tak sampai hati nak larang. Makanan kan. Pada aku, makanlah selagilah korang boleh makan. Tak apa rumah bersepah, boleh kemas!


Tu lah penangan biskut tat Nenek! Afif dengan Aisy tak peduli makanan lain dah kalau ada biskut tat ni dekat rumah. Punyalah sedap!

"Sedap betul biskut Nenek buat ni. Afif suka!" kata Afif tiap kali dia makan biskut tu.

Aisy pun dah pandai dah kata, "Cedap!"


Aku pun rasa bersemangat nak belajar buat biskut tat. Especially bila tengok budak-budak suka sangat dengan biskut ni. Tapi rasa ajelah!

Belum ada peluang dan ruang nak belajar dari Master Chef lagi! Hehe! Tengoklah nanti! (^_^)

4 comments:

  1. wah...mana taknyer,nenek buat biskut tat dengan penuh kasih sayang..tu yg over sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasalnya
      sedap punya pasal sampai tak toleh kiri kanan dah =)

      Delete
  2. amboiii sodap sgt tu.. smp comot gitu gaya mknnya... meh nak rasa skit.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kelakar bila tengok balik
      terlalu sedap sampai jadi gitu =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...