Afif Dah 5 Tahun! (^_^)

4:28:00 pm Yana Yani 10 Comments

Sepatutnya semalam aku cerita pasal ni, tapi malangnya tak berkesempatan. Nak buat special entry untuk Abah pun tak sempat. Sibuk dengan pelbagai agenda, so bantal lebih menarik perhatian. Hehe!

Semalam 22 November adalah ulang tahun kelahiran Afif yang ke-5! SELAMAT HARI JADI SAYANG! Tak sangka cepat betul masa berlalu, pejam jelik aje Afif Haziq Fiqrullah dah 5 tahun!

Tahun lepas aku dah cerita in details saat kelahiran Afif. Korang boleh klik sini kalau belum baca atau nak recall. (^_^)

Semalam tak sempat nak buat apa-apa untuk Afif. Plan kami suami isteri, besok baru nak celebrate birthday Afif dekat rumah Nenek dia. Lagipun semua sepupu-sepupu dia ada.

Kan seronok kalau ramai-ramai!

Ada setengah orang berpendapat, tak perlu buat sambutan hari jadi. Satu pembaziran dan yang sewaktu dengannya. Tapi lain orang, lain pendapat.

Bagi aku ianya WAJIB! Walau hanya setakat memotong kek. Ianya sebagai tanda bahawa kedatangan mereka dalam hidup aku sangat bermakna!

I just want to remember the day aku bertarung untuk membawa mereka ke dunia ni. This it! Lagipun mana ada budak dekat dunia ni yang tak seronok dapat hadiah!

Aku pastikan akan belikan something yang dalam kemampuan aku. This year Afif begitu beruntung apabila makcik-makcik dia pun dok bagi something untuk dia.

Aku suka tengok reaksi dia bila buka packaging hadiah. Priceless!


Sebenarnya hari Khamis yang aku kata aku cuti tu, aku bawa dia pergi GM Klang untuk cari Ultraman yang dia dok sebut-sebut. Satu GM kitorang pergi, satu pun dia tak berkenan.

Siap menangis lagi! Sebab tak dapat apa yang dia hajat. Last-last jumpa dekat Speedy Video. They goes melayang duit Mama. Tak kisahlah, demi anak. Bukan selalu okay!

Kalau hari lain, menangislah macam mana pun. TAK AKAN AKU LAYAN!


Sayang Mama, Afif Haziq Fiqrullah,

Mama terlalu sayangkan Afif dalam keadaan apa sekalipun. Buruk dan baik Afif Mama terima seadanya sebab Mama sayangkan Afif. Tiada kasih di dalam dunia ni yang mampu menandingi kasih Mama pada Afif.

Mama marah, bukan sebab Mama benci. Mama pukul, bukan sebab tak sayang. Mama lakukan semua tu untuk kebaikan Afif. Begitu juga bila keinginan Afif tidak dipenuhi.

Harapan Mama pada Afif sebagai anak sulung dalam keluarga terlalu besar! Mama amat berharap Afif boleh menjadi pimpinan yang baik untuk Adik.



Sayang Mama, Afif Haziq Fiqrullah.

Mama bangga bila Afif membesar dengan sempurna di depan mata Mama. Mama juga berbangga sebab dengan tenaga sendiri Mama membesarkan Afif walau bukan sepenuh masa.

Walau orang lain pernah menggelar Afif bodoh, Mama tetap bangga! Afiflah anak Mama dunia dan akhirat! Hancur hati Mama tak terkata bila orang kata macam tu.

Tapi Mama yakin, Afif bukan bodoh! Afif terlalu PANDAI!

Sayang Mama, Afif Haziq Fiqrullah.

Ajal pasti akan memisahkan kita, cuma kita tak akan tahu bila masanya. Sekiranya Mama yang pergi dahulu, ingatlah bahawa Mama terlalu sayangkan Afif.

Kasih sayang Mama pada Afif dan Aisy sama sahaja. Walau pada mata kasar, mungkin terdapat perbezaan. Hanya ALLAH SWT yang tahu hati Mama.

Ketahuilah juga bahawa Papa dan Adik sayang sangat pada Afif walau dengan cara mereka yang tersendiri. Mereka juga sentiasa mendoakan kebahagian Afif seperti Mama.

Semoga ALLAH memanjangkan usia Afif, menjauhkan segala bala bencana dan penyait yang berbahaya, mendekatkan segala punca rezeki yang halal, melembutkan hati Afif dan yang paling penting memberi kekuatan pada Afif untuk sentiasa mendekatkan diri pada DIA yang satu.

SELAMAT HARI JADI YANG KE 5 SAYANG (^_^)

10 comments:

  1. sayu hati membacanya..namun,itulah isi hati setiap ibu.anak gembira,ibu pun ceria.begitu sebaliknya.kathy pun akan buat sambutan untuk anak2 walau hanya kami anak beranak je yg ada.biasanya potong kek dan makan kfc agenda utama..hehehe...terbang duit abah dan ibu,tapi demi anak2 untuk setahun sekali tak mengapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak, hati seorang mak ni lain. dulu time jadi anak, kurang faham.
      tapi bila dah ada anak sendiri, saya faham setiap tujuan mak dan abah lakukan.
      hehe...makan-makan time birthday memang satu kewajipan
      bagi saya, ianya satu penghargaan atas kehadiran mereka
      tak kisahlah macam mana kita celebrate pun.
      yang penting kecerian diarong, kebahagian kita

      Delete
  2. Happy 5th Birthday Afif.. semoga membesar menjadi anak yang membanggakan ibubapa yer sayang.. =D

    ReplyDelete
  3. saya pun jenis tak mengamalkan sambutan hari jadi just kalau tiba hari tu.. kitorang lagi bini & anak spent time together.. keluar.. shopping & makan2 camtu la.. maybe tu cara kami raikan tp xde masalah la kalau sapa2 suka celebrate dengan majlis.. terpulang pada setiap org. ada cara kita raikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap orang berlainan caranya
      apapun bagi saya, hari jadi anak-anak macam satu
      memori yang saya recall untuk
      setiap jerih payah time melahirkan diorang =)

      Delete
  4. happy belated besday buat afif....semoga menjadi anak yang soleh.,ami n

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni cite tahun lepas punya
      insya ALLAH tahun ni celebrate lagi =)
      terima kasih

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...