Afif & Aisy Kena Potong Rambut! (^_^)
Suatu masa dahulu, Encik suami agak rajin potongkan rambut anak-anak dia. Nak pula rambut Afif dan Aisy jenis lebat dan cepat panjang, memang keraplah kena potong.Sampai ke satu tahap, Encik suami dah tak larat nak potongkan rambut budak-budak ni. Dia bawak ke kedai aje. Senang katanya!
Untuk Aisy, ni adalah kali kedua kami bawa dia ke kedai gunting rambut. Dia diam aje, tak keluar langsung suara. Tukang gunting puji dia baik aje! Mama yang bangga! Hehe!
Cuma tang kepala aje fail sikit. Kepala dia tak berhenti pusing! Toleh sana, toleh sini!
Kalau korang tanya dekat aku, aku lebih suka anak dara aku rambut panjang! Boleh aku dandan dia dengan pelbagai aksesori rambut yang memang ada dalam simpanan aku.
Berbanding dengan Encik suami yang lebih suka rambut anak dara dia yang sorang ni pendek! Dan dalam banyak hal, keputusan pasti memihak pada Encik suami.
Bila Encik suami dok arah tukung gunting suruh pendekkan sana, pendekkan sini, aku dah susah hati. Habislah rambut comel Aisy!
Bila dia dah siap gunting rambut, aku nak tergelak pun ada juga. Kejam betul Papa suruh buat style macam ni. Hilang kecomelan Aisy!
Afif pula kata, "Aisy punya rambut ni kelakarlah!"
Encik suami jawab, "Biar! Rimas tengok rambut dia mengerbang aje!"
Ikut rancangan asal, rambut Afif tak payah dipotong. Belum kategori panjang sangat. Tapi bila dia tengok adik dia kena potong rambut, dia pun nak juga!
"Lah, Afif pun nak juga ke?" tanya Encik suami.
"Rambut Afif dah panjanglah!" jawab Afif sambil memegang rambut dia.
"Yelah-yelah, pergi duduk sana!" kata Encik suami pula.
Semua tadi kitorang kena RM18. Boleh tahan juga dia punya mahal, bagi akulah! Hehe! Biasa kalau hantar kedai Cina, RM5 aje untuk sorang budak.
Tapi hantar kedai Melayu ni, banyak sangat bezanya. Ish kau ni Yana, kata nak tolong bangsa sendiri, pejam mata aje dah lah!
Tak kisahlah, bukan duit aku pun! Hehe!
Yang pasti kecomelan Aisy memang kurang dengan style ni! Oh tidaaaakkkk!
Malam ni kami bercadang nak ke Uptown Shah Alam, tak tahulah jadi ke idak. Cuaca mendung semacam aje! Kalau tak jadi, melepak dekat rumah ajelah jawabnya!
P/S - Isnin ni Aisy dah genap 2 tahun! Besar dah anak dara Mama (^_^)
Wah, tak pernah lagi saya ke uptown shah alam. Mesti best kan.
ReplyDeleteboleh tahanlah bestnya cikgu
Deletewindow shopping pun seronok dekat sini
happening sangat!
cuba sekali sekala ke sini. meriah! especially malam minggu =)
anak-anak comel.
ReplyDeletehehe, terima kasih atas compliment tu =)
Deletealahai..sayangnya rambut aisy kena potong pendek..sebelum tu mcm rambut alia panjangnya kan sis?
ReplyDeletetu lah kak! tension dengan rambut baru aisy ni
Deletedah macam lelaki dah!
papa dia kata sebab aisy ligat dia potong
rambut camtu. kesian katanya
Hehe..pendeknye di gunting
ReplyDeletetu lah, dah tak comel dah!
Delete