Bila Mereka Bergaduh (^_^)

10:32:00 pm Yana Yani 6 Comments

Minggu ni Encik suami kerja petang, so memang aku agak kelam kabut kalau dia tak ada. Kalau ada "big boss" tak adalah riuh rendah sangat bunyi rumah ni.

Ada yang monitor especially time aku tengah masak. Tapi minggu ni, pening! Biasa kalau Encik suami tak ada, aku mula agak lambat masak makan malam.

Aku layan dulu karenah Afif dengan Aisy yang pelbagai ragam. Peluk Afif, Aisy jealous. Peluk Aisy, Afif jealous. Ada sekali tu Afif cakap, "Mama ni tak sayang Abang! Mama sayang Adik aje!"

Padahal layan diorang sama rata aje, ada juga yang jealous. Dah tu macam mana?  

---------------------------------------

Kelmarin nak dijadikan cerita, aku nak mulakan kerja memasak aku. Aku nampak ada satay lebih dalam peti sejuk. Nak buang sayang. So aku bercadang nak buat masak kunyit.

Time tengah kelam kabut tu, aku dengar bunyi Aisy menangis. Aku berlari ke depan. "Kenapa ni? Bergaduh? Abang pukul Adik ye?" tanya aku bertubi dengan sudip yang masih di tangan.

"Adik pukul Abang, Abang pukullah dia balik" jawab Afif selamba. Aku tak sempat bagi responds. Berlari kejab ke dapur takut hangus benda atas kuali. Aisy masih dengan jeritan tangis dia.

Time tengah dok kacau benda atas kuali, aku dengar suara Aisy macam hilang. Macam mulut dia ditutup. Risau! Aku berlari lagi ke depan untuk ke sekian kalinya.

Macam mana Mama diorang tak kurus! Eceh, yang ni perasan! Hehe!

Berbalik kepada cerita aku tadi, aku nampak Aisy dalam dakapan Abang dia.


Rupanya Afif cuba memujuk Adik dia. Mungkin rasa bersalah sebab dia Adik menangis. Macam comel aje aksi tu pada mata aku.

Aku berlari cari kamera. Lari aje kerja aku ni! Hehe! Aksi tu pada aku perlu di rakam untuk tatapan diorang pada masa akan datang.


Kerja memasak yang biasanya boleh dilakukan dalam masa 1 jam, tertunda setengah jam lewat dari biasa. Berjuang betul nak sediakan makan malam time tu.

Kesimpulan dari cerita ni, bila diorang bergaduh Mama pening! Tapi at the same time buat aku tersenyum dengan aksi diorang! Hehe!

Aku sebenarnya nak tayang dekat korang menu aku kelmarin. Hehe!

Aku tak pandai masak hakikat sebenarnya, tapi masakan akulah yang telah membesarkan anak-anak aku dan paling penting perut Encik suami. Hehe!


Tapi Encik suami tak berkenan menu yang dekat atas sebab dia hanya makan benda yang dia biasa makan. So kalau nak masak yang bombastic sikit, dia memang tak sentuh.

Dia lebih rela makan sardin dengan tempe.


Semalam masak ikan bawal ala-ala sweet and sour. Tak berapa jadi. Tapi Encik suami laju aje makan. Semalam aku masak sekejab aje dah siap.

Sebab semalam budak-budak tak ada. Diorang ikut Aki dengan Wan diorang pergi dinner fast food dekat luar. Bila diorang tak ada, rasa sunyi sangat!

Nasib baik sekejab, kalau lama. Gila aku wei!


Hari ni aku tak masak sebab ada pasar dekat dengan kawasan rumah aku ni. Biasanya tiap hari Rabu memang aku tak masak. Beli dekat pasar aje! Hehe!

Kalau Rabu malam, kebiasaannya aku agak free berbanding hari-hari lain. Kebetulan besok aku bercuti sebab ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan.

Besok juga hari jadi ABAH! SELAMAT HARI JADI ABAH! Tak tahu sempat ke tidak nak buat entry khas untuk ABAH!

Kita tunggu dan lihat ajelah ye (^_^)

6 comments:

  1. hehehehhe..memang comel aksi afif dan aisy tu...
    selamat harilahir untuk abah sis..moga sentiasa sihat walafiat dan di lindungi Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...comelkan
      tima kasih kak, amin!
      nanti saya sampaikan pada dia =)

      Delete
  2. Lau tgk mcm tu,nk mrh pn x jd kn.hehe..slmt ari jd utk abh yani..ayah saya arini..

    ReplyDelete
  3. so sweetttt.....pandai abang dia pujuk adik dia sampai senyap.....

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...