Pasar Malam? Apa Kelas! (^_^)

11:37:00 pm Yana Yani 18 Comments

Hari ni hari Rabu! Yes! Aku suka hari Rabu. Kenapa? Sebab hari ni aku punya off day masak! Hehe! Biasanya, eh bukan biasanya tapi memang confirm aku tak akan masak tiap hari Rabu.

Sebabnya aku akan beli makan malam dekat situ aje. Lagipun kalau dah sibuk mencuci segala barang basah yang dibeli, mana dan nak masak kan? Tapi alasan aje sebenarnya. Hehe!

Honestly, pergi ke pasar malam memang rutin aku setiap hari Rabu. Hehe! Dekat pasar malamlah aku mencari segala barang keperluan dapur. Ikan, ayam, bawang, sayur dan yang sewaktu dengannya.

Tapi bila aku cerita yang aku tiap minggu pergi pasar malam, orang pandang aku macam aku ni alien! Habis tu korang beli barang dapur dekat mana? Supermarket? Hypermarket? Black market?

Macam diorang nak cakap, "Apa kelas shopping dekat pasar malam?" Hello! Walau pada korang tak ada kelas, tapi bagi aku ianya sangat eksklusif okay!

Ni aku nak tanya. Ada korang nampak dekat hypermarket orang dok jerit secara live, "Mari, mari! Murah, murah! Dua seringgit, dua seringgit!"

Ada korang nampak orang dok bargain dekat hypermarket? Ada korang dapat tawaran harga murah hanya disebabkan selalu nampak muka korang? Tak ada kan?

Di situlah letaknya nilai ekslusif pasar malam!

-----------------------------------------

Balik daripada pasar, memang banyak benda yang nak dibersihkan. Memang habit aku semua benda basah yang aku beli, aku akan bersihkan dulu. Kang tinggal campak aje dalam kuali!

Time aku tengah dok sibuk-sibuk tu. Encik suami menghampiri aku," Cuba pergi tengok anak sayang tu" kata dia.

Curious, aku ke depan. Aku nampak Aisy dah terlena di atas kerusi urut bersebelahan Abang dia. Afif pula tersengih aje bila nampak kelibat aku.


"Penat agaknya" kata aku pada Encik suami.

Kata-kata hanya disambut senyuman Encik suami. Mungkin mengiakan apa yang aku katakan. Lepas tu, aku menyambung kembali kerja "pembersihan"

Bila semua dah settle, aku ke depan semula. Tapi rumah sunyi sepi aje. Rupa-rupanya budak dua beradik tu dah tidur. Awal diorang tidur malam ni.


Tak sempat nak berbual-bual sangat dengan diorang malam ni. Yang pasti timbunan kain yang tinggi seperti Gunung Everest menuntut aku untuk "menurap" mereka.

Arggghhh, malasnya!

18 comments:

  1. Hihi..saya peniaga psr mlm,low klas ke?? 2 singget mcm mael je bunyinya..upin ipin tu..hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada orang fikir ianya low class.
      hehe, ye betul! memang dok tiru dialog mail. hehe =)

      Delete
  2. kathy gantung kuali tiap isnin sis..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...yang penting kita memang perlu "bercuti" =)

      Delete
  3. Hai. Saya balas kunjungan . Memang best p pasar mlm. Nak beli jeruk dan koeyteow goreng panas2. Tp susah nak cari area rumah Liza ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih =)
      kan...kan pasar malam semua ada
      area rumah saya ni, nak ke pasar malam kena
      berjalan lebih kurang dalam 6 biji rumah dari rumah saya =)

      Delete
  4. bg sy, mane murah, situlah sy serbu, x kisah la pasar mlm ke pasar siang ke, hahaha!
    p/s : sep sikit, kain baju sy pon dah berlonggok dah ni, huhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kalau saya ikut kesengan pula
      niat nak support peniaga melayu =)
      terima kasih follow sini ye

      meh sep! hehe =)

      Delete
  5. Eh apa pulak tak kelass beli barang dapur kat pasar malam...Farah pun suka p pasar malam jugak.. selalunya farah akan borong buah apple fuji.. sebab murah dan fresh! ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya, mentaliti setengah masyarakat tu yang buat
      diorang fikir camtu
      saya memang confirm tiap minggu pergi pasar malam
      segar kan, boleh bargain lagi. tu yang the best part. =)

      Delete
  6. pasar mlm kat cni mahal...
    sbb nsk dekat
    kami borong kat nsk je
    g pasr malam g bl makanan tapau makan kat rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini boleh tahan lagilah harga dia
      jarang beli barang kering dekat hypermarket =)

      Delete
  7. sy pernah jd peniaga di pasar malam...memang murah rezeki tempatnya...org yg membeli pon senang hati..apa nak heran kelas ke tak kelas, ..mak mertua sy lg kellas tau ..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang ramai pergi pasar malam ni
      sebab ianya convenience, pada sayalah! =)

      hehe...kalau camtu samalah mak mentua kita
      ada kellassss gitu! hehe

      Delete
  8. saya dulu suka shopping barang basah kat supermarket jer... sebab time nak beli tak menentu tp barang basah kat supermarket ni kebanyakkan tak fresh.. bila harga dah naik nak pulak asben beralih arah ke pasar malam. memang best membeli belah barang basah kat pasar malam sebab fresh tahan lama & rasa pun sedap bila masak.lagipun anak dah besar sikit senang nak merewang tempat sesak macam pasar malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pernah cik lekit, barang kering aje dekat supermarket
      lain semua dekat pasar malam
      simpan buat stok seminggu aje
      habis beli, sebab tu pergi tiap-tiap minggu =)

      Delete
  9. Ad =a barang yang murah boleh dapat di pasar malam berbanding di pasar raya. Jadi, kena bijak buat pilihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cikgu
      tapi kalau saya, barang basah semua dekat pasar
      murah dan segar
      mungkin adalah mahal sikit here and there
      tapi boleh lagilah =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...