Penyokong Pahang dan Seorang Mama (^_^)

11:20:00 pm Yana Yani 6 Comments

Umum sudah mengetahui keputusan Piala Malaysia malam tadi. Seperti yang aku harapkan, penantian selama 21 tahun Pahang untuk menjulang Piala Malaysia akhir termakbul.

Jaringan tunggal gol perlawanan oleh Matias Ruben Conti yang merupakan penyerang utama Pahang, berjaya mengubat penantian selama ini.

Aku sebenarnya tak dapat tengok 30 minit pertama perlawanan disebabkan hujan lebat.

Terasa sakit hati pula dengan ASTRO sebab menaikkan pakej sukan sehingga RM6 tapi kualiti masih ditakok lama.

Masa aku tengok dah nak habis separuh masa pertama. Dan bila Matias Ruben Conti menjaringkan gol, terjerit juga aku! Yeahhh, goallll! Hehe!

Pahang pasukan negeri kelahiran aku, okay. Mesti kena sokong! Lepas tu senak perut dok tengok Kelantan asyik nak mengasak aje. Tapi rezeki memihak pada PAHANG!

-------------------------------------------

Hari ni aku tak berkerja, menghabiskan cuti tahun. So masa aku habiskan dengan membersihkan segala benda yang patut aku bersihkan.

Penatnya tak terkata. Entah kenapa terasa penat betul buat kerja sendirian hari ni.

Selalu ada aje yang nak membantu. Teringat kalau Afif sihat mesti dia adalah antara orang paling kuat membantu.

Afif dengan Aisy secara dasarnya nampak dah sihat tapi batuk diorang masih kuat. Petang tadi bawa diorang pergi klinik ambil gas.

Malam ni nampak diorang okay, dan tak ada dengar bunyi batuk. Jujurnya aku risau sebab takut peristiwa lama berulang lagi. Encik suami kata aku ni paranoid.

Nak menghilangkan rasa gusar dekat hati aku ni, untuk kesekian kalinya aku cuba menyibukkan diri. Semakkan kepala otak dengan benda apa nak dibuat untuk juadah petang.

Dan untuk pertama kalinya terhasillah karipap hasil dari air tangan aku yang boleh tahan sedapnya. Based on rupa dan taste, masih banyak yang perlu diimprove.

Tapi sebenarnya nampak sangat tuan badan tak pandai masak. Hehe!


-------------------------------------------

Dan Maghrib tadi bermulalah Awal Muharram 1435H dalam kalendar Islam.

Selamat Menyambut Awal Muharram bagi semua umat Islam. Moga tahun ni lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Marilah kita juga berazam untuk mendekatkan diri kepada DIA yang satu. Semoga apa yang kita lakukan mendapat limpah rahmat dari-NYA

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ALLAH SWT berselewat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.

Kami memohon pemeliharaan dari-Mu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepada-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari mereka yang mengasihi dan ALLAH berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka"

6 comments:

  1. salam maal hijrah...
    saya pon xdapat tgk bola tuu sbb hujan lebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam maal hijrah
      saya dpt tgk jgk
      missed 1st half je =)

      Delete
  2. errr nape astro kat rumah aku ok jer... dr awal smp habis aku tgk clear je... hehehehe
    anyway salam maal hijrah yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko punye piring astro mesti telindung
      aku punya dia tadah air hujan okay
      mau tak dapat tgk...hangin aje
      apapun salam maal hijrah =)

      Delete
  3. salam maal hijrah sis...

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...