Pengalaman di Pusat Servis Proton (^_^)

9:54:00 pm Yana Yani 4 Comments

Pengalaman di Pusat Servis Proton | Sabtu baru ni aku, Encik suami, Afif, Aisy dan Anis menemankan Angah untuk servis kereta proton yang belum pun sebulan dia pakai. Angah memang dah lama dok booking kami laki bini suruh temankan dia untuk servis 1000km yang pertama. Tapi time tu dah lebih dah, tak ingat pula berapa. Hehe!

Sebenarnya ni adalah pengalaman pertama aku ke mana-mana pusat servis. Kira first time dalam tempoh tiga dekad aku menghirup udara di atas muka bumi ALLAH ni. Macam mana rupa pusat servis pun aku tak pernah tahu, tapi ada juga terbayang kekotoran di situ. Hehe! Bila Encik suami setuju nak ikut Angah, jujur aku excited!

Kitorang keluar rumah tak adalah pagi sangat, sempat juga singgah sarapan di restoran favorite kami. Lepas dah kekenyangan, barulah kami ke Pusat Servis Proton Pantai Bharu. Tanya sana, tanya sini, ada orang suruh kami pergi register dulu. Kalau aku tahu boleh buat appointment, memang dah berzaman suruh Angah buat!

Sempena menunggu Angah dok buat FAQ dekat pusat servis, kami berposing!

Pengalaman di Pusat Servis Proton
Pengalaman di Pusat Servis Proton
Pengalaman di Pusat Servis Proton

Tak lama lepas tu Angah datang beritahu yang kitorang kena tunggu sejam lebih. Angah suruh kitorang duduk dekat ruang menunggu yang disediakan. Belum pun panas punggung, ada kakitangan di situ datang menghidangkan kami secawan milo panas dan biskut. Sebenarnya aku tak sangka air tu panas tahap gaban.

Aku minum sikit, tak rasa panas. Bila aku bagi Aisy, dia menjerit! Barulah aku tahu bahawa air tu panas sangat! Tak pasal-pasal melepuh lidah Aisy. Kesian anak Mama. Tapi tak lama lepas tu dia main balik dengan Acu dan Abang dia. Kebetulan Afif memang selalu bawa mainan dia ke mana aje kitorang pergi. Especially kalau mainan tu masih baru.

Apa lagi, diorang buat pula macam rumah sendirilah! Riuh pusat servis tu dengan suara diorang bertiga aje! Main pula Ultraman dengan raksasa, ambil kau!

Pengalaman di Pusat Servis Proton

Sebenarnya aku tak perasan berapa lama kitorang menunggu sebab aku leka dok tengok TV. Tapi sebenarnya aku tak pakai jam! Hehe! Dulu aku pernah terbaca yang masa akan cepat berlalu kalau kita jarang tengok jam. Tapi kalau kita dok kerap tengok jam, masa tu terasa lambat berlalu! Fakta tu!

Bosan tengok TV, aku cari majalah yang boleh dibaca. Terjumpa Cleo! Time zaman muda belia dulu, aku selalu beli Cleo ni. Siap subscribe lagi! Kononnya nak menambahkan kemahiran berbahasa Inggeris. Kononlah! Hehe! Aisy pun aku bagi buku juga sebab dia dah menunjukkan tanda-tanda kebosanan. Nasib baik dia tak buat perangai sangat.

Pengalaman di Pusat Servis Proton

Tak lama lepas tu, kereta Angah siap diservis. Aku tak ingat berapa Angah kena bayar, tapi memang dalam RM100++. Time Angah nak bayar, aku terdengar seorang pakcik dekat pusat servis tu bising-bising. Tapi aku tak berapa dengar punca dia marah, mungkin ada kaitan dengan charges.

So moral of the story, standby duit lebih bila pergi pusat servis. Dalam dunia sekarang, tak istilah benda free! Daun pisang nak buat kuih pun kena bayar, ni kan pula pergi servis kereta! Paling penting tanya dulu sebelum buat apa-apa. Confirm selamat! Lagipun kalau kita malu bertanya, nanti sesat jalan! Lagi naya kan? Betul tak betul?

So begitulah pengalaman aku di pusat servis proton. Sekian, terima kasih! (^_^)

P/S - Perasan tak aku pakai watermark baru? Hehe! Aku suka sangat! Terima kasih pada yang design. Pencipta watermark ni tak bagi aku reveal siapa dia. Katanya masih dalam stage of learning! (^_^)

4 comments:

  1. Jgn kata daun pisang,nk buang air pn kena byr daa~~:D

    ReplyDelete
  2. kelakar pulak posing afif mcm tu sis..hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia yang beria-ria suruh saya ambil gambar dia
      time tengah buat pose gitu =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...