Semangat Membaca (^_^)

11:32:00 pm Yana Yani 11 Comments

Aku sebenarnya seorang yang minat membaca. Cuma semenjak dah mendirikan rumah tangga, aktiviti membaca aku semakin terbatas.

Ditambah pula dengan kemunculan dua permata hati yang membataskan minat aku tu. Kebanyakkan masa aku dihabiskan dengan melayan karenah mereka.

Aku tak ingat bila kali terakhir aku membeli buku untuk diri aku sendiri. Aku rasa hanya Kosmo! yang aku tak pernah ketinggalan beli. Lagilah sekarang harga dia RM1 je, memang menjadi pilihan!

Tapi untuk anak-anak, aku memang agak kerap belikan mereka buku-buku. Aku akan cuba cari masa untuk membacakan buku yang aku beli.

Biasanya aku bercerita siap dengan aksi! Terhibur rasa hati bila tengok diorang ketawa dengan aksi aku berdasarkan cerita yang diceritakan.

Kebelakangan ni, mungkin disebabkan peningkatan usia. Aku mula terasa takut dengan kematian. Aku juga menyedari bahawa kami suami isteri agak kurang menyerapkan Islam dalam kehidupan seharian.

So timbul kesedaran bahawa aku bertanggungjawab membentuk jati diri anak aku dalam memahami ajaran Islam yang betul. Mungkin belum pada tahap sempurna, tapi aku mencuba.

Aku mulakan dengan membeli buku-buku yang memberi ajaran mengenai Islam dalam cara yang tersendiri. Aku jumpa Ana Muslim.

Bila buku-buku tu sampai tadi, aku betul-betul teruja untuk membawa ianya pulang. Tak sabar melihat reaksi Afif dan Aisy dengan buku baru diorang.


Dan sangkaan aku betul apabila diorang asyik minta aku bacakan buku-buku baru diorang. Sampai aku nak masak pun susah tadi. Keterujaan diorang menambah semangat aku!


Bagi aku, tiada apa yang lebih bermakna dengan keceriaan anak-anak. Diorang ceria, confirm aku pun ceria! Masing-masing bersemangat membaca walau dengan cara yang tersendiri.

Aisy tu pula tengah seronok dengar cerita Abang dia dalam versi dia sendiri. Afif mengulang cerita yang aku ceritakan berdasarkan gambar.

Dia belum boleh membaca, tapi bersemangat! Itulah yang aku inginkan!

Semoga minat mereka akan berkekalan sehingga mereka meningkat dewasa. Hatta sehingga ke akhir hayat! Ilmu hanya boleh diperolehi dengan membaca!

Membaca adalah jambatan kepada segala ilmu. Jadi, mari membaca! (^_^)

P/S - Pn Kathy Rbain, bookmark dah selamat tiba. Terima kasih daun keladi, lain kali bagi lagi ye (^_^)

11 comments:

  1. hehehehe..ada juga nama kathy terselit di situ yer?syukur dah sampai...mana tak tumpah kuah,kalau mak dia minat membaca sure anak2 pun ikut sama..lagipun seronok membaca ni,cuma waktu jer terbatas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tak apa, bagi penghargaan sikit
      betul jugak kan, tak terfikir pula =)
      mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi ye dak? =)

      Delete
  2. Tiada yang terlambat, ilmu dunia dan akhirat perlulah seimbang.
    Melentur buluh biarlah dari rebungnya, jgn kedekut dan berkira. Semoga ianya berhasil dan berjaya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas kata-kata semangat tu =)
      saya terasa bersemangat bila ada yang menyokong
      terima kasih juga sebab singgah sini saudara BM

      Delete
  3. mmg bagus terpkan minat membaca kat anak2 ni..

    ReplyDelete
  4. saya sebenarnya baru tahu kewujudan dia
    ketinggalan sungguh =)

    ReplyDelete
  5. saya pun suka belikan anak anak buku2..dah de koleksi kisah kisah nabi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka beli
      tapi ni first time beli buku koleksi
      kisah nabi =)

      Delete
  6. bagus la kecik2 dh bg baca buku2 sejarah nabi, dpt diorg kenali nabi awal2....

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...