Bila Aisy Memasak! (^_^)

11:41:00 pm Yana Yani 10 Comments

Sepatutnya cerita ni semalam aku dah publish. Tapi aku terlalu sibuk! Dan bila aku dah sibuk, aku jadi penat! Dan bila aku dah penat, aku terus tidur! Hehe! (^_^)

Kita teruskan aje dengan cerita yang sepatutnya diceritakan ye. Kang kalau aku dah membebel panjang-panjang, kebosanan pula korang. Hehe!

---------------------------------------

Memang dah jadi rutin aku, balik aje kerja terus pergi ambil Afif dengan Aisy dekat rumah Mak yang tak berapa jauh dari rumah aku. Lepas tu terus bergegas balik rumah.

Rehat kejab sambil layan Afif dan Aisy dengan cerita mereka. Kadang tudung pun aku tak sempat buka, even nafas tak sempat ditarik bila masing-masing minta perhatian.

Aku tetap melayan walau penat macam mana pun, bimbang mungkin tiada lagi esok untuk aku. Biasa aku peruntukkan lebih kurang 1 jam untuk mereka sebelum aku memulakan tugas memasak pula.

Memasak bukan satu pekerjaan yang aku suka. Disebabkan terpaksa aku tetap lakasanakannya. Hehe! Encik suami seorang yang suka makan di rumah. Tak kiralah sedap ke tak, dia bedal juga!

Semalam dia masih lagi MC. Dia tak sihat, tapi masih mampu fetch aku. Bila aku tanya dia dah makan ke belum, dia jawab belum sebab tunggu aku balik masak. Wah, terharunya!

Jadi aku bercadang nak masak masakan yang mungkin boleh bagi pencetus selera dia. Time aku tengah kelam kabut dekat dapur, aku dengar bunyi plastik diramas.

Lepas tu aku nampak ada tangan kecil sedang berusaha mengambil periuk yang tersusun kemas di rak pinggan. Tak lama lepas tu, dengar pula bunyi periuk diketuk-ketuk.

Aku malas nak ambil peduli sebab aku takut lambat Encik suami lambat makan. Tapi bunyi tu makin lama makin kuat! Aku toleh, nampak Aisy pun tengah sibuk memasak!


Dia masak puding roti, okay! Hebat kau ye!

Aku jenguk ke ruang tamu, Encik suami dan Afif dah lena dibuai mimpi. No wonder budak seorang ni buat benda yang bukan-bukan. Rupanya dia tak ada kawan!

 

Siap boleh suruh aku rasa tu!

Dapur aku dah macam tongkang pecah! Nak marah, tak ada mood!

Hakikatnya hati terasa panas dengan roti yang diterabur satu rumah. Tu belum masuk segala macam besen dan periuk yang berteraburan!


Fine! Aisy, you do lah what you want to do! Kalau Mama dok layan amarah Mama ni, memang tak akan siap kerja memasak!

Lagipun time tu aku tengah dok kelam kabut masak lemak. Kang kalau pecah minyak, lagi tak best! Mujur masak lemak aku CANTIK! Hehe!

Masak lemak memang kepakaran aku! Mana taknya, kalau dah dalam seminggu sampai 2 ke 3 kali masak lemak aje! Nak buat camne, dah Encik suami punya favourite dishes!


So bila dah siap masak, aku suruh Aisy ke depan. Kerja mengemas pula terpaksa aku lakukan. Extra task malam tu. Bila dah puas hati dengan kebersihan rumah, aku nak ajaklah diorang makan.

Tapi semua dah tidur! Habis, siapa nak makan lauk banyak-banyak ni? Terpaksalah aku jadikan lauk tengahari aku hari ni! Nak buang sayang!



---------------------------------------

So begitulah ceritanya bila Aisy memasak, Mama yang kena kemas! Hehe!

Alright korang, aku nak beradu pula ni. Besok ada sukaneka dekat sekolah Afif. Aku yang excited sangat ni! Nak kena simpan tenaga lebih, besok nak kena jadi tukang sorak! Hehe!

Insya Allah, panjang umur aku akan ceritakan acara sukaneka tu malam esok. Tunggu ye! (^_^)

10 comments:

  1. akak, nak tak pegi dengan ima esok ke bengkel tu?? plis3x.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tima kasih invite, tapi tak boleh yang oi
      esok anak akak ada sukaneka =)
      sori ye

      Delete
  2. terkesan pulak d hati sy dgn statment akak yg ni "Aku tetap melayan walau penat macam mana pun, bimbang mungkin tiada lagi esok untuk aku."
    terasa.tersindir jap.kdg2 kalau penat, mls gak nk layan anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada niat nak menyindir ima oi...hehe
      akak memang gitu, penat camne pun memang layan diorang
      mati tu pasti, manalah tau kan
      tak ada menyesal tak sudah nanti =)

      Delete
  3. hehehe..sama je la kerja dengan alia..kerja memasak..alat2 kuih kathy semua di kerjakan nyer..lepas tu mula kathy atau abahnya jadi tukang kemas..kelakar..tapi budak nak pandai layan je la...semua dia nak cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan...tapi budak perempuan lan kan
      memang secara azali suka buat benda camtu
      kelakar...hilang penat sebab diorang

      Delete
    2. tapi kathy memang respek dengan sis sebab entri2 sis ni memang tunjukkan sangat sis ni seorang ibu penyayang..sis,dah terima bookmark kathy tu?

      Delete
    3. semua ibu penyayanglah pn kathy
      mana ada ibu tak penyayang =)
      belum dapat lagi, hari tu saya bagi alamat opis
      nanti isnin saya tengok
      apapun tima kasih ye =)

      Delete
  4. alolo...rajinnye aisy nak tolong ibu die masak

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...