Hadiah Dari Syurga (^_^)

11:33:00 pm Yana Yani 8 Comments

Malam ni aku rasa agak lapang sikit. Mungkin hari ni cukup rehat jika nak dibandingkan dengan semalam. So remote control memang aku pegang malam ni. Hehe!

Lagipun Encik suami dah terkena tempias virus. Anak-anak dah sihat, dia pula yang demam. Tapi nak pergi juga tu. Muka dah macam orang meroyan pun ada hati nak kerja. Hopefully dia boleh bertahan.

So berbalik kepada cerita aku pegang remote tadi, time dok tekan remote tu terbaca sinopsis cerita dekat TV9 yang buat aku rasa nak tengok. Very interesting!

Tajuk cerita dia Hadiah Dari Syurga. Aku agak feeling juga dok tengok cerita ni yang memang menggambarkan realiti sebenar masyarakat kita hari ni.

Pernah dengar lagu daripada Raihan, Iman Mutiara? "Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa. Ia tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai"

Mesej yang cuba dibawa oleh cerita tu adalah lebih kurang sama dengan lirik lagu Raihan.

Ia mengisahkan tentang bagaimana seorang imam bernama Wazir lakonan Datuk Jalaluddin Hassan yang mengahadapi kesukaran mendidik anak sulung dia Rania lakonan Ana Dahlia.

Rania terpesong sehingga melahirkan anak luar nikah tanpa pengetahuan ahli keluarga. Lakonan Fahrin Ahmad sebagai Ustaz Hafiz menjadi rencah yang menarik dalam cerita ni.

Apapun penhijrahan Rania selepas melahirkan Amani benar-benar menyentuh hati aku seorang Mama. Bagaimana anak yang pernah cuba dibuang, menjadi sesuatu yang amat berharga dan disayangi.

Aku percaya mereka yang pernah buang anak menghadapi dilema yang sama seperti Rania. Sama ada kita tahu ataupun tidak, paling banyak buang anak tu orang MELAYU beragama ISLAM!

Persoalannya KENAPA? Sebab orang kita terlalu mudah menghukum! Orang yang berada dalam situasi macam ni umpama sebuah perahu yang berada di tengah lautan.

Perahu tu jadi tak tenteram bila dilambuk ombak, tak tahu mana dan macam mana. Fikiran diorang jadi tak tenteram, otak jadi buntu dan pendekatan paling mudah adalah melupuskan bukti.

So jangan MENGHUKUM! Betul, memang MALU tapi adakah kita lebih rela menanggung dosa dari rasa malu? Bukankah kita bersubahat sebab membunuh?

Jadi kepada semua yang membaca, hulurkan tangan korang dan bantulah mereka.

Siapa kita untuk menghukum mereka sebab SYURGA atau NERAKA itu adalah rahsia ALLAH. Kita tak tahu mungkin dia yang pernah buang anak atau terlanjur tu adalah salah seorang ahli syurga.

Atau darjat mereka lebih tinggi di sisi ALLAH berbanding kita. Kita tak akan tahu sebab semua tu rahsia ALLAH SWT. So don't judge!

Apapun Afif dan Aisy merupakan hadiah dari syurga buat aku. Mereka teramat suci sebab tu kanak-kanak seperti mereka digelar insan tak berdosa.

Peringatan untuk diri aku sendiri, SAYANGILAH dan BIMBINGLAH mereka kerana mereka adalah amanah ALLAH SWT

8 comments:

  1. betul tu.. setuju.. x kisahlah anak tu dr mana asal usulnya yg pasti anak tu amanah Allah... bkn salah anak tu nk lahir gitukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...amanah ALLAH pada kita
      tinggi tanggungjawab kita ni
      betul, mereka tak minta dilahirkan ke dunia
      mana tahu walau bukan dari hubungan yang sah
      tapi diorang punya darjat lagi tinggi disisi ALLAH

      kita tak tahu kan =)

      Delete
  2. x semua yg nak anak dikurniakan anak. Bukti anak tu anugerah Allah. Pada yg dpt anugerah Allah ni jagalah sebaiknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...tu antara salah satu rahsia ALLAH
      yang tak mahu anak, mudah aje dapat
      tapi yang betul-betul nak anak, tak ada rezeki

      semoga dipermudahkan =)

      Delete
  3. sangat2 bersetuju sis...anak2 bukan milik kita,tapi amanah dari Allah untuk kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul
      bila-bila pun ALLAH boleh ambil balik
      tiada apa dalam dunia ni adalah hak milik kekal kita =)

      Delete
  4. Setuju sgt2.. kita kena bg support supaya mereka yg dh tersilap langkah tue dapat kembali ke pangkal jalan dan bertaubat atas semua kesilapan mereka.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...kalau kita tak tolong
      diorang akan bertambah silap langkah

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...