Islam: Mari Bersatu (^_^)

11:22:00 pm Yana Yani 5 Comments

Setiap hari Isnin memang aku biasanya bertapa depan TV sebab nak dengok dokumentari kegemeran aku, Majalah 3! Siaran dia dah berubah. Bagi aku ianya amat sesuai!

Majalah 3 merupakan dokumentari yang paling lama bertahan di TV3 sejak 1985. Bagi aku rancangan ni sentiasa mengupas isu-isu yang dibentangkan dengan cara yang menarik.

Malam ni mereka membawa penonton ke Aleppo, Syria.

Umum mengetahui konflik yang melanda Syria. Kalau tanya dekat aku apakah pencetus konflik? Aku jawab disebabkan pemerintah yang kejam dan hanya mengejar kemewahan dunia semata!

Jujur aku amat membenci Bassar Assad. Dia manusia yang bertopengkan syaitan! Apa yang dipaparkan di skrin TV tadi menambahkan lagi kebencian aku pada dia.

Mungkin simpati sahaja tidak mencukupi dengan nasib yang menimpa rakyat Syria. Kebahagian mereka telah diragut. Perasaan untuk rasa selamat di dalam negara sendiri sudah pudar.

Apa yang aku lihat buat aku rasa bersyukur dengan keamanan di MALAYSIA.

Kalau aku di tempat mereka, belum tentu aku mampu melaluinya. Sebagai contoh seorang bapa bernama Hassan merayu hospital merawat anak lelaki tunggal dia.

Isteri dan anak perempuan dia sudah meninggal dunia tak berapa lama dahulu akibat serangan bom. Hospital tempat anak dia dirawat tidak mempunyai keperluan yang mencukupi.

Tapi mereka cuba membantu semampu mungkin. Tangisan seorang bapa yang takut kehilangan satu-satunya anak yang tinggal membuat hati aku ni sayu. Entah berapa kali aku menangis.

Seolah-olah memahami walau hakikatnya beban yang saudara Hassan hadapi terlalu berat untuk dipikul. ALLAH lebih menyayangi anak dia. Inalillahi wainalilahi rojiun

Kebanyakkan rakyat Syria  masih mampu mengukirkan senyuman. Walau rumah, hospital dan pelbagai bangunan sekeliling musnah akibat serangan bom atau bedilan peluru.

Runtuhan yang masih distabil dijadikan rumah untuk berlindung dengan berbumbungkan kanvas. Bekalan air dan elektrik dicatu. Makanan juga tidak mencukupi. Ada yang mati kerana kelaparan.

Ada seorang yang ditemuramah buat aku terpegun dengan kata-kata dia. Aku lupa nama dia. 
"Biarlah rumah kami musnah, biarlah anak-anak kami mati dan biarlah kami kehilangan duniawi. Ianya tak akan merubah pegangan kami. Kami berharap apa yang terjadi pada Syria menjadi pedoman untuk semua saudara Islam kami di luar sana. Penyatuan kita akan melenyapkan semua sengsara"
Kata-kata tu mungkin bukan yang exactly yang dikatakan, tapi adalah berdasarkan apa yang aku ingat. Mesej dia mungkin tak berbeza dari yang asal. 

---------------------------------------

Umat Islam sebenarnya kuat. Terlalu KUAT! Sebab tu pelbagai agenda dilakukan oleh musuh Islam untuk mengelakkan penyatuan umat Islam samaada kita sedar atau tidak.

Tak payah pergi jauh, tengok di Malaysia sahaja. Apakah punca pecah belah Islam di Malaysia? POLITIK! Sebab terlalu taksub dengan politik, kita ROBOH!

Itulah yang berlaku hampir di setiap negara Islam di dunia ni! BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH!


Adakah kita belajar sesuatu daripada apa yang berlaku kepada saudara-saudara seagama kita di seluruh dunia? Tepuk dada, korang akan jumpa jawapannya.

5 comments:

  1. kita sebagai org Islam memang kena bersatu hati supaya bangsa lain tak perkotak katikkan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. islam sebenarnya kuat, cuma masalah yang melanda
      dalam dunia islam hari ni ialah tiada penyatuan.

      Delete
  2. betul!
    bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
    apapun terima kasih singgah ye diana

    ReplyDelete
  3. berul sis..islam agama yang terlalu kuat,cuma kita yang tak menyedari atau buat2 tak tau.sedih lihat perpecahan di kalanagan muslim begini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayangnya bukan semua yang beragam islam menyedari
      kekuatan agama yang mereka anuti
      tapi dalam al quran ada mengatakan bahawa satu hari
      nanti semua umat islam akan bersatu

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...