Afif dan Dinosaur
Afif dan dinosaur seolah dua perkataan yang tak boleh dipisahkan pada ketika ini. Pada usia seawal tiga tahun dia sudah mula menunjukkan kecendurangan minat terhadap dinosaur.
YY tak berapa ingat bagaimana ianya bermula tapi yang pasti ianya bermuka sejak dari dia masih bayi YY dah dedahkan dia dengan rancangan berbentuk dokumentari seperti Discovery Channel.
Pada usia tiga tahun apabila ditanya apakah cita-cita dia bila besar nanti, dia dengan yakin menjawab archaeology. Masa dia cakap tu, YY sendiri garu kepala (^_^)
Walau kurang memahami pada mulanya, YY sedaya upaya memberi dia banyak galakan.
YY cuba dedahkan dia dengan lebih banyak maklumat mengenai dinosaur. Malahan apa sahaja bahan mengenai dinosaur akan YY cuba adakan hanya untuk insan bernama anak.
So apabila YY tahu tak lama dahulu Pusat Sains Negara mengadakan pameran Dinosaurs Live, YY adalah manusia paling teruja sebab tak sabar nak tunjukkan dinosaur bersaiz sebenar pada Afif.
Kami pergi sampai tiga kali! Kali pertama kami pergi dah terlalu lewat. Kami tidak dibenarkan masuk. Mujur ada patung dinosaur di luar Pusat Sains Negara. Cukup untuk memujuk Afif (^_^)
Kali kedua Afif sangat teruja, begitu juga YY.
Malangnya masuk aje ke bahagian pameran, Afif meraung dan menangis. Tak sangka yang dia terlalu takut apabila berjumpa dengan dinosaur secara live.
Masa gambar di bawah ni diambil, cukup kuat dia meronta sambil dok jerit, "Afif nak balik! Afif nak balik! Uwaaahhhhh!!"
Papa time tu nampak cool aje memegang kemas anak dia yang meronta. Siapa tahu perasaan sebenar dia yang mungkin geram dengan kelakuan si Bujang. Hehe!
Kali ketiga kami pergi adalah kerana memenuhi impian Mak YY yang teringin juga merasai pengalaman melihat dinosaur. Seperti kali kedua, Afif masih lagi meraung.
Bila ditanya kenapa dia meraung, dia jawab, "Afif takut dengar suara dia. Afif tengok dekat TV, dinosaur tu boleh makan kita. Afif takut dia makan Afif"
Selepas kejadian tu, memang tak pernah lagi menghadiri mana-mana pameran dinosaur walau ianya berdekatan. Tapi ianya berubah apabila dia semakin besar.
Dia mula sedar yang dinosaur dah pupus. Malahan dia sendiri yang menerangkan benda yang dia tengok di pameran hanyalah patung yang dihidupkan menggunakan mesin.
Kebetulan ketika kami ke Bukit Bendera tak lama dahulu, ada pameran dinosaur. Walau patung dinosaur tak sebanyak di Pusat Sains Negara, keterujaan Afif diluar expectation YY.
So sejak dari hari tu, apa sahaja melibatkan dinosaur adalah sesuatu yang sangat mengujakan dia. Dapat melihat hanya sekeping gambar dinosaur sudah membuatkan dia terlalu gembira.
Koleksi dinosaur dia pun bertambah dari hari ke sehari. Duit raya dia baru ni pun dia gunakan 10% untuk membeli dinosaur. Bangga sangat bila dapat menambahkan koleksi dia.
Dan kerana minat dia ni jugalah kami sekeluarga dijemput menghadiri tempat yang sememangnya telah lama kami rancang untuk pergi. Cuma belum berpeluang ke sana.
Rezeki Afif dan juga semestinya minat dia merupakan antara faktor utama peluang ini berjaya diperolehi. Ke mana destinasi kami akan pergi akan YY dedahkan kemudian.
Yang pasti YY sangat excited dan begitu juga Afif.
Gambar dekat bawah ni, dia suruh YY letakkan di blog sebagai tatapan korang semua dan juga siapa tahu dia sendiri di masa akan datang.
Terasa kelakar bila teringat dia memberi arahan posisi mana gambar dia bersama dinosaur elok di ambil. Bajet model katanya. Hehe!
Yang pasti, YY seperti mana-mana Mama di dunia ni. Tiada apa yang lebih menggembirakan di dalam dunia ini apabila melihat anak gembira. Betul tak?
Kegembiraan mereka adalah pencetus untuk kita terus gagah menjalani hari mendatang. Sebab tu sebagai seorang anak, jangan diragui langsung pengorbanan seorang ibu ataupun bapa.
Rasanya cukuplah bebelan YY untuk hari ni. Yang pasti tak sabar nak tunggu weekend. Sangat excited! Kemudian YY ceritakan ye (^_^)
Till we meet again, Assalamualaikum.

Ye tak ye juga YY bunyi dinosaur tu kan mengaum semacam, apa lagi dlm bangunan itu yg buat Afif meraung takut. Kakak pun seram bila melihat kepala patung dinosaur tu gerak-gerak hihi...
ReplyDeleteYang dekat Pusat Sains tu, dia bukan takat berbunyi
Deletebergerak sekali kak...mungkin sebab tu dia takut sangat
lagipun dia kecik lagi time tu...sekarang insya allah dia ok =)
sukanya
ReplyDelete=)
DeleteNampak sekali perubahan minda si Afif nih. Mungkin semuanya hasil dari ilmu yang dia dapat dari pembelajaran dan informasi tidak formal.
ReplyDeleteNampak real bentuk dinasor tu...tidak hairanlah kalau budak2 kecil takut!
betullah tu BM. dekat sekolah pun ada juga terselit bab dinosaur ni
Deletedulu masa kecik dia memang takut, tapi sekarang tak takut dah
aisyah ajelah yang takut =)
banyaknya patung dinasour..betul2 peminat tegar si bujang ni
ReplyDeleteboleh tahanlah banyaknya tu kak yan
Deletenak kata tegar tu idak, tapi memang dia minat =)
oh.. ke manalah hala tujuan tu agaknya.. ;)
ReplyDeletejeng...jeng...jeng =)
DeleteAnak makin membesar..
ReplyDeletealhamdulillah MKL =)
Deletebudak memang cepat tangkap otak mrk . klu didedahkan dgn benda baik , jadi baiklah dia . seumur 3 thn dah blh pasti apa cita2 tu mmg hebat . dah blh belikan display cabinet utk simpan koleksi dinasour dan ultraman nya tu ... tunggu cerita next entry lah ...
ReplyDeleteafif jenis budak yang tangkap sesuatu benda melalui visual
Deletesebab tu apa sahaja berbentuk visual, dia senang faham
ada bercadang nak beli lepas tu fikir, takut malaikat tak masuk
in the end semua masuk dalam drawer aje =)
semoga minat afif akan menjadi sesuatu berguna untuk dia n masyarakat.. macam kelakar je kan nangis nampak live.. tgk dlm TV lain, depan2 gerun..
ReplyDeleteinsya allah, itulah harapan saya sebagai mama shida
Deletetulah pasalnya, kalau bercerita mungkin main lagi
sekali jumpa...takut plak =)
Uish... jarang nak jumpa budak kecik yg minat dinasour ni... mcm anak2 saya sendiri pun lebih suka kumpul hero2 dr rancangan kartun yg ditonton... ultraman la... robocar poli la... hm... bagus juga minat afif lain pg yg lain...
ReplyDeletetulah pasalnya, sebab tu bebudak lain anggap dia pelik
Deletedia bukan tak minat ultraman, sangat minta. tapi kalau diberi pilihan
mana satu yang dia nak miliki, mesti dia pilih dinosaur...
assalam
ReplyDeleteYY
afif takut dinosaur makan afif ye hihi
comel je kan masa afif bagi jawapan tu..
walaikumussalam cik su
Deletehehe...tulah pasalnya
jawapan bebudak cik su =)
Suka pula tgk si Afif ni cenderung kat dinasour :)
ReplyDeletetu yang ramai orang pelik dengan minat dia
Deletekegembiraan anak, kegembiraan kita.
ReplyDeletedia pun suka sesuatu yg elok.
tak kisah diikutkan YY...
good boy :)
hehe...mana boleh dipenuhi
Deletekita penuhi kan aida kan =)
akak pun pernah pergi ke pameran dinosour kat pusat sains tu...hehehe, memang menakutkan la bagi budak2 bila dengar suara dinosour dlm tu,adam pun takut..
ReplyDeletebetul yana, bila anak2 suka mak-mak ni pun tumpang gembirakan...
best kan kak...tapi rasanya dah lama ni
Deletemesti adam kecik sangat time tu
tulah namanya mak kan kak =)
Dalam pada minat minat kat Dinasour tu rupanya takut ek hihi....
ReplyDeleteIbu mana yang tak happy tengok anak happykan YY...Moga impian Afif nak jadi Archeology akan tercapai satu hari nanti ....Bolehlah mama buat modal masuk blog kan...hihi
tulah pasalnya. boleh pula takut
Deleteaaminn...
tak tahulah selama mana berblog ni, tapi pastinya buat mama dia bangga =)
Sangat rare bila seorang budak yg masih kecil pasang impian nak jadi arkeologi.. hehe.. semoga impian afif menjadi kenyataan.. :)
ReplyDeletemungkin pendedahan buat dia cakap camtu
Deletesekarang tanya dia kata nak jadi polis plak =)
aaminnn...
waaa...byknye koleksi dinosour dia....hihihi
ReplyDeletesikit aje ni
Deleteada orang lagi banyak =)
Kalau tengok tarikh entri ni ditaip, Jumaat minggu lepas tu, YY. So, hujung minggu dah lama berlalu, dah masuk hujung minggu baru dah, apa cerita seterusnya? Teruja juga ni nak tau pergi mana!
ReplyDeleteBaguslah Afif dari kecil dah tau nak jadi archaeologist. Senang nak pupuk minat. Takut pada dinosaur pun dah habis keluar dari badan, takda hal punya lepas ni nak mengkaji segala tapak tempat dinosaur tertimbus dek kepupusan :)
Sebagai emak, memang kitalah yang selalu propa lebih kasi up semangat anak-anak supaya mencapai impian. Kalau tak kita, siapa lagikan, YY. Nak harap bapak-bapak, time terima penghargaan jerk depa muncul ~_^
hehe...belum sempat nak mengadap PC lagilah MD
Deletelagipun kurang sihat ditambah dengan MALAS. tu yang payah u
nanti ye...mesti cite punya. lambat dengan cepat aje =)
tapi tu dulu aje. sekarang dia dah berubah.
biasalah, mesti akan berubah cita-cita ikut peerkembangan usia dia kan
betul! saya setuju sangat tu! =)
memang mak-mak yang kadang propa melampau kan..hehe
Sya xpelik afif suka dinosaur. Normal rasanya. Heheh .. dlu saya pun suka jga tapi satu hari dapat tahu dino dah berabad kurun pupus sya suka benda lain pula. Kecik2 cita2 dah gempak macam itu,bukan perli tau kak..gehehe.. kagum ja dgn afif.
ReplyDeletemungkin sebab kamu pun minat kot...hehe
Deletemanalah tahu satu hari nanti cita-cita dia tu tercapai kan
bolehlah mama dia tumpang gembira =)
Seronok afif dgn dinosaurnya..
ReplyDeletedia dengan dinosaur memang gitulah kak =)
DeleteTakut tapi suka. Masa gi tgk dino kat avenueK haritu my anak dara menangis takut. Memula masuk jer lah. Pastu ok.
ReplyDeletehehe...tulah pasalnya
Deleteanak dara saya gitu juga fiza
masa dekat pasir tu aje yang dia seronok =)
byknye dinasour Afif..auntie JM nak satu boleh? nak buat teman tdo
ReplyDeletehehe...tak akan dibaginya JM
Deletemama dia pegang pun dia bising