Tak Boleh Tahan:Part I (^_^)

11:38:00 pm Yana Yani 0 Comments

12 Jan 2013 - Pagi tu selepas mandi, Afif tiba-tiba mengadu gatal-gatal. "Mama, Afif gatal tak boleh tahanlah!" kata dia sambil menggaru seluruh anggota badan. Ada bengkak kemerahan di tempat yang digaru.

Daripada pengamatan dan pengalaman aku, aku mengagak Afif kena Gegata atau Urticaria. Aku mengajak Encik suami ke klinik berhampiran rumah dan doktor tersebut mengesahkan Afif kena Gegata.

Beberapa ubatan diberikan termasuk losyen Calamine. Petang tu Afif kembali aktif seperti biasa dan dia sempat kata, "Bagus ubat doktor tu kan Mama! Afif dah sihat dah!"

Malam tu pun sempat aku bawa dia pergi ke Plaza Alam Sentral, Shah Alam beli laptop baru seperti yang diarahkan oleh Encik suami. Klik sini untuk bacaan lanjut.

------------------------------------

13 Jan 2013 - Kebetulan Dayah dan suami dia, Nuar ada bertandang ke rumah Mak. Disebabkan suami dia "pakar" komputer, so Encik suami minta tolong install kan beberapa barang ke dalam laptop yang baru dibeli.

Sempat lagi bergaya sebelum ronda-ronda dengan Mak De & Ayah Ye

Lepas tu sekali lagi kami ke Shah Alam untuk menghantar hard disk laptop lama ke kedai repair. Kita orang singgah lunch dekat Seksyen 2.

Afif suka sangat makan otak-otak. Aku tak tahu berapa banyak otak-otak dia dah makan hari tu. Tu pun belum kira ABC. Banyak dia makan hari tu!

Petang tu seperti setiap weekend sebelum ni, kami ke rumah Mak Encik suami. Aku perasan Afif banyak diam petang tu. Selepas Mahgrib, kami bercadang nak balik rumah sebelum Afif tiba-tiba muntah. Afif muntah lebih dari 5 kali sampai lembik badan!

Dia mula merengek. Badan dia tiba-tiba panas. Dia juga menggigil! "Mama, Afif sejuk! Jomlah kita balik!" kata dia sambil menangis.  

Dia juga sempat kata, "Afif makan ikan busuk dengan Ayah Ye tadi sebab tu muntah!" Aku hanya tersenyum dengan kata-kata tu dan maklum "ikan busuk" yang dimaksudkan adalah otak-otak!

Malam tu badan Afif semakin panas dan ubat yang diberikan langsung tak memberi kesan. Dia juga tak habis-habis mengadu gatal. Badan dia mula kemerahan.

Aku mula risau!

------------------------------------

14 Jan 2013 - Badan Afif masih panas dan kerisauan aku semakin bertambah! Aku terpaksa bercuti hari tu dan sekali lagi membawa Afif ke klinik yang sama.

"Dia demam panaslah doktor lepas tu benda tu jadi macam halus-halus" kata aku kepada doktor sambil menunjukkan bintik-bintik halus pada badan Afif.

"Gegata ni ada jenis halus. Lepas tu dia memang akan naikkan suhu badan dia. Lagipun dia ada tonsil ni, tu yang buat dia jadi worse!" kata doktor tu panjang lebar.

"Continue makan ubat yang saya bagi kelmarin lepas tu kita bagi ubat demamlah. Saya bagi ubat masuk lubang dubur ye. Panas sangat badan dia ni!" tambah doktor.

Aku dan Encik suami hanya mengiakan. 

Malam tu aku rasa Afif lagi teruk. Dia mula mengadu sakit badan, sakit kepala dan of course gatal-gatal. Badan dia panas sangat dan aku sentiasa lembabkan badan dia.

Teringat doktor pernah kata badan panas boleh sebabkan sawan! Dan once dah kena sawan, tak boleh cure! Aku berjaga sepanjang malam menjaga Afif.    

------------------------------------

15 Jan 2013 - Aku terpaksa pergi kerja juga hari tu walau terasa berat hati meninggalkan anak yang tengah sakit. Beberapa ubat aku bekalkan pada Mak dan aku pesan suruh dia call kalau ada apa-apa.

Di office, fikiran aku lebih banyak di rumah risaukan keadaan Afif. Hati terasa tak sedap aje. Kerisauan aku semakin bertambah bila menerima call dari Mak mengatakan Afif makin teruk!

Hancur luluh bila dengar anak meraung minta tolong. Aku boleh dengar dengan jelas dia meraung, "Afif sakit sangat tak boleh tahan!"

Aku nekad untuk bawa dia ke hospital setelah gagal menghubungi Encik suami. Aku minta Abah dan Mak ambil aku di office dan terus bawa Afif ke hospital. Aku terpaksa half day hari tu.

Sepanjang perjalanan ke hospital, Afif asyik meraung seolah-olah kesakitan yang teramat sangat! Badan dia pun terlalu panas. Badan dia kemerahan dan kulit dia seperti berpasir. 

Sesampai di hospital, aku diarahkan ke zon separa kritikal kerana mereka mensyaki Afif mengalami alergik. Ketika pemeriksaan, aku baru perasan lidah Afif putih semacam.

Afif dikehendaki bermalam di hospital. 

To be continue...

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...