Seronoknya! (^_^)
Entry ni sepatutnya aku post semalam. Tapi tak berkesempatan pula. Lagipun semalam tidur rumah Mak. Macam jauh aje cakap macam tu kan. Hehe!Tapi kami memang dah lama tak tidur rumah Mak. Dekat setahun jugalah! Anyway, berbalik kepada cerita yang aku nak cerita. Semalam Afif ada kelas tambahan.
Nasib baik kelas tak mula pagi sangat macam hari biasa Afif sekolah. Lagipun sekolah semalam pun sekejab aje. Mula-mula tu Afif liat juga nak bangun tapi lepas tu dia semangat aje.
Masa nak ambil Afif dari sekolah, Encik suami tiba-tiba ajak keluar sebab hari tu dia cuti. Aku pun macam orang mengantuk disorong bantal, terus kata okay.
Anis pun kita orang ajak sama. Biasa nak kemana aje, memang Anis akan diajak sebagai peneman Afif. Afif kalau tak ada Acu dia, bising!
Destinasi? Mana lagi, Taman Tasik Shah Alam! Tempat paling sesuai untuk aktiviti riadah bagi yang dah berkeluarga macam kita orang ni.
Time sampai tu dah nak masuk tengahari, so panaslah sikit cuaca. Tapi budak-budak ni apa yang dia orang tahu bila dah dapat main. Cuma Aisy aje yang tak berapa nak ceria. Dia kurang sihat sikit hari tu.
Masa Encik suami nak belikan aiskrim roti untuk budak-budak ni, aku baru perasan Akuarium dekat sebelah taman ni dah dirobohkan.
Banyak kenangan kita orang dekat situ. Tahu-tahu dah kena roboh dah! Encik suami kata Wet World dah beli tapak tu sebab nak kembangkan business dia orang.
Dengar cerita nak lawan iCity. Aku nampak signboard besar dah pasang nak beritahu pasal dia orang punya new excitement. Macam-macam!
Anyway, berbalik kepada cerita kita orang punya aktiviti tadi. Sebelum main, dia orang makan aiskrim roti. Aku seorang aje yang tak sebab sakit tekak. Aisy pula tengah "angin"
Lagipun aku sibuk buat kerja aku yang paling common sejak dari dulu lagi, "snap" gambar! Gambar sendiri yang kurang sebab dok gila ambil gambar orang lain. Hehe!
First time dia makan "benda" ni, sedap katanya! |
Berlari berkejaran, lupakan segala duka, di kota di desa, di gunung dan laut, berlagu kita berdua |
Seronoknya dia orang ni! |
On the mark, go! |
Apa ajelah budak berdua ni |
Disebabkan cuaca yang semakin panas, kami terpaksa balik awal. Lagipun Aisy tak berapa sihat. Dia banyak merenggek. Sampai rumah pula, Encik suami suruh masak.
Disebabkan tahap kemalasan yang tinggi, aku masak yang simple aje. Lagipun semua bahan ada, tinggal campak aje dalam periuk.
Apa lagi kalau bukan masak sup! Ada orang pernah kata dekat aku, masak sup ni pejam mata pun boleh buat. Kata dialah, aku tak pernah try lagi! Hehe!
Anyway aku nak share sikit satu petua dari Abah. Pernah alami sup yang dimasak masin? Worry no more! Tambah aje kentang banyak-banyak. Kata Abah, kentang boleh serap rasa masin dalam sup tu!
Cubalah try!
Mood aku sekarang ni, bosan sebenarnya! Encik suami kerja malam. Kalau dia ada, boleh juga layan aku punya bebelan ni! Hehe! Besok pula dah kerja! Malas sungguh rasanya!
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿