Ini Sudah Bagus! (^_^)
Pagi tadi sebelum pergi kerja aku tanya Afif, "Afif dah sihat ke belum? sambil mengemas beg baju untuk dibawa ke rumah Wan."Afif *demang lagilah! Cuba Mama rasa, panas kan?" kata dia sambil menarik tangan aku dan meletakan di atas dahi dia. Aku hanya tersenyum.
Petang tadi time ke pasar malam berhampiran rumah, terjumpa cikgu sekolah dia yang serta merta menegur Afif. Kesempatan tu aku gunakan untuk beritahu kesihatan Afif yang kurang memuaskan kebelakang ni.
Disebabkan tu dia tak akan ke sekolah sehingga benar-benar pulih. Cikgu hanya mengangguk tanda faham. Tapi apa yang mengejut selepas balik dari pasar tadi, Afif beritahu dia nak ke sekolah besok.
What a suprise! Dia kata malu cikgu tanya kenapa tak pergi sekolah. So kita tunggu ajelah besok apa jadi ye! Hopefully semuanya okay!
--------------------------------------
Hari ini dekat office ada buat makan-makan sikit sempena Tahun Baru Cina. Memang ni dah jadi rutin company sejak dari aku mula-mula bekerja.
Biasanya setiap perayaan akan disambut, tapi paling best Tahun Baru Cina lah! Sebab apa? Of course sebab ada Angpau!
Cuma apa yang menarik kali ini adalah angpau besar (first time dapat sebanyak tu sepanjang lima tahun di sini) dan juga beberapa hadiah lain. Bak kata Encik suami, "Ini sudah bagus!"
Antara prizes yang dapat! Best sungguh! |
Hari macam ni lah dapat duduk sama-sama dengan Bos dan bercerita tentang apa sahaja! Tapi topik dia orang bincang tadi tak berapa nak menarik perhatian aku.
By the way, aku baru tahu Psy nak datang Malaysia during Chinese New Year ni. Sungguh outdated aku ni! Tu pun sebab colleagues bercerita dan khabarnya ada unsur-unsur politik di situ! Ada aku kisah!
Lagipun aku terlalu "sibuk" dok ambil gambar collegues. Selain daripada sibuk makan chicken wings dari Pizza Hut. Tapi jujurnya, Domino's Pizza lagi best!
Blogger Fiza Ismail aka colleague aku pun ada kat sini. Cer teka mana dia? Hehe! |
Sampai rumah pulak, Afif excited betul bila dia tahu dia dapat mainan! Rasa kelakar pula bila dia tanya, "Mama, ni apa? Batman tak ada ke? Batman kan hebat!"
Soalan tu aku biarkan tanpa jawapan. Kalau dijawab, boleh meleret-leret jadinya. Tiba-tiba Encik suami kata, "Tu kan Superman! Mana ada Batman!" sambil menyuapkan Char Koy ke dalam mulut Aisy.
"Tapi dekat kotak ni ada Batman! Dia boleh tukar jadi Batman ke? Afif suka Batman!" jawab Afif.
Encik suami hanya tersenyum tanpa jawapan! Kan dah stuck! Hehe!
Mula-mula tu Afif memang buat tak kisah aje, mungkin sebab dia tak berapa kenal dengan karakter Superman ni. Tapi lepas tu dia main juga!
Afif "terpaksa" suka dengan Superman. Aisy pun nak menyelit juga! |
* Untuk makluman Afif akan menukarkan setiap perkataan yang berakhir dengan 'm' kepada 'ng'. Contohnya macam jadi macang, malam jadi malang, asam jadi asang, dan terbaru demam jadi demang.
** Dah terlanjur cerita pasal Psy tadi, cuba klik sini tengok dia dalam versi kartun. Menarik dan kreatif sungguh!
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿