Sakit Pinggang Lagi! (^_^)
Aku dan sakit pinggang ni memang tak boleh nak dipisahkan. Memang kerap, cuma teruk dengan tak aje. Pada yang mulut jahat, mungkin akan kata aku ni tak tahan sakit.Tapi harus diingat bahawa daya tahan sakit setiap individu tu berbeza sama sekali. Macam personaliti jugalah kan! Totally different! Sebab tu setiap seorang di antara kita ni, UNIK!
Kebelakangan ni aku memang kerja agak berat dan aku dah dapat agak pinggang aku tak akan mampu menampung bebanan tu. Tapi dari nak bagi orang faham masalah kita, baik kita menanggung aje.
Sebenarnya aku malas nak dengar mulut orang! Bila orang bercakap macam-macam, aku akan sakit hati! So daripada menanggung rasa sakit hati yang mungkin lebih parah, baik diam aje!
Lepas tu, padanlah muka aku! Kan dah sakit! Disebabkan kekerapan aku sakit pinggang, Encik suami suruh aku berurut!
Aku sebenarnya agak takut untuk berurut sebab tak tahan sakit diurut! Tapi sebab dah kena paksa, terpaksalah diturutkan aje. Lagipun bukan duit aku pun kan! Hehe!
Alhamdulillah agak kuranglah sikit selepas diurut. Lepas tu pergi klinik pula dapat dua hari MC! Doktor di klinik ni yang memang aku dah kenali sejak sekian lama ni menyarankan aku berhenti kerja.
Dia juga suruh aku cuba seboleh mungkin untuk elakkan melakukan apa-apa aktiviti yang boleh menganggu "kebahagian" bahagian belakang aku.
Bab elakkan bolehlah aku ikhtiarkan, tapi bab berhenti kerja tu agak mustahil! Bila aku jawab aje macam tu, bermulalah sesi meluahkan perasaan.
Doktor yang membahasakan diri dia kakak dengan aku ni dok cerita masalah dia yang aku tak jangka dia akan buat. Dia buat aku berfikir, sama aje manusia ni tak kiralah apa level pun. This is life!
---------------------------------------
Dua hari cuti, nak kata rehat sangat pun tak. Mata tak senang bila tengok keadaan rumah. Lagilah bila ada anak kecil. Ada aje yang dia orang "tolong". So sakit-sakit pun kena juga settle kan kerja rumah.
Hari ni aku agak sihat sikit berbanding semalam. So bila badan dah sedap tu, ada ajelah kerja yang nak dibuatnya. Biasalah orang perempuan, sakit pun bukan boleh MC sangat macam lelaki! Fakta tu!
Masuk aje tengahari, masing-masing bising lapar. Kelam kabut aku menyiapkan makan tengahari. Nasib baiklah Aisy dah besar, tak ada susah aku nak masak asing-asing.
Penat dengan sakit belakang hilang sekejab bila dok tengok anak-anak berselera makan hasil dari air tangan aku yang tak seberapa ni. Afif tak habis-habis kata, "Sedapnya Mama masak!"
Ayat tu diulang sampai dia habis makan. Bila dia kenyang dia kata, "Mama tengok perut Afif dah gemuk! Mama tu lah masak sedap sangat!" Tergelak aku dengar kata-kata dia.
Malam pula pergi ke pasar beli barang dapur. Biasa malam Khamis macam ni memang aku tak akan masak. Biasa beli aje makanan sebab aku agak sibuk mengemas barang-barang dapur yang dibeli.
Barang basah aku cuci bersih baru simpan dalam freezer, senang nak masak. Kadang-kadang ambil masa yang agak lama juga nak kemas semua barang tapi ia bergantung kepada barang yang dibeli.
Dan siapa yang menolong! Macam malam ni, anak bujang aku rajin menolong aku. Tengok gambar dekat bawah ni, tekun dia kopek ikan bilis sampai tak perasan aku ambil gambar!
Nasib baik ada juga yang nak menolong! Alhamdulillah anak Mama dah boleh diharap! Senang hati. Malam ni boleh tidur senang sikit. Besok dah kena masuk kerja.
Aduhai! Bila teringat kerja aje, automatik mood pun jadi down! Hilang semangat rasanya! Hehe! Tiba-tiba teringat dialog cerita Tan Sri P Ramlee, "Selagi hidup, kerja, kerja, kerja!"
Somehow I have to agree with that! (^_^)
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿