Tak Boleh Tahan: Part II (^_^)
16 Jan 2013 - Malam tadi suhu demam Afif naik mendadak, 39.9C!Aku terpaksa minta ubat dimasukkan melalui drip disebabkan kesukaran nak bagi Afif makan ubat. Ubat yang dah masuk dalam tekak pun dia semburkan balik. Menguji kesabaran betul!
Aku akui aku agak emosional sikit ketika tu selain dari teringat Aisy dekat rumah, aku juga tak begitu selesa disebabkan tak menjangkakan untuk bermalam di hospital. Banyak kelengkapan tak ada.
Biasanya semua kelengkapan aku sediakan sendiri, macam ketika Aisy sakit dulu. Kali ni Encik suami yang sediakan dan banyak benda yang tak ada, bila ditanya kenapa. Dia jawab selamba aje, "Sayang tak suruh!"
Baca: Alahai Aisy II
Tengahari tu, ketika kedatangan doktor pakar, aku curi-curi dengar perbualan antara dia dengan beberapa doktor lain.
"This is the seventh case, we should inform the director!" kata seorang doktor.
"No need!" jawab doktor pakar.
"Then what should we do? Isolation?" tambah doktor yang mula-mula tadi.
"It is not critical stage yet. I don't think it is necessary to put this boy in isolation ward. Just monitor his condition will do!" jelas doktor pakar.
Sebelum beredar dia sempat memberitahu aku bahawa dia akan berikan antibiotik dan mengarahkan aku supaya mencatitkan setiap jumlah air yang masuk atau keluar dari badan Afif.
Tiada penjelasan tentang penyakit Afif.
Petang tu, baru aku diberi penjelasan tentang sakit Afif oleh seorang doktor lepasan siswazah yang pada aku really helpful.
"Sebenarnya Afif ni dijangkiti scarlet fever!" kata dia
"Apa benda tu?" tanya aku.
"Senang cerita, demam ni memang full pakej! Dia demam, sakit badan, ruam macam berpasir ni dan sakit tekak yang mungkin buat dia kurang selera makan. Tapi puan tak perlu risau! Kita dah masukkan second dose antibiotik, dia akan okay. Puan perlu monitor dia punya makan minum aje. Kalau dia dah okay makan minum, kita akan berhentikan drip!" jelas dia panjang lebar.
Macam mana dia boleh berjangkit?" tanya aku lagi dengan muka blur.
"Mungkin persekitaran. Dekat sekolah ke! Dia bukan berjangkit melalui kulit ke kulit. Tu secondary aje! Yang primary nya macam batuk, selesema!" kata doktor tu lagi sebelum mengakhiri bicara.
------------------------------------
17 Jan 2013 - Hari ini aku minta izin Encik suami untuk ke pejabat disebabkan kerja yang aku buat tak ada orang lain boleh handle. Lagipun doktor ada beritahu yang Afif akan lama lagi di hospital.
Aku juga ada beritahu Encik suami nak balik ke rumah dulu sebelum datang ke hospital lagi. Lepas mendapat keizinan Encik suami, aku meninggalkan Afif dengan Encik suami.
Kesian juga tengok Encik suami balik dari kerja malam terus kena jaga Afif. Tapi nak buat macam mana, no choice! Bila dah settle kerja dekat office, aku balik ke rumah dulu dan aku ada berjanji dengan superior aku yang aku akan datang lagi besok.
Sampai aje rumah aku terus packing apa-apa yang patut. Aku bawa sekali beberapa mainan Afif sebab kesian tengok dia kebosanan dekat hospital. Setakat ni hand phone aku aje jadi peneman dia.
Masa aku sampai hospital tengahari tu aku tengok kulit Afif dah mula menggelupas. Dia masih kelihatan tak bermaya. Tapi dia dah start nak makan dan minum. Doktor kata tu perkembangan yang bagus.
Kalau siapa tak kenal Afif, mungkin geli tengok keadaan kulit Afif tu. Habis satu badan menggelupas. Kata doktor, tu menandakan Afif sudah beransur pulih.
Tapi hati seorang Mama ni tetap terasa sayu bila tengok keadaan anak macam tu. Kalaulah aku boleh transfer semua kesakitan Afif pada aku. Janji Afif sihat macam biasa.
Petang tu lepas tengok perkembangan Afif yang semakin pulih especially lepas semakin banyak dia makan dan minum, doktor berhenti masukkan air dalam badan Afif setelah habiskan dua botol air.
Lega sikit aku rasa! Tak adalah Afif bising tak selesa. Kalau tidak dia mesti akan kata, "Mama cabut benda ni, Afif tak selesa!"
To be continue...
Entri lain yang berkaitan:
1. Tak Boleh Tahan:Part IEntri lain yang berkaitan:
2. Tak Boleh Tahan: Part II
3. Tak Boleh Tahan: Part III
4. Tak Boleh Tahan: Part IV
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿