Cendol Durian Borhan di Sungai Buloh
Sebelum ni aku ada cerita pasal Encik suami nak belanja kita orang makan cendol kan? Hari ni aku cerita gerai cendol yang kita orang pergi tu. Tak lain dan tak bukan, Cendol Durian Borhan!On the way balik dari rumah Wak aku di Kampung Bukit Kuching, kami singgah di gerai ni yang terletak di Sungai Buloh, Jeram.
Based daripada signboard yang dipasang, ni kemungkinan cawangan keempat!
Warung asal dia terletak di Pasir Penambang (kalau aku tak silaplah! Hehe!) Sebab first time nak rasa keenakan cendol yang heboh diperkatakan ni, so perasaan excited tu memang ada!
Yelah nak tahu jugalah, apa yang sedap sangat sampai orang sanggup parking tepi jalan raya yang sibuk semata-mata nak makan cendol dia! Anyway, aku tengok menu pun dah rasa excited!
Bila hidangan sampai, terus aje lahap! Sampai lupa nak ambil gambar! Masalah sungguh aku ni! Hehe! Tapi dekat sini bukan setakat cendol aje, ada macam-macam menu lain yang boleh dicuba!
Tapi jujur aku kata bagi yang first time makan, Cendol Durian Borhan ni memang TERBAIK! Aku puas hati tang rasa! Tapi adik aku Dayah yang tinggal dekat dengan cawangan asal kata, rasa dia kurang sikit!
Tapi ada aku kisah! Janji tekak aku kata SEDAP!
Rezeki kita orang, time sampai memang dah ada meja kosong. Kalau tak, confirm kena tunggu!
Tapi mata aku tak berapa berkenan dengan beberapa perkara. Al-maklumlah, kerja dalam bidang customer service managament ni memang dok buat mata aku automatik "menilai" sesuatu.
First sekali cara dia orang handle customer! Dengan langsung tak bagi senyuman! Alahai, apa ke susah nak senyum tu! Lepas tu datang ambil order pun dah macam samseng aje.
Paling aku tak berkenan adalah environment dia! Kalau dah mampu buka banyak cawangan, tak akan tak mampu nak menaikkan taraf kedai! Sedih aku tengok kedai dia!
Macam tak menggambarkan langsung kedai yang boleh dapat pendapatan RM20k sebulan! Ni kalau pelancong datang pun, menangis juga dia orang aku rasa!
Apa salahnya melabur untuk kecantikan kedai! Bagilah customer selesa sikit. Bila customer rasa selesa, automatik cerita tu akan tersebar! Advertise dari mulut ke mulut lagi menjadi!
So owner kedai kenalah lebih initiative sikit kalau nak menjenamakan produk dia! So aku bagi lima bintang untuk rasa, tapi dua bintang aje untuk environment!
tula.. aritu balik kuala selangor kampung en hubby ada nampak gerai cendol ni.. tp x tersinggah pula.
ReplyDeletekalau bab rasa...memang terbaik! tapi yang lain-lain tu agak kurang...pada saya lah! hehe =)
Delete