Tak Boleh Tahan: Part III (^_^)

1:17:00 pm Yana Yani 0 Comments

Klik sini untuk previous entry 

18 Jan 2013 - Pagi ini sekali lagi aku bergilir dengan Encik suami untuk menjaga Afif. Again terpaksa ke pejabat disebabkan beberapa urusan.

Sebelum pergi sempat juga jumpa doktor untuk tahu perkembangan lanjut tentang Afif. Doktor kata dia tak boleh bagi Afif balik lagi disebabkan suhu badan dia yang tak konsisten. Kejab naik, kejab turun.

Mananya tidak, susah nak bagi Afif makan ubat! Macam nak bagi racun dekat dia. Sikit ubat pun tak boleh masuk sebab dia akan sembur balik. Kadang-kadang kesabaran tu teruji juga!

Masa nak balik office, Angah kata dia nak singgah tengok Afif. Aku minta dia datang ambil aku dekat office sekali. Dia belikan McD untuk Afif sebab nak bagi Afif ceria balik katanya.

Dan memang Afif ceria bila dapat McD tu. Terima kasih Mak Ngah! Afif dah mula nak main. Aku rasa happy sangat!


Petang tu kami sekali lagi didatangi oleh doktor pakar. Penampilan dan karakter doktor tu amat menarik perhatian aku.

"Afif Haziq! Wah nama! Canggih betul! Emm, nak balik tak?" tanya dia kepada Afif sambil memeriksa Afif.

Serta merta Afif jawab, "Nak!"

Aku pun dah senyum meleret, ingatkan dah boleh balik. Tapi dia pun beri jawapan yang sama macam doktor lepasan siswazah pagi tadi.

"Kalau dia demam lagi, maksudnya bakteria masih lagi ada dalam badan. Kalau dalam tempoh 24 jam ni dia tak demam, confirm saya bagi balik! Lagipun kita tak nak simpan kamu lama-lama!" kata dia sambil mengusap rambut Afif. 

Malam tu aku perasan tangan Afif tempat ubat dimasukkan bengkak. Dia juga menangis kesakitan setiap kali ubat dimasukkan. Aku meluahkan kerisauan aku pada seorang doktor.

Bila dia nampak bengkak tu, dia terus kata, "Kita kena cabut ni! Tak boleh macam ni! Nurse tak perasaan ke?" kata dia sambil bergegas memanggil nurse untuk mencabut drip.   

Lepas aje drip dicabut, Afif tak boleh lurus tangan. Dia masih lagi bising sakit dan aku mula risau.

Tapi bila doktor kata bengkak tu akan surut. Aku cold down sekejab especially lepas dengar Afif kata, "Mama tengok, tangan Afif berlubang, nampak tulang!" 


Lepas drip dicabut, aku ingatkan Afif tak payah kena drip lagi! Legalah sikit! Tak adalah aku dengar rungutan Afif lagi! Tapi tiba-tiba doktor tu datang lagi!

"Kita kena cucuk lagi tangan dia yang sebelah lain sebab kita nak bagi ubat. Nanti bila saya panggil, puan bawa dia ke bilik belakang ye" kata doktor tu.  

Seperti sebelum ni, aku diarahkan tunggu di luar. Dari luar bilik rawatan tu, aku boleh dengar jeritan Afif. Terasa lama betul menunggu dekat luar. Hati seorang Mama ni mula terasa risau!

Afif masih lagi menangis bila keluar dari bilik rawatan.

"Mama, Afif tak nak pakai ni! Bukalah! Jomlah kita balik!" kata dia dengan esak tangis. Ayat tu diulang beberapa kali. Aku terpaksa menghubungi Encik suami, dengan harapan dia boleh pujuk Afif.

Afif masih lagi menangis! Tiba-tiba aku nampak percikan bunga api jelas dari tingkap wad 6B ni. "Eh, tengok tu! Bunga api lah! Cantiknya kan?"kata aku sambil menunjuk ke arah percikan bunga api. 

Afif serta merta diam. Habis aje percikan bunga api tu, dia terus kata dia nak tidur. Dan malam tu dia tidur senyap aje tanpa sebarang renggekan seperti malam-malam sebelumnya.

Suhu badan dia pun dah stabil. "Hopefully besok boleh balik!" bisik hati kecilku.

 To be continue...

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...