Politik Itu Kotor! (^_^)
Dulu masa aku kecil-kecil, aku selalu dengar Mak kata politik tu kotor! Tapi masa tu tak berapa faham sangat apa yang cuba dia sampaikan.Tapi bila dah "tua" macam sekarang ni, aku baru faham apa yang Mak maksudkan. Politik boleh buat orang jahat jadi baik dan begitulah sebaliknya.
Politik boleh buat hubungan atau tali persaudaraan terputus begitu sahaja. Politik boleh buat kawan jadi lawan. Politik boleh buat orang jadi kaya sekelip mata. Politik boleh buat rakyat sengsara!
Itulah hakikat yang mungkin boleh dilihat atau pura-pura tidak dilihat dalam dunia politik di seluruh dunia terutama sekali Malaysia. Pada aku politik ni menjijikkan dan menjengkelkan!
Aku jadi malas nak tengok berita kebelakangan ini, lebih-lebih lagi TV di Malaysia ni didominasi oleh pemerintah dan of course perlu ikut telunjuk.
Hampir semua berita menggambarkan pihak kerajaan terlalu "baik" dan pihak pembangkang pula terlalu "jahat". Tapi cerita yang sama akan kita lihat kalau kita pergi ke blog atau laman web pembangkang.
Pendek kata, aku jadi confuse siapa yang betul dan siapa yang salah! Macam pagi tadi aku nampak satu banner tertera, "Nik Aziz Ulama Haiwan". Mengucap panjang bila terbaca ayat tu.
Mudah betul kita menjatukan hukuman kepada saudara seagama hanya kerana perbezaan fahaman politik. Jujurnya aku lebih suka berdiri di atas pagar sambil melihat siapa yang aku rasa layak mendapat undian aku.
Bercakap pasal politik ni pun kita kena hati-hati sebab orang lebih berminat nak tahu kita pro ke arah mana. Barulah layak berada dalam kelompok mereka. Sebab tu aku rajin berlakon part ni!
Siapa sahaja yang aku bakal undi adalah hak mutlak aku. Yang pasti, aku benci keganasan! Aku benci perpecahan! Aku hanya suka KEAMANAN dan PERPADUAN.
Merenung apakah yang bakal terjadi selepas PRU 13 agak menakutkan. As a Mama, perasaan worry tu memang ada. Encik suami kata, jangan fikir yang bukan-bukan sebab ni Malaysia! Kita SELAMAT!
Tapi siapa sahaja yang aku bakal undi adalah untuk masa depan keturunan aku!
-----------------------------------------
Cukup-cukuplah cerita pasal politik, kita cerita pasal lain pula!
Tadi masa dekat office aku terfikir nak masak apa malam ni. Teringin nak makan taucu tapi ayam ada lagi dekat rumah. Last-last aku plan nak combine aje ayam dengan taucu.
Aku dah biasa masak taucu, tapi biasanya campur dengan sayur atau ikan aje. Kalau ayam ni baru first trail. Rupa dia agak buruk sikit sebab aku main campur aje tanpa digoreng atau direbus dulu.
Lagipun aku memang "terkenal" dengan kemalasan. Janji masak, sudah! Tapi rasa dia memang boleh tahanlah! Tapi tu kata akulah! Hehe!
Atas permintaan Encik suami, aku buat cendawan goreng sekali. Laju aje nampak dia makan tadi. Sedaplah tu! Hehe!
Ditambah pula dengan ikan cencaru sumbat hasil dari air tangan Mak. Meletup! Tapi apa nama resipi ni aku tak tahu, tahu makan aje! Sedap tau!
Maklumlah rumah Mak dekat aje, memang keraplah dapat makan masakan Mak. Mak memang pasti akan berikan apa yang dia masak dekat aku. Tinggal nak kata nak dengan tak nak aje!
Nasiblah siapa dok jauh dari Mak kan! Hehe!
Siapa yang dok rajin baca blog aku ni mesti perasan semenjak dua menjak aku dok rajin upload gambar makanan ni.
Aku pun tak tahu kenapa, tapi dah jadi satu kegilaan baru dah ni! Hehe!
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿