Sekolah Roboh! (^_^)

9:17:00 pm Yana Yani 0 Comments

Minggu ni memang antara minggu yang menguji kesabaran!

Kalau nak ikutkan this week merupakan minggu pertama Afif bersekolah setelah dua minggu bercuti disebabkan tak sihat (akan aku ceritakan in details kemudian)

Sebelum aku ceritakan pasal dia tak nak ke sekolah aje. Hari ini aku nak ceritakan pasal dia meraung disebabkan alasan yang sama!

Semalam bangun aje tidur Afif meraung tak nak pergi sekolah. Macam-macam cara aku buat semata-mata nak pujuk dia pergi sekolah. Tapi tak menjadi juga!

Last sekali aku tekad paksa dia pergi sekolah! Time dekat sekolah, cikgu terpaksa tolong tarik sebab dia meronta nak ikut aku balik. Tu belum masuk dengan jeritan dia yang boleh dengar satu taman!

Hari ni pun aku terpaksa melalui episod yang sama! Bangun pagi dia terus menangis!

"Mama, Afif tak nak pergi sekolah! Sekolah tu nak roboh! Afif tak nak pergi sekolah!" kata dia sambil menangis.

Aku hanya buat tak dengar sambil kepala otak ligat memikir cara untuk memujuk dia. Encik suami angkat Afif masuk bilik air. Tangisan Afif cukup jelas kedengaran!

Dia datang ke arah aku dengan tangisan yang masih belum reda, "Afif tak nak sekolah Mama! Dekat sekolah bosan! Cikgu banyak cakap!" kata dia dengan sedu sedan.

Encik suami aku lihat sudah hilang sabar bila dia mula meninggikan suara. "Jangan dimarah Yang! Nanti dia lagi buat perangai. Kita biar aje!" kata aku cuba memujuk Encik suami.

"Afif kenapa ni sayang? Kenapa tak nak sekolah?" tanya aku dengan nada selembut mungkin.

"Cikgu tu jahat! Cikgu tu pukul Afif!" kata dia masih dengan esak tangis.

"Cikgu pukul Afif? Dekat mana?" tanya aku lagi dengan sedikit meninggi suara sebab terkejut dengan apa yang Afif kata.

"Dekat sini!" kata Afif sambil menunjukkan bahagia peha dia.

"Cikgu mana yang pukul?" tanya aku.

"Cikgu yang badan besar tu! Dia jahat!" kata Afif lagi.

 "Afif buat salah ye? Kalau Afif tak salah cikgu tak pukul! Macam dekat rumahlah, kalau Afif salah, Mama dengan Papa pukul! Betul tak?" tanya aku bertalu-talu.

Hasil dari "siasatan", Afif kata dia bergaduh dengan kawan dekat sekolah. Tapi aku masih lagi tak puas hati dengan jawapan yang aku dengar.

Aku maklum, budak-budak pada usia macam Afif memang akan mudah bercerita yang bukan-bukan. Tapi dari terus berteka-teki, aku tekad nak jumpa sendiri cikgu yang mengajar Afif.

Kalau betul Afif salah, aku redha dia kena pukul untuk bagi pengajaran pada dia. Tapi kalau atas alasan tak munasabah, memang cikgu tu yang akan kena pukul!

So aku berjumpa dengan Cikgu Faizah, guru kelas Afif. Daripada perbincangan selama 10 minit antara aku dengan cikgu yang Afif rujuk sebagai "berbadan besar!", aku tahu sedikit cerita dan aku ceritakan sedikit karakter Afif yang memang tak suka orang bertanya terlalu banyak pada dia.

"Cikgu tanya dia diam, tapi dia ikut semua yang kita ajar! Dia bergaul dengan semua orang. Mungkin sebab dia lama tak sekolah tu yang buat dia tak nak ke sekolah!" jelas cikgu tu panjang lebar.

Jujurnya aku faham situasi yang terpaksa cikgu alami dan bagaimana nak melayan karenah kanak-kanak pada usia semuda itu sememangnya sukar. Cuma aku rasa lebih elok berlembut dari berkeras.

Menurut cikgu dia memang ada marah Afif kerana "perangai" dia yang aku sedia maklum! Mungkin tu antara faktor penyebab Afif tak mahu ke sekolah.

Aku tak tahu macam mana nak pujuk dia dan macam mana nak bagi dia rasa seronok ke sekolah lagi macam masa sebelum dia sakit dulu!

Apa yang pasti, aku kena terus SABAR!

"Ya ALLAH, bagilah hambamu ni kekuatan untuk sentiasa bersabar dengan karenah anak aku ni! Semoga dia menjadi anak yang soleh! Amin"

0 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...