Aktifnya Dia! (^_^)
Minggu ni Encik suami kerja petang. Malam lebih kurang pukul 10:30 baru sampai rumah. So aku agak susah sikit bila dia tak ada sebab tak orang nak membantu.Biasanya dia akan ambil aku dari office, lepas tu ambil budak-budak dekat rumah Mak. Bila dia ada, bolehlah aku siapkan kerja rumah sebab dia boleh tolong tengokkan budak-budak.
Bila dia tak ada minggu ni, aku agak kelam kabut nak uruskan kerja rumah. Kena pastikan Aisy tidur dulu, baru boleh buat semua kerja rumah. Kalau tak, huru hara jadinya sebab Aisy "menolong"
Sekarang dia dah makin besar, so agak susah nak bagi dia tidur ikut masa. Kadang-kadang naik penat tangan dok buaikan dia, tapi dia tak mahu tidur juga.
Aku pula kena kejar masa untuk masak. Kalau lambat, memang tak sempat nak masak! Bila dah penat dok buai dia tak mahu tidur juga, aku angkat dia bagi dia puas main.
Tapi tu menjadi masalah pada aku pula sebab mata kena tengok dia aje. Tak boleh buat kerja lain! Aisy ni jenis suka explorer semua benda. Nampak benda atas lantai, dia kutip masuk mulut!
Lepas tu dia suka pergi tempat yang ada suis. Pernah sekali nampak dia tengah korek suis yang tengah menyala. Terjerit aku dibuatnya. Terkejut dengar aku menjerit, dia menangis!
Tapi tak pernah serik! Marahlah macam mana pun, memang tempat tu lah yang dia tetap akan tuju. Kalau tak dekat suis, almari pinggan mangkuk pula dia 'kemaskan"
Takut aje barangan kaca tu akan memudaratkan dia. Pinggan mangkuk pecah tak apa, boleh ganti. Anak pecah, memang meraung seumur hidup wei!
Apa kata kita tengok aksi Aisy tengah mengemas! Meh, check it out!
Mula-mula kita berdiri dan capai apa yang patut! |
Bila dah dapat, cuba duduk ye! Gayat berdiri lama-lama ni! |
Kumpulkan semua benda yang kita ambil tadi dalam satu bekas ye! |
Lepas tu bolehlah kita main! |
Macam tu Aisy bila Papa tak ada! Aktif sungguh! Pening Mama dibuatnya. Tapi ni lah penghibur hati! Nak marah pun tak jadi bila tengok dia senyum! Hehe!
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿