Hopefully Okay! (^_^)
Sebelum ni aku ada janji nak ceritakan pasal ubat apa aku belikan untuk Afif kan? So hari ini aku akan ceritakan pasal tu. Tapi pada siapa belum baca, boleh klik siniAs you may know, Afif pernah disahkan menghidap scarlet fever. Klik sini kalau belum pernah baca. Penyakit tu ambil masa untuk pulih especially part gatal-gatal dan kulit kering.
Walaupun dah hampir sebulan selepas Afif disahkan menghidap penyakit tu, Afif belum 100% pulih. Hari ini dia masih lagi mengadu gatal-gatal walau tak seteruk mula-mula.
Apa yang menyebabkan kami cari pharmacist di Aeon Bukit Raja hari tu, disebabkan kami risau lihat keadaan kulit Afif yang kering dan gatal-gatal yang masih belum hilang.
Malahan pada siapa yang tak mengenali Afif secara up close and personal, mereka semestinya akan geli tengok keadaan kulit Afif. As parent, kami risau.
Keadaan kaki Afif sebelum di sapu dengan ubat |
So kami pun pergi jumpa pharmacist untuk minta pendapat mereka tentang ubat yang sesuai untuk merawat kaki Afif. Hopefully okay macam sebelum ni.
Pengalaman kami sebelum ini yang agak menarik membuat kami mencari lagi mereka yang bergelar pharmacist ni. So bila sampai aje dekat farmasi, kami terus cari pharmacist.
Masalah Afif dari A sampai ke Z kami cerita. Faham dengan bantuan yang kami perlukan, pharmacist tu mensyorkan kami mengambil sabun khas dan ubat sapu.
Menurut pharmacist tu, sabun biasa yang biasa digunakan hanya akan membuat kulit Afif bertambah kering. Malahan dia juga mengakui scarlet fever mengambil masa untuk pulih terutama di bahagian kulit.
Kami juga dinasihatkan untuk tidak mengelap kulit Afif dengan kuat selepas mandi kerana ia boleh membuat keadaan kulit Afif menjadi bertambah teruk.
Ubat sapu disyorkan untuk disapukan pada kulit yang teruk terjejas. So dia pun menunjukkan sabun khas dan ubat sapu yang diperlukan.
Aku tak berani nak kata ubat ni mahal atau murah kerana setiap orang mempunyai tahap kewangan atau kemampuan mereka yang tersendiri. Bagi aku, ia masih dalam kemampuan kami.
Untuk sabun, harga dia RM14 ++. Ubat sapu pula, RM34 ++.
Hari ini sudah masuk hari ke empat Afif menggunakan sabun khas dan ubat sapu tersebut. Alhamdulillah sudah nampak perubahan. Kulit dia pun tak nampak mengerutu macam sebelum ni.
Kami pasti akan menggunakan khidmat pharmacist lagi bila memerlukan nasihat mengenai ubat-ubatan. Pada aku, pandangan mereka mengenai ubat lebih bagus berbanding doktor.
Sebab tu ada sesetengah ubat yang diberikan doktor tidak memberi kesan langsung kepada Afif. Tapi tu lah, pendapat aku hanya sekadar pendapat!
Tapi tak salah kita mencari alternatif lain kan? (^_^)
0 dah komen (^_^):
PERHATIAN:
Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.
Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.
Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN
Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA
✿ Yana Yani ✿